Fate Testarossa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fate Testarossa
Fate T. Harlaown
Watak 'Magical Girl Lyrical Nanoha'
Fate Testarossa Masa silam dan masa depan.jpg
Kemunculan pertama
Disuarakan oleh Nana Mizuki
Profil
Dunia Asal Garden Of Time
Keluarga Precia Testarossa
Alecia Testarossa
Arf Testarossa
Linith Testarossa
Informasi
Sistem Magis Sistem Mid Childa
Familiar Arf Testarossa
Intelligent Device Bardiche Assault / Bardiche Zanber

Fate testarossa (フェイト・テスタロッサ Feito Tesutarossa?) ialah watak fiksyen dalam siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri anime ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, dan diikuti dengan Manga-nya yang lain iaitu, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Fate ialah seorang Mage @ Ahli Sihir dari Garden Of Time @ Taman Waktu, yang diutus ke dimensi Earth @ Bumi untuk mengumpul Jewel Seed. Dalam melaksanakan tugasnya, Fate bertemu dengan saingannya yang bernama Takamachi Nanoha. Fate dibantu oleh seekor Familiar @ haiwan penjaga yang boleh menjelma sebagai manusia, bernama Arf Testarossa. Pada musim kedua dan ketiga, Fate telah bekerja sebagai Pegawai Jabatan Angkasa Bureau.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Fate ketika muncul dalam Magical Girl Lyrical Nanoha iaitu Nanoha Musim Pertama digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai personaliti yang pendiam dan kanak-kanak yang mengalami kemurungan. Ketika Takamachi Nanoha memandang tepat ke mata Fate, Nanoha dapat merasakan Fate berada dalam kesunyian. Fate ialah seorang Mage yang mengutamakan matlamatnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi mengumpulkan Jewel Seed untuk ibunya. Dia merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Fate mempunyai ketahanan tubuh dan mental yang kuat. Contohnya, dia tetap bertahan biarpun boleh dikatakan dia selalu didera oleh ibunya, Precia Testarossa jikalau dia gagal mendapatkan Jewel Seed. Fate juga merupakan Master yang penyayang, kerana dia sanggup berbuat apa sahaja untuk melindungi Familiar-nya iaitu Arf Testarossa. Apa yang Fate inginkan ialah kasih sayang daripada seorang ibu. Dia juga mengalami konflik dalaman, kerana dia tidak tahu jalan mana yang harus diikuti iaitu sama ada meneruskan rancangan jahat ibunya atau mengikuti Nanoha ke jalan yang lebih baik. Fate juga merupakan manusia yang menghargai persahabatan.

Sejarah Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Fate dalam Musim Pertama dan Nanoha First Movie[sunting | sunting sumber]

Fate bersama senjatanya, Bardiche cuba menyerang Takamachi Nanoha

Fate berasal dari Garden Of Time. Guru sihirnya ialah Linith Testarossa. Fate pertama kali muncul di episode 4 dengan Arf. mereka berdua datang ke dimensi Bumi untuk mencari Jewel Seed. Biarpun Fate tahu mengenai bahayanya Jewel Seed ataupun dikenali sebagai Lost Logia (istilah untuk artifak magis kuno), tetapi Fate tidak peduli dan menyematkan di dalam hatinya bahawa, Saya perlu mendapatkannya, kerana ibu amat memerlukannya. Fate pada awalnya tidak begitu memperdulikan saingannya yang muda dan naif, iaitu Takamachi Nanoha. Fate mengatakan kepada Nanoha bahawa Nanoha tidak akan berjaya, tetapi semangat teguh Nanoha untuk mengumpul Jewel Seed dan Nanoha berjaya menyelesaikan masalah Fate, menyentuh hati dan perasaan Fate. Namun begitu, pekara ini tidak melemahkan semangat Fate untuk mencari Jewel Seed kerana ibunya, Precia Testarossa, selalu menyeksa Fate jikalau Fate gagal mendapatkan Jewel Seed. Fate tetap setia dan menaruh kepercayaan kepada ibunya, Precia biarpun Arf memprotes tindakan Precia yang selalu menyeksa Fate. Fate tetap dengan pendiriannya bahawa dia akan cuba mengumpulkan kesemua Jewel Seed untuk menyembuhkan kembali penyakit ibunya yang gila kerana tidak dapat menerima tamparan mengenai kematian anak kandungnya, Alecia Testarossa.

