Hot FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hot FM
Hotfmlogo.svg
Kawasan penyiaran Petaling Jaya,Selangor,Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 15 Januari 2006
Format Urban semasa
Pemilik Synchrosound Studio Sdn Bhd , Anak Syarikat Media Prima Berhad
Tapak web Hot FM

Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu milik Synchrosound Studio Sdn Bhd , anak syarikat Media Prima.. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006. Hot FM mengambilalih frekuensi WaiFM milik Datin Seri Tiara Jacquelina, setelah WaiFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.

Hot FM mengudara selama 24 jam sehari. Diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian, Hot FM menyiarkan lagu-lagu 90-an, lagu-lagu Melayu terbaru, Indonesia, dan antarabangsa serta informasi tentang muzik.

Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.[1]

Isi kandungan

Penyampai radio [sunting]

Juruhebah Hot fm, dari kiri: AG, Anne, Nik Nor Azura, Faizal Ismail, Farah Fauzana, Fikhrie, Ikhwan, Kartini, Aleya, dan Suraya.

Bekas penyampai radio [sunting]


Segmen [sunting]

Isnin hingga Jumaat [sunting]

  • Hot FM AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG dan Usop Wilcha
  • Menu Muzik Hot FM
  • Hot FM Jam
  • Hot FM Refleksi
  • Hot FM Zon

Sabtu [sunting]

  • Hot FM 30 - carta lagu-lagu Melayu dan Indonesia
  • Hot FM Corner
  • Hot FM Refleksi
  • Hot FM TWO-O
  • Hot FM Karoks
  • Hot FM Kita Punya - 100% Buatan Malaysia

Ahad [sunting]

  • Apa Yang Hot
  • Hot FM Korner
  • Hot FM 30(Ulangan)
  • Hot FM Rock(Ulangan)


Frekuensi [sunting]

Kritikan dan kontroversi [sunting]

HOT FM mendapat kritikan kerana memutarkan lebih banyak lagu Indonesia[perlu rujukan] sehingga menjejaskan lagu Malaysia sebagai aset kepentingan industri hiburan Malaysia. Ramai pendengar Malaysia telah mengkritik radio HOT FM kerana tidak menepati citarasa pendengar Malaysia.[nyatakan menurut siapa?]

Diskografi [sunting]


Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]

  1. Marcus Chhan. "Nielsen Radio figures in, Hot FM leads way", Marketing Interactive, 20 Oktober 2009. Dicapai pada 21 Oktober 2009. 

Pautan luar [sunting]