Festival Filem & Video Pelajar Malaysia (FFPVPM) 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keputusan FFVPM 5
ANUGERAH IKLAN /PROMO TERBAIK Street Boarding (Mohd Zulfahdi Ahmad, Kolej Yayasan Melaka
ANUGERAH VIDEO MUZIK TERBAIK 'Faith' : 7 collar T-Shirt (Mohd Firdaus Anuar Universiti Multimedia)
ANUGERAH VIDEO ANIMASI Death of Governer (Nadia Mahmud : Universiti Multimedia
ANUGERAH VIDEO EKSPERIMENTAL TERBAIK E-Art (Mohd Zulkarnian Azhar : Universiti Malaysia Sarawak
ANUGERAH VIDEO DOKUMENTARI TERBAIK (PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR) Sabah Tea (Norlaji Hamid : Universiti Malaysia Sabah
ANUGERAH VIDEO DOKUMENTARI TERBAIK (SUKAN & HIBURAN) Sarawak Sik Cuak (Chai Seng Hui : Universiti Malaysia Sarawak
ANUGERAH VIDEO DOKUMENTARI TERBAIK (ISU-ISU SEMASA) Ada apa bawah tanah ? (Mohd Zulkarnian Azhar : Universiti Malaysia Sarawak
ANUGERAH PENGARAH FILEM VIDEO PENDEK TERBAIK Batthosai (Amir Sallehuddin Ithnin : Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan
ANUGERAH CEREKA TERBAIK (VIDEO FILEM TERBAIK) Batthosai (Amit Sallehuddin Ithnin : Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan
ANUGERAH KHAS JURI I Kelupis (Norlaji Hamid : Universiti Malaysia Sabah
ANUGERAH KHAS JURI II Selipar Terbang (Syed Hafizul Hadee Syed Ibrahim : Kolej Yayasan Melaka
ANUGERAH KHAS JURI III Budak Sampah (Suhiana Mohd Sutki : Universiti Malaysia Sabah

Festival Filem & Video Pelajar Malaysia (FFVPM) 2007 kali ke-5 bukan saja berjaya menyeberangi Laut China Selatan apabila pertama kali diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah, malah turut mencatat sejarah baru dengan menerima 208 penyertaan daripada 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).

Disifatkan sebagai platform terbaik untuk mencungkil bakat baru di kalangan pelajar, FFVPM5 yang bermula 29 Disember hingga 6 Januari 2008 lalu dianjurkan bersama Sekolah Sains Sosial UMS dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Pemenang utama FFVPM 2007

Penganjuran yang menjadi acara tahunan Finas ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penganugerahan karya pelajar dalam bidang perfileman, video dan animasi. Tema penganjuran kali adalah 'Misi Karyawan Wawasan Gemilang' yang hanya membuka penyertaan kepada pelajar IPTA/IPTS seluruh Malaysia di mana karya yang bertanding dihasilkan pada 2006 hingga 2007 dan belum pernah bertanding di mana-mana pertandingan.

Kategori[sunting | sunting sumber]

Malam Anugerah FFVPM5 yang diadakan di Dewan Canselor UMS menyaksikan 13 kategori yang menjadi rebutan peserta diumumkan pada malam kemuncak itu.

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Majlis pelancarannya disempurnakan Yang Di Pertuan Negeri Sabah, Tun Ahmad Sah Abdullah selaku Kanselor UMS.

Hadir bersama, Pengerusi Finas, Tan Sri Jins Shamsudin mewakili Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Marsidi Manjun; Naib Canselor UMS, Prof Dr Mohd Noh Dalimin dan Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Majlis juga diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada artis popular seperti Juara Bintang RTM 2007, Reynaldo Raymond Pagi (Rey), Naib Juara Bintang Klasik Nasional 2007, Dayang Ku Nurul Fatihah, Ajai dan Marsha.

Apa yang menarik ialah buat pertama kali kategori Anugerah Filem/Video Dokumentari Terbaik dipecahkan kepada empat tema iaitu budaya/warisan, hiburan/sukan, alam sekitar/pembangunan industri dan isu semasa selain beberapa kategori sedia ada.

Pemenang setiap kategori menerima wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penyertaan. Amir Sallehuddin Ithnin dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menang berganda apabila menang dua anugerah utama, Anugerah Pengarah Filem Video Pendek Terbaik dan Anugerah Cereka Terbaik (Video Filem) Terbaik menerusi Batthosai.

Jins menyampaikan hadiah kepada Amir yang memenangi Anugerah Pengarah Filem Video Pendek Terbaik

Cerita Batthosai ini diadaptasi daripada komik Samurai X dengan penggambaran selama lima hari dan menggunakan lapan pelakon. Cerita yang menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya ini lebih menekankan akibat selepas perang dan teknik pembikinan menggunakan imej janaan komputer (CGI.

Mohd Zulkarnain Azhar dari dari Universiti Malaysia Sarawak yang menang besar apabila memenangi dua kategori iaitu Anugerah Video Eksperimental Terbaik menerusi E-Art dan Anugerah Video Dokumentari Terbaik (Isu-lsu Semasa) menerusi 'Ada Apa Bawah Tanah?'.

Mohd Zulkarnain menang Anugerah Video Eksperimental Terbaik dan Anugerah Video Dokumentari Terbaik Semasa

Cerita 'Ada Apa Bawah Tanah?' telah menarik perhatian orang untuk mengetahui apa maksud tersirat di sebalik tajuk yang diketengahkan. Pemegang biasiswa Astro ini berkata, cerita ini mengambil masa 18 minit dan menjalani penggambaran di sekitar Sarawak.

Cerita ini menggambarkan bagaimana kumpulan pemuzik 'underground' yang memiliki pelbagai konsep dan unik boleh bersatu di Sarawak, metafora kepada pelbagai kaum di Sarawak yang boleh bersatu walaupun berbeza pegangan, tidak sepertimana di Semenanjung.

Anugerah Video Muzik Terbaik diraih oleh 'Faith' - 7 CollarT-Shirt (Mohd Firdaus Anuar(Pengarah),Anwar Suhaimi(Editor),Illyana Muzliza Muzzaffa,Muhammad Faiz Bin Abu Bakar,Farhan Taijuddin,Mohamad Nazri Jamal,Farah Nadia Samsudin - Universiti Multimedia). Sementara itu, filem Kelupis (Norlaji Hamid - Universiti Malaysia Sabah) memenangi Anugerah Khas Juri I kerana memaparkan budaya makanan masyarakat setempat.

Anugerah Khas Juri II diraih 'Selipar Terbang' (Syed Hafizul Hadee Syed Ibrahim - Kolej Yayasan Melaka) kerana memaparkan keaslian budaya manakala Anugerah Khas Juri III dirangkul 'Budak Sampah' (Suhiana Mohd Sutki - Universiti Malaysia Sabah) kerana memaparkan keprihatinan terhadap kemanusiaan.

Juri FFVPM5 Peringkat Awal dianggotai Abd Naquib Razak, Abdul Rahman Bujang, Marthias Md AN dan Mohamad Letfee Ahmad, manakala Juri FFVPM5 Peringkat Akhir dianggotai U-Wei Shaari (ketua), Prof Dr Nairn Ahmad, Prof Madya Dr Asiah Sarji, Maidin Borham (Dedy M Borhan) dan Ali Ngasio.

Dalam pada itu, Mahyidin berkata, pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang festival berlangsung seperti pameran, bengkel penerbitan video, diskusi filem, maraton wayang, tayangan filem tempatan dan antarabangsa serta pelancaran Kelab Pencinta Filem.

FFVPM5 mencatatkan banyak sejarah baru antaranya ialah mengundang kehadiran lebih 1,500 orang selain daripada diskusi filem yang mengumpul lebih 1,200 orang. Begitu juga dengan pendaftaran ahli portal Sinema Malaysia yang dapat menarik 700 ahli baru selain daripada pelancaran Kelab Pencinta Filem UMS.