Di dunia asalnya, Fate dan Arf tinggal di Garden Of Time. Manakala di dimensi Bumi, Fate tinggal di sebuah pangsapuri bersama Arf. Fate tidak bersekolah dan hanya belajar di rumah. Fate lebih menumpukan perhatian dalam pembelajaran Ilmu Sihir dan Magis. Pada episod akhir musim pertama, Arf mulai menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada Precia kerana melayan Fate dengan teruk sekali. Fate kemudiannya ditangkap oleh Chrono Harlaown iaitu Pegawai Tadbir Jabatan Angkasa Bureau. Ketika itu juga Precia mencuri Jewel Seed dari senjata Fate, Bardiche. Fate ditangkap dan dibawa ke sel tahanan. Lindy Harlaown yang merupakan ibu kepada Chrono bekerjasama dengan Amy Limietta yang merupakan pengendali sistem pertahanan perkomputeran Kapal Asura mengarahkan anak buahnya menyerang Precia di Garden Of Time. Sepanjang berada dalam sel tahanan, Fate memikirkan motif ibunya selama ini.

Mayat Alecia Testarossa diawet dalam balang kaca

Akhirnya pasukan Jabatan Angkasa Bureau menyerbu sarang Precia. Keadaan di Taman Waktu dapat disaksikan dengan jelas di skrin komputer Kapal Asura. Peristiwa tersebut turut disaksikan oleh Lindy Harlaown, Takamachi Nanoha, Amy, Yuno Scrya, Arf dan Fate. Sungguh terkejut! Rupa rupanya motif sebenar Precia mengumpulkan Jewel Seed ialah untuk menghidupkan kembali anaknya yang terkorban dalam peperangan, iaitu Alecia Testarossa yang amat seiras dengan Fate. Fate terkejut melihat jasad dalam balang yang berada di sisi ibunya ialah Alecia yang telah lama meninggal dunia. Pekara yang lebih dasyat lagi ialah Precia mengatakan bahawa dia amat membenci Fate. Dia mengatakan bahawa Fate hanyalah dicipta untuk mengantikan Alecia dan juga digunakan untuk mengumpul Jewel Seed. Nama Fate turut diambil daripada Projek Fate iaitu Projek Pengklonan Memori. Memori Alecia dipindahkan ke dalam memori Fate. Oleh itu, Fate sentiasa menganggap Precia ialah ibunya. Hal ini telah membongkarkan bahawa Fate Testarossa bukanlah manusia biasa, tetapi dia ialah hasil produk daripada projek teknologi canggih, Projek Pengklonan Memori iaitu artificial human being. Setelah mendengar apa yang telah dibicarakan oleh ibunya, Fate hampir pitam dan senjatanya, Bardiche terlepas dari genggamannya. Bardiche jatuh ke berserakan seperti mana yang dialami oleh jiwa Fate.

Nanoha dan Yuuno serta Arf membawa Fate untuk pergi berehat kerana Fate amat lemah setelah menerima tamparan hebat dari ibunya. Kemudian, Nanoha, Yuuno dan Arf serta mereka dari Jabatan Angkasa Bureau turut menyerang rumah Precia. Pertarungan yang hebat berlaku. Fate bangun dari katilnya dan memegang Bardiche yang mengalami kerosakan yang amat parah. Mengenangkan apa yang telah dikatakan oleh ibunya, Fate menangis teresak esak dan air matanya jatuh ke segi tiga kuning Bardiche. Fate mula bersemangat begitu juga dengan Bardiche. Fate ingin memulakan kehidupan baharu yang lebih bermakna dan menyelamatkan kembali ibunya yang jauh hanyut di dunianya. Lalu, Fate menyembuhkan Bardiche dengan form Recovery Form. Bardiche mulai pulih dan Fate membuka form Barier Jacket, Lightning Form. Kemudian Fate pergi ke Garden Of Time dengan menggunakan form Demensional Transfer.

Di Garden Of Time, Nanoha berlawan bersungguh-sungguh dan hampir maut. Tiba-tiba Fate muncul dan mengarahkan Bardiche menggunakan form ThunderRace. Selepas itu, Fate pergi mencari ibunya dan cuba menyelamatkan ibunya. Malangnya sehingga saat terakhir ibunya tetap dengan pendirian bahawa terdapat satu tempat yang boleh menghidupkan kembali Alecia, iaitu Al Hazred ataupun ejaan sebenarnya Al Hazard. Oleh itu, Precia dengan nekadnya terjun bersama dengan mayat Alecia ke dalam rekahan dimensi untuk menuju ke Al Hazard. Fate juga hampir hampir jatuh ke dalam rekahan dimensi itu, tetapi Fate akhirnya berjaya diselamatkan oleh Nanoha. Tamat sudah kisah tragis Fate. Fate memulakan hidup baru dengan lebih indah lagi. Tetapi, perbicaraan mengenai kesalahannya tetap diteruskan oleh Jabatan Angkasa Bureau. Hukumannya tamat apabila Fate muncul dalam Magical Girl Lyrical Nanoha A's.

