Francis Yeoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Francis Yeoh adalah seorang personaliti perniagaan di Malaysia.
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Yeoh (杨).

Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock PingWullalala CBE (nama Cina : 楊肅斌; pinyin: Yáng Sùbīn, lahir Ogos 23, 1954) adalah seorang personaliti perniagaan di Malaysia, dan anak sulung kepada billionair Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Hons.) di dalam kejuruteraan am dari Kingston University, United Kingdom pada tahun 1978.

Francis mendapat pendidikan menengahnya di Victoria Institution di Kuala Lumpur, Malaysia di mana beliau pernah menjadi Ketua Pelajar. Beliau telah menjadi Pengurus Besar kepada Syarikat YTL Corporation pada tahun 1988. Di bawah kelolaannya, Kumpulan YTL Group telah membesar daripada satu senarai tunggal pada tahun 1985 kepada satu kuasa yang mengandungi lima syarikat disenaraikan dan beliau menjadi konglomerat terbesar di Malaysia.

Pada Januari 16, 2003, beliau telah dianugerahkan Ernst & Young Master Entrepreneur of the Year Award Malaysia yang pertama pada tahun 2002 sebagai tanda menghargai kepintarannya di dalam bidang keusahawanan.

Pada Februari 13, 2004, beliau telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat Engineering dari alma mater, Kingston University.

Beliau telah dianugerahkan BusinessWeek's "25 Stars of Asia 2003"pada November 6, 2003 diHong Kong; dan diletakkan pada kedudukan 21 oleh Fortune Magazine Asia 25 Personaliti PalingBerkuasa pada Ogos 9, 2004.

Francis telah berkahwin dengan Rosaline Yeoh (meninggal pada 5 Ogos 2006) pada tahun 1982, dan mereka mempunyai lima anak. Adik beradiknya tinggal di Malaysia dan menjadi pengarah di dalam YTL Corporation.

Pada bulan 2006, beliau telah dianugerahkan Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE) oleh Queen Elizabeth II kerana usahanya yang dermawan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]