Fizie Roslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fizie Roslan
Kelahiran
Mohamad Hafizie bin Roslan

(1988-02-02) 2 Februari 1988 (umur 36)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyampai radio, pengacara
Tahun aktif2005–kini
Majikan
PasanganFatin Sharmimi
Anak-anak2

Mohamad Hafizie Roslan (lahir 2 Februari 1988) ialah seorang penyampai radio Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2014-2021), Molek FM (2022-23) dan Gegar (2024-kini)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fizie memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Manis FM yang ketika itu beroperasi di Kelantan.[1] Beliau pernah bekerja sebagai juruhebah di pasar raya di Kelantan selama tiga bulan selepas tamat Tingkatan 5.[2] Bagaimanapun, beliau meninggalkan Manis FM dan menubuhkan stesen radio internet, Gempak FM.[3]

Pada tahun 2011, beliau menyertai Hot FM Kelantan yang mana beliau telah bertugas sebagai penyampai sehingga 2013.[3] Beliau kemudian diserap ke Hot FM pada Februari 2014 yang mana beliau mengendalikan rancangan radio AM Krew bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen itu pada November 2013.[4][5]

Malangnya pada 19 Julai 2021, Fizie membuat keputusan tidak menyambung kontrak bersama Hot FM setelah hampir sembilan tahun berkhidmat. Bermula pada tahun 2022, beliau dipindahkan ke Molek FM bersama Mek Zura dan dinamakan sebagai Molek Pagi.

Selepas dua tahun beliau bertugas di Molek FM, bermula pada tahun 2024, beliau akan dipindahkan ke Gegar bersama Issey dan dinamakan sebagai Bro Pagi Gegar.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2022 Sembang Aktif Pengacara DidikTV KPM

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
Februari 2014 - 19 Julai 2021 Hot FM AM Krew & Geng Pagi Hot Hot FM
9 Januari 2022 - 22 November 2023 Molek Pagi & Molek 30 Gu Molek FM
1 Januari 2024 - kini Bro Pagi Gegar Gegar

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai Radio Popular Tercalon

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Fatin Sharmimi dan dikurniakan dua anak.[1][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Syanty Octavia Amry (20 Januari 2015). "Hari-hari kena kutuk". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  2. ^ "Biodata Fizie, penyampai radio popular Hot FM". Encik Shino. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  3. ^ a b "Fizie tidak bimbang dibandingkan dengan FBI". Perak Today. 11 Februari 2014. Dicapai pada 28 Mei 2014.
  4. ^ a b Wahi Aziz (14 Disember 2015). "Fizie lega diterima peminat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  5. ^ "Hot FM's Fizie takes Faizal's place" [Fizie Hot FM menggantikan Faizal] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 8 Februari 2014. Dicapai pada 28 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]