Fate dalam Musim Kedua[sunting | sunting sumber]

Bardiche dihentam hebat oleh Laevatein

Dalam A's, Fate dan Arf bergabung dengan Jabatan Angkasa Bureau, sebagai ahli sihir sementara, dan kembali ke demensi Bumi untuk bekerja sama dengan Takamachi Nanoha lagi. Persahabatan mereka semakin erat. Episod pertama dalam A's, Nanoha diserang oleh Yagami Vita. Nanoha hampir pitam dan Raging Heart hampir musnah kerana dipukul dan dihentam oleh senjata Vita iaitu Graf Eisen. Fate, Arf, dan Yuno tiba pada tepat masanya. Fate dan Arf bertarung dengan Yagami Vita, sementara Yuno menyembuhkan luka Nanoha. Fate dan Arf berjaya menangkap Vita, malangnya seorang lagi musuh, Yagami Signum muncul dan terus menghentam Fate, dengan senjatanya, Laevatein. Bardiche tidak dapat menghalang Laevatein kerana Signum menyerang secara mengejut dengan menggunakan Cartridge System iaitu form Load Cartridge, Purple Lightning Flash. Bardiche hanya sempat menyebut form Defencer Form, tetapi akhirnya Fate tewas dan Bardiche mengalami kerosakan. Tetapi Bardiche merupakan Intelligent Device yang mempunyai 2 keistimewaan yang tidak terdapat pada senjata lain, iaitu membaik pulih, form Recovery Form dan kepantasan, form Blitz Rush dan Sonic Form. Oleh itu, Bardiche boleh diperbaiki dalam hanya beberapa saat. Akhirnya pertarungan antara mereka tamat, setelah Fate dan Nanoha tewas kepada mereka berdua yang merupakan sebahagian daripada Guardian Knight.

Setelah itu, Nanoha dan Fate kembali kepada kehidupan asal. Nanoha memperkenalkan Fate kepada sahabatnya, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Fate menetap di dimensi Bumi kerana ingin memerhati kegiatan Guardian Knight. Begitu juga dengan Lindy Harlaown dan Chrono Harlaown. Lindy mengambil Fate sebagai anak angkat, dan oleh itu nama Fate bertukar menjadi Fate Testarossa Harlaown, ataupun Fate T Harlaown. Bardiche dan Raging Heart dinaik taraf dengan penginstallan form Load Cartridge, iaitu satu sistem yang sama dengan Wokenritter's Belka yang digunakan oleh Guardian Knight. Oleh itu, Nama Bardiche dan Raging Heart ditukar kepada Bardiche Assault dan Raging Heart Excellion.

Kemudian, secara tidak sengaja, Fate dan Nanoha bertemu dengan Yagami Hayate. Yagami Hayate merupakan sahabat kepada Arisa dan Suzuka. Hayate mengalami sakit lumpuh dan hanya mampu berkerusi roda. Melalui luaran, Hayate hanya kelihatan seperti budak-budak biasa yang mengalami masalah lumpuh. Suatu hari, Nanoha, Fate, Arisa dan Suzuka pergi melawat Hayate di hospital. Secara tidak sengaja, mereka terjumpa dengan Vita pemegang Graf Eisen, Signum pemegang Laevatein, Shamal pemegang Klarer Wind, dan Zafira yang merupakan Guardian Beast. Mulai dari detik itu, Fate dan Nanoha mulai sedar bahawa Guardian Knight mempunyai ikatan dengan Hayate.

Fate membuka form Zanber Form

Guardian Knight mendapati Hayate merupakan Master kepada Book Of Darkness. Oleh kerana Hayate merupakan Master kepada Book Of Darkness, maka Guardian Knight mula berkhidmat di bawah jagaan Hayate. Hayate tidak pernah menganggap Guardian Knight sebagai orang suruhan, tetapi sebaliknya menganggap mereka sebagai sebahagian keluarga sendiri. Hayate melarang Guardian Knight daripada mengisi Book Of Darkness yang mengandungi 666 muka surat. Tetapi, secara rahsia, Guardian Knight mengisi Book Of Darkness dengan Linker Core Mage kerana ingin menggelakkan Book Of Darkness menghancurkan Hayate. Guardian Knight amat menyayangi Hayate dan sangup bertaruh nyawa demi Tuan mereka. Sehingga peringkat konflik, Fate dan Nanoha bertarung dengan Guardian Knight. Fate lebih gemar bertarung dengan Yagami Signum dan Fate mempunyai perasaan kasih terhadap Signum. Begitu juga dengan Nanoha yang lebih gemar bertarung dengan Yagami Vita dan menyayangi Vita seperti adik sendiri.

