Pergi ke kandungan

Beringin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ficus benjamina)

Beringin
Waringin
Buah dan dahan beringin
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
F. benjamina
Nama binomial
Ficus benjamina

Beringin (Jawi: بريڠين), waringin (Jawi: وريڠين‎) atau jejawi (Jawi: ججاوي‎, nama saintifik: Ficus benjamina) adalah spesies tergolong dalam keluarga pokok ara bertaburan asal di Asia Tenggara dan Asia Selatan sehingga utara benua Australia. Ia merupakan pokok rasmi Bangkok, Thailand. Ia merupakan pokok yang mencecah 30 m tinggi secara semulajadi, dengan dahan melengkung dan daun berkilat sepanjang 6-13 cm, bujur dengan hujung menjulur (acuminate). Buahnya merupakan sumber makanan burung.


Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Dikawasan tropika, pokok Ara Beringin terseragam besar dan indah bagi taman dan keadaan lain seperti tepi jalan. Ia sering ditanam bagi tujuan ini.

pokok Ara Beringin popular sebagai pokok dalam rumah dikawasan serdahana, disebabkan ketahanannya kepada keadaan kurang elok; ia terbaik di bawah pancaran matahari terik, tetapi tahan di tempat teduh. Ia perlu disiram jumlah serdahana pada musim panas, dan hanya perlu dielakkan daripada kering semasa musim sejuk. Ia sensitif kepada sejuk dan perlu dilindungi daripada angin sejuk yang kuat. Apabila ditanam dalam rumah, ia mampu tumbuh besar dan perlu dicantas atau dipindahkan. Daunnya sensitif kepada pertukaran cahaya. Apabila dialih, ia mungkin menggugurkan daunnya dan diganti dengan daun baru apabila menyesuaikan diri dengan cahaya.


Pokok ini amat sesuai sebagai bonsai dalam rumah. Ini kerana ketahanannya dengan persekitaran dalam rumah.

Ancaman Akar

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat [1] dalam Helaian Fakta ST-251 menyatakan "Akarnya tumbuh dengan pantas menguasai taman, menyelit di bawah dan mengangkat pejalan kaki, lambo, dan laluan kereta." Mereka memutuskan bahawa dalam bentuk pokok, ia terlalu besar bagi tanaman kediaman, dengan itu dalam kawasan tersebut spesies ini hanya digunakan sebagai pagar atau halangan pandangan yang perlu dicantas.

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]
Pokok beringin

Masyarakat Melayu dahulu mencerap muka terang Bulan menyerupai suatu pokok "beringin songsang"; pohon beringin ini diceritakan kononnya diduduki seorang bongkok tua yang memintal tali kulit t'rap untuk digunakan untuk mengail segala isi bumi.[1]

Beringin mengilham rupa gunungan latar Wayang Kulit Kelantan.[2]

  1. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 1: Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 13.
  2. ^ Wong, Fiona, E Chiong; Ghulam-Sarwar, Yousof (Dis 2018). "The Visual Elements in The Pohon Beringin Figure of the Kelantan Shadow Play". Malaysian Journal of Performing and Visual Arts. University of Malaya Cultural Centre. 4: 63–78. doi:10.22452/MJPVA.vol4no1.4.
  • Frith, H.J.; Rome, F.H.J.C. & Wolfe, T.O. (1976): Food of fruit-pigeons in New Guinea. Emu 76(2): 49-58. HTML abstract