Molek FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Molek FM
Logo sejak 9 Januari 2022
BandarPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganGu Pantai Timur
Tarikh siaran pertama9 Januari 2022; 2 tahun yang lalu (2022-01-09)
BahasaMelayu
PemilikMedia Prima Berhad
(Kool FM Radio Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webdengar.molekfm.audio
Tapak webwww.molekfm.audio

Molek FM ialah stesen radio swasta Malaysia yang dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat radio konglomerat media Malaysia, Media Prima Berhad.[1] Stesen radio itu bertujuan untuk pendengar Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, yang disiarkan 24 jam setiap hari dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Stesen radio ini disasarkan kepada pendengar berumur 18 hingga 39 tahun selain memberi tumpuan kepada pendengar berumur 24 hingga 34 tahun di negeri Pantai Timur.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Molek FM mula menyiarkan percubaan pada 2 Januari 2022 dan disiarkan secara rasmi dengan penyampai radio pada 9 Januari 2022.[4][5] Pada mulanya, ia menyasarkan pendengar di negeri Pantai Timur, dengan lagu-lagu 80-an hingga terkini serta Melayu, Hindi, Indonesia, Inggeris dan Thai. Malaysia hanya mempunyai dua stesen radio berbahasa Melayu di pantai timur sebelum pelancaran Molek FM iaitu Manis FM milik Husa Network Sdn. Bhd. dan Gegar milik Astro Radio.[6]

Pada tahun 2011, Rangkaian Radio Media Prima pernah melancarkan dua saluran radio khusus bagi pendengar Pantai Timur iaitu Hot FM T'ganu dan Hot FM Kelate.[7] Kedua-dua saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2015.

Pada 31 Mei 2022, Molek FM dianugerahkan trofi "Excellence In Media Communication" bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.[8]

Pada 2 Oktober 2022, Molek FM mula bersiaran di Kuantan, Pahang melalui frekuensi 100.4 MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung bagi menggantikan slot stesen radio berbahasa Cina di bawah Media Prima Audio iaitu 8FM (dahulunya One FM).

Penyampai Radio[sunting | sunting sumber]

Penyampai Harian[sunting | sunting sumber]

Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Nazrin Nordin DJ Nazz 10 April 2022
Siti Azian Sheik Omar Mek Yan 1 Disember 2023
Daniel James Tyler Mat Dan 9 Januari 2022
Qila Shahirah Qila 17 Disember 2023
Syarifah Nur Farhana Syed Talib Anna Aljuffrey

Penyampai Hujung Minggu[sunting | sunting sumber]

  • El Saifuddin
  • Zetty Rashid
  • Ezuan Zack

Bekas Penyampai[sunting | sunting sumber]

Nama Nama samaran Tempoh Kerja Catatan
Mohd Izzul Nazmi Mazri Izzul 9 Januari 2022 - 27 Jun 2022
Fizie Roslan Fizie 9 Januari 2022 - 22 November 2023 berpindah ke Gegar (stesen radio)
Siti Azuraina Sheik Omar Mek Zura 9 Januari 2022 - 16 November 2023
Abdul Karim Hassan Kai Hassan 9 Januari 2022 - 28 November 2023 berpindah ke Suria (stesen radio)
Kamilia Afiqah Keymi 27 Mac - 29 Disember 2022

Program[sunting | sunting sumber]

Ahad - Khamis[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa
Molek Pagi DJ Nazz & Qila 06:00 - 10:00
Molek 10-3 Mek Yan 10:00 - 15:00
Molek Petang Mat Dan 15:00 - 19:00
Renungan Molek - 19:00 - 20:00
Molek Malam Anna Aljuffrey 20:00 - 00:00

Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa
Jukebox Molek - 06:00 - 08:00
Terbaik Molek Pagi DJ Nazz & Qila 08:00 - 12:00
Jumaat Penghuni Hari - 12:00 - 15:00
Molek Korner Penyampai hujung minggu 15:00 - 19:00
Renungan Molek - 19:00 - 20:00
Jukebox Molek - 20:00 - 21:00
Artis Molek Gu Anna Aljuffrey & Qila 21:00 - 00:00

Sabtu[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa
Jukebox Molek - 06:00 - 08:00
Artis Molek Gu (ulangan) Anna Aljuffrey & Qila 08:00 - 11:00
Molek Korner Penyampai hujung minggu 11:00 - 19:00
Renungan Molek - 19:00 - 20:00
Terbaik Molek Pagi DJ Nazz & Qila 20:00 - 00:00

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rancangan Pagi di Molek FM[sunting | sunting sumber]

Segmen Pagi Molek FM adalah antara segmen popular di Malaysia. Pada mulanya, segmen pagi Molek FM dinamakan sebagai Molek FM yang diterajui oleh dua penyampai popular Fizie & Mek Zura segmen pagi dinamakan sebagai Molek Pagi yang diterajui DJ Nazz & Qila.

Penyampai Radio Pagi[sunting | sunting sumber]

Tahun Penyampai
Januari 2022 - November 2023 Fizie & Mek Zura
Disember 2023 - kini DJ Nazz & Qila

Rancangan Petang di Molek FM[sunting | sunting sumber]

Rancangan Petang Molek FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" Molek Petang yang diterajui Mat Dan.

Penyampai Radio Petang[sunting | sunting sumber]

Tahun Penyampai
Januari - April 2022 & November 2023 - kini Mat Dan
April 2022 - November 2023 DJ Nazz & Mat Dan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (Januari 24, 2022). "MPA 'pecah rekod' siarkan Molek FM". BHarian. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (2022-01-07). "Molek FM, Gu Pantai Timur untuk orang Kelantan dan Terengganu". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 2022-02-17.
  3. ^ Nurshafika Suhaimi (2021-12-31). "Molek FM, siaran radio terbaharu Pantai Timur". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 Januari 2022.
  4. ^ "#Showbiz: Molek FM to serve East Coast radio listeners" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 Januari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  5. ^ "Molek FM, siaran radio baharu pendengar Pantai Timur". Sinar Harian. 30 Disember 2021. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  6. ^ Nur Asyikin Mayudin (20 Ogos 2021). "Issey kini penyampai Gegar FM, cabar diri keluar dari zon selesa - "Saya hanya nak tukar angin"". mStar. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  7. ^ Siti Azira Abdul Aziz (23 November 2011). "Hot FM Perkenal Penyampai Baru Di Kelantan & Terengganu". mStar. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  8. ^ Affan Rostam (31 Mei 2022). "Molek FM terima pengiktirafan". hMetro. Dicapai pada 3 Jun 2022.