2 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | November 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXIII | ||||||
2 November merupakan hari ke-306 (hari ke-307 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 59 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Orang Mati di Mexico
- Hari Para Mendiang dalam agama Kristian Barat.
Peristiwa [sunting]
- 1917 - Setiausaha Luar British Arthur Balfour mengeluarkan Perisytiharan Balfour, yang mengumumkan sokongan British untuk petempatan orang Yahudi di Palestin.
- 1936 - Stesen televisyen BBC Television Service melancarkan perkhidmatan televisyen "definisi-tinggi" awam tetap pertama di dunia.
- 1947 - Howard Hughes menerbangkan bot terbang terbesar pernah dibina, Spruce Goose (gambar) bagi penerbangan sulungnya di Long Beach, California, A.S.
- 1949 - Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda tamat dengan Belanda bersetuju menyerahkan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia Syarikat.
- 1964 - Raja Arab Saudi Saud ibn ’Abd al ’Aziz disingkirkan melalui rampasan kuasa keluarga, dan digantikan oleh adik tirinya Raja Faisal.
- 2000 - Anak kapal pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (gambar jata).
- 2008 - Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.
- 2009 - Hamid Karzai kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.
- 2010 - Pilihan raya separuh penggal Dewan Perwakilan dan Senat diadakan di Amerika Syarikat.
Kelahiran [sunting]
- 1795 - James K. Polk, Presiden Amerika Syarikat ke-11
- 1865 - Warren G. Harding, Presiden Amerika Syarikat ke-29
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||