Dalam pertarungan Nanoha dan Fate dengan Guardian Knight, 2 orang masuk campur dan mencuri Linker Core Guardian Knight. Guardian Knight lenyap, dan Hayate menjadi marah dan melepaskan Kuasa Book Of Darkness. Jasad Yagami Hayate diambil alih oleh Yagami Reinforce Eins. Yagami Reinforce Eins melancarkan serangan secara bertubi-tubi.

Fate bersama-sama dengan Nanoha terpaksa melawan Hayate dan Reinforce, sebagai Master kepada Book Of Darkness. Fate dan Nanoha juga terpaksa melindungi Arisa dan Suzuka daripada serangan Book Of Darkness yang di sasarkan oleh Yagami Reinforce Eins. Fate kemudian dipenjara oleh Book Of Darkness dan dilemparkan ke dalam mimpi silam. Mimpi itu mengenai Kehidupan silam yang amat diingginkannya. Dalam mimpinya, Fate hidup bahagia bersama Precia, Alecia, Linith dan Arf. Precia yang selalu mendera Fate berubah menjadi seorang ibu yang penyayang dalam mimpi Book Of Darkness. Fate amat inginkan kehidupan seperti itu. Tetapi Fate tahu bahawa semua itu hanya mimpi dari Book Of Darkness.

Akhir sekali, Fate memutuskan untuk kembali ke dunia asal dan meninggalkan mimpi dan memori silam. Alecia menyerahkan Bardiche kepada Fate, dan Alecia hilang dari pandangan. Fate membuka form Zanber Form, dan mengaktifkan form Sprite Zanber untuk memecahkan penghadang Book Of Darkness. Akhir sekali, Fate berjaya keluar dan kembali ke dimensi Bumi. Selepas itu, Fate dan Nanoha bersama-sama Guardian Knight serta Hayate berusaha untuk menentang serangan Book Of Darkness.

Fate dalam Musim Ketiga[sunting | sunting sumber]

Musim ketiga, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS bermula setelah beberapa tahun Magical Girl Lyrical Nanoha A's ditamatkan. Ketika musim ketiga ini, Fate, Takamachi Nanoha, Yagami Hayate, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura telah mencapai 19 tahun. Mereka berlima berkawan baik dan sedang berada di tahap sekolah tinggi. Hayate yang lumpuh ketika dahulu, telah boleh berjalan kesan daripada pengorbanan Yagami Reinforce Eins. Fate menetap di dimensi Bumi, Bandar Uminari bersama-sama dengan Lindy Harlaown yang berperanan sebagai ibu-angkatnya. Lindy telah melepaskan jawatannya iaitu Pegawai Tinggi Jabatan Angkasa Bureau kepada anaknya, Chrono Harlaown. Lindy gemar memasak untuk Fate dan menghabiskan masanya dengan berseronok. Kehidupan Fate telah berubah menjadi lebih baik kerana mempunyai ibu yang penyayang dan sahabat yang setia. Fate juga telah berubah menjadi seorang yang peramah dan dia amat sukakan kanak-kanak.

Biarpun masih bersekolah tinggi, namun begitu, Fate masih aktif melibatkan diri dalam misi Jabatan Angkasa Bureau. Kedudukannya sebagai Pegawai Atasan dan Kapten Kumpulan Kilat @ Captain of Lightning Squad, menyebabkan dirinya turut menjadi sibuk menguruskan ahli kumpulannya yang terdiri daripada Signum, Erio Mondial dan Caro Lu Lushe. Erio ialah kanak-kanak yang dikategorikan sebagai artificial human being kerana dirinya dicipta melalui Teknologi Projek Pengklonan Memori, oleh ibu-bapanya yang kehilangan anak kandung mereka. Mereka mencipta Erio, dan kemudian pihak Jabatan Angkasa Bureau mengambil Erio untuk dilatih kerana mereka tidak membenarkan dan mengharamkan produk Projek Pengklonan Memori tinggal bersama-sama dengan manusia. Oleh itu, Fate yang juga artificial human being memahami Erio dan mengambilnya sebagai anak didik. Caro Lu Lushe pula mempunyai kuasa yang kuat menyebabkan dirinya dipulaukan oleh orang kampung. Dia akhirnya memperolehi kehidupan yang bahagia di sisi Fate.

Kemunculan Fate pada musim ini kelihatan lebih matang. Jubah perlawanannya yang dahulunya berwarna hitam, telah berubah menjadi putih. Begitu juga dengan kedua-dua anak didiknya yang lain. Fate seperti dahulunya, amat rapat dengan Takamachi Nanoha. Namun begitu, di musim ini, Signum juga mengambil berat akan Fate. Fate selalunya sibuk dengan latihan untuk memperkuatkan anak didiknya. Asas pembelajaran dan penekanan terhadap ilmu sihirnya ialah kepantasan @ speed. Fate lebih lembut berbanding Nanoha yang tegas dalam latihan. Dalam StrikerS, Khazanah Logia yang Hilang ataupun Lost Logia masih dikaitkan dengan misi mereka. Cuma kali ini, ianya berbentuk Drones iaitu sebuah alat teknologi canggih yang mengunakan Jewel Seed sebagai punca kuasanya. Drones ini dihasilkan oleh Jail Scaglietti iaitu seorang saintis yang bijak dan agak gila. Fate seorang yang teliti kerana dia ialah orang yang pertama menyedari bahawa Jewel Seed terlibat dalam kes terbaru mereka.

Ketika terlibat dalam misi menyelamat, Kumpulan Kilat yang diketuai oleh Fate dan Kumpulan Bintang yang diketuai oleh Nanoha menemui seorang budak perempuan yang comel. Dia berada dalam keadaan yang tidak bermaya dan akhirnya budak itu pitam. Nanoha mengambil keputusan untuk memelihara budak perempuan itu yang bernama Vivio. Vivio dibawa pulang ke pengkalan mereka dan dijaga seperti anak kandung Nanoha dan Fate. Sejak itu, nama Vivio telah didaftarkan di bawah nama keluarga Takamachi menyebabkan namanya bertukar menjadi Takamachi Vivio. Ketika pertengahan musim ini, Vivio telah diculik oleh pihak musuh yang diketuai oleh Jail Scaglietti. Vivio sebenarnya ialah artificial human being iaitu dihasilkan oleh Jail melalui Projek Pengklonan Memori. Seperti Fate yang klon kepada Alecia Testarossa, Vivio pula ialah klon kepada Olive Segbrecht yang merupakan keturunan Saint King. Vivio menjadi sasaran musuh kerana dia boleh mengerakkan Saint Cradle. Dirinya telah diikat di kerusi dan kuasa dari dalam tubuhnya telah diserap. Nanoha dan Fate cuba sedaya upaya membawa Vivio pulang kembali ke sisi mereka.

Menjelang akhir musim Strikers, Fate ke pangkalan Jail Scaglietti untuk menahannya. Sementara itu, Nanoha pula ke Saint Cradle untuk mendapatkan Vivio kembali. Fate yang datang ke sarang Jail dibantu oleh Suster Schach dan Verossa. Verossa mampu mencari punca kuasa sistem utama yang mengawal strategi pihak musuh menggunakan form Verossa's Infinite Hunt. Di peringkat konflik, Fate bertarung sendiri dengan Jail Scaglietti dan telah berlaku satu insiden yang merungkai kisah silam Fate. Jail menceritakan bahawa dia ialah orang pertama yang mencipta Fate melalui Projek Fate iaitu Projek Pengklonan Memori dan orang yang menyempurnakannya ialah Precia Testarossa. Jail juga mengatakan bahawa dia adalah seperti ayah kepada Fate kerana dia-lah yang mencipta Fate. Jail juga menuduh Fate adalah sama seperti ibunya, Precia yang hanya membesarkan Erio dan Caro untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini membuatkan Fate menyedari kebenarannya, dan Fate kemudian mula bangun dengan mengaktifkan form Riot Zanber dan bentuk barunya, form Sonic Drive. Berlaku pertarungan yang sengit antara mereka berdua. Fate yang membuka form Zanber Form dengan sekuat hati, melepaskan amarah yang telah lama disimpan di jiwanya menghentam Jail. Setelah Jail ditangkap, bangunan mulai runtuh dan Fate diselamatkan oleh anak didiknya, Erio. Kemudian di epilog akhir StrikerS, Fate bertugas di Interstellar Navigation Bureau, bersama-sama dengan Shari dan Teana yang bekerja untuk menjadi agen sebagai pembantu kedua Fate.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris