Franz Joseph I dari Austria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Franz Joseph I
Franz Joseph pada 1910
Maharaja Austria
Tempoh pemerintahan 2 Disember 1848 – 21 November 1916
Didahului oleh Ferdinand I
Diikuti oleh Charles I
Raja Hungary
Tempoh pemerintahan 2 Disember 1848 – 21 November 1916
Didahului oleh Ferdinand I
Diikuti oleh Charles I
Pasangan Elisabeth of Bavaria
Putera-puteri
Archduchess Sophie
Archduchess Gisela
Crown Prince Rudolf
Archduchess Marie Valerie
Keluarga diraja Kerabat Habsburg-Lorraine
Ayahanda Archduke Franz Karl dari Austria
Bonda Puteri Sophie dari Bavaria
Kelahiran 18 Ogos 1830(1830-08-18)
Istana Schönbrunn, Vienna
Kemangkatan 21 November 1916 (umur 86)
Istana Schönbrunn, Vienna
Pengebumian Perkuburan Imperial
Tandatangan
Agama Katolik Rom

Franz Joseph I atau Francis Joseph I (Bahasa Jerman: Franz Joseph I., Bahasa Hungary: I. Ferenc József, Bahasa Slovene: Franc Jožef I.,18 Ogos 1830 – 21 November 1916) merupakan Maharaja Austria dan Raja Hungary dari 1848 hingga tahun kematiannya 1916. Sejak 1 Mei 1850 hingga 24 Ogos 1866, beliau merupakan seorang Presiden Gabungan Jerman..[1]

Pada Disember 1848, Ferdinand I telah turun takhta sebagai sebahagian daripada Ministerpräsident Felix zu Schwarzenberg untuk menamatkan Revolusi 1848 di Austria yang membenarkan anak saudara Ferdinand Franz Joseph untuk naik takhta. Sebahagian besarnya dianggap sebagai reaksioner, Franz Joseph menghabiskan pemerintahan awal menentang perlembagaan dalam domain beliau. Empayar Austria terpaksa menyerahkan tuntutannya kepada Lombardy-Venetia dan Sardinia berikutan tamatnya Perang Kemerdekaan Itali Kedua pada tahun 1859 dan Perang Kemerdekaan Itali Ketiga pada tahun 1866. Franz Joseph tidak menyerahkan wilayah tuntunanya kepada Kerajaan Prusia selepas kekalahan Austria di Perang Austria-Prusia.[2]

Franz Joseph telah bermasalah dengan nasionalisme semasa sepanjang pemerintahannya. Beliau membuat kesimpulan tentang Ausgleich pada tahun 1867 yang memberikan autonomi kepada Hungary, seterusnya menjadikan Empayar Austria ke dalam Empayar Austria-Hungary di bawah dual monarki.

Selepas Perang Austria-Prusia, Austria-Hungary mengalihkan perhatian di Balkan yang merupakan satu ketegangan antarabangsa kerana kepentingan yang bercanggah dengan Empayar Rusia. Krisis Bosnia adalah hasil daripada pengilhakan Franz Joseph ke atas Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1908 yang telah diduduki oleh tenteranya sejak Kongres Berlin (1878). Pada 28 Jun 1914, pembunuhan putera Austria, Archduke Franz Ferdinand yang telah ditembak oleh Gavrilo Princip iaitu seorang nasionalis Serbia menyebabkan Austria-Hungary melancarkan perang terhadap Kerajaan Serbia yang merupakan sekutu Rