Samurai X

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Samurai X atau Rurouni Kenshin: Kisah Cinta Pemedang Zaman Meiji (るろうに剣心 明治剣客浪漫譚 Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan?)[1] ialah satu siri manga dan anime yang direka oleh mangaka bernama Nobuhiro Watsuki. Cerita ini berlatarkan awal era Meiji di Jepun. Versi bahasa Inggeris bagi OVA serta filem dikenali sebagai Samurai X, namun tajuk asalnya disertakan dalam keluaran DVD.

Animenya telah disiarkan menerusi NTV7 dan RTM2 di Malaysia manakala komik manganya telah tamat diterbitkan oleh Comics House.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Ceritanya mengisahkan seorang pembunuh legenda yang handal bernama Himura Kenshin (atau Hitokiri Battōsai yang bermaksud Pembunuh manusia dan pakar Battōjutsu) yang bersumpah tidak ingin membunuh sesiapa dengan pedang lagi setelah tamatnya perang yang menanam rasa hina dan insaf dalam dirinya. Kemudian, dia tinggal bersama dengan seorang wanita dan mulai saat itu, hidupnya sebagai bekas "battosai" bermula dengan pelbagai cabaran bersama rakan-rakan dan kekasihnya dalam menghadapi musuh.

Cerita bermula dengan pertemuan Kenshin dengan Kaoru di Tokyo. Kaoru ketika itu sedang mencari seorang jejaka yang bergelar Battosai, dan mula-mulanya percaya bahawa Kenshinlah orangnya, namun setelah melihat sifat kecanggungan Kenshin dan sebilah sakabato ("pedang bermata songsang") Kaoru menafikan bahawa Kenshin ialah pembunuh lagenda yang dicarinya. Sebenarnya terdapat bekas pelajar dojo Kamiya yang hendak membalas dendam setelah dibuang sekolah, lalu tersilap rujuk oleh Kaoru sebagai Battosai. Kaoru ditangkap dan ditahan oleh Battosai palsu itu, tetapi Kenshin muncul untuk menyelamatkannya lalu menggelar dirinya Battosai sebenar dan menewaskan Battosai palsu dan gerombolannya tanpa membunuh seisapa pun. Dia menggunakan kamahiran berpedang yang kuno tetapi amat berkuasa bergelar "Hiten Mitsurugi-Ryu". Setelah ditawarkan menetap di dojo, Kenshin bercadang untuk berhenti mengembara seketika dan tinggal dalam dojo itu. Maka bermulanya yang pertama daripada ketiga-tiga arka manga tersebut.

  1. Note: Tajuk bahasa Jepun ini secara harafiah bermaksud "Rurouni Kenshin: Pemedang Meiji", satu koleksi Cerita Cinta Rakyat. "Rurouni" ialah sebentuk neologisme yang dibentuk daripada kata kerja ru, bermaksud "mengembara," dan ronin, bermaksud "samurai tidak bertuan." Terjemahan kasar tajuk ini ialah "Kenshin Si Pemedang yang Mengembara".