Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
فيصل بن عبدالعزيز آل سعود
Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud
Faisal of Saudi Arabia - 1941.jpg
Raja keempat Arab Saudi
Keluarga Diraja Saudi
Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud
Anak
Raja Arab Saudi
Saudi-logo.jpg

Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1906 - 25 Mac 1975) (Arab: فيصل بن عبدالعزيز آل سعود) ialah Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga tahun 1975.

Raja Faisal dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak keempat Raja ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud. Raja Faisal memerintah sekumpulan askar dan memenangi pertempuran di Hijaz. Oleh itu, dia dilantik menjadi Gabenor Hijaz pada tahun berikutnya. Selepas Arab Saudi ditubuhkan dia diberi jawatan Menteri Luar Negeri Arab Saudi pada tahun 1932.

Selepas resolusi PBB mengenai pemecahan Palestin dan penubuhan Israel, Putera Faisal (masih belum menjadi raja) mendesak ayahandanya supaya memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat tetapi desakannya itu ditolak. Selepas peristiwa kewangan Raja Saud, Putera Faisal dilantik menjadi pemerintah sementara. Pada 2 November 1964, dia menjadi raja setelah Raja Saud melarikan diri ke Greece.

Raja Faisal melakukan banyak reformasi sewaktu menjadi raja, antaranya ialah membenarkan kanak-kanak perempuan bersekolah, televisyen dan sebagainya. Usahanya ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana mendakwa perkara-perkara ini bertentangan dengan Islam. Beliau berasa amat kecewa apabila Israel memenangi Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Pada tahun 1973, Raja Faisal memulakan satu program yang bertujuan untuk memajukan kekuatan tentera Arab Saudi. Pada 17 Oktober, beliau menarik balik minyak keluaran Arab Saudi daripada pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak naik mendadak.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 1975, Raja Faisal ditembak mati oleh anak adiknya iaitu Faisal bin Musad. Mengikut spekulasi yang timbul, dia ingin membalas dendam berikutan kematian saudaranya akibat perbuatan pasukan keselamatan pada tahun 1965. Walaupun terdapat beberapa teori konspirasi, siasatan mendapati bahawa Putera Faisal bin Musad bertindak sendirian.

Putera Musad menyamar sebagai seorang delegasi Kuwait yang menunggu untuk bertemu dengan Raja Faisal. Semasa Raja Faisal pergi ke arahnya untuk menyambutnya, Putera Faisal bin Murad mengeluarkan sepucuk pistol dan kemudian menembak Raja Faisal tiga kali di bahagian muka.

Putera Faisal bin Musad kemudiannya ditangkap dan diisytiharkan sebagai tidak waras. Dia kemudiannya didapati bersalah dan dipancung di khalayak ramai di Riyadh.

Raja Faisal digantikan oleh adiknya Putera Khalid.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya, Putera Khalid ialah Gabenor Wilayah Asir di barat daya Arab Saudi.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Bandar Lyallpur di Pakistan dinamakan semula menjadi Faisalabad pada tahun 1979. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan dinamakan sempena nama Raja Faisal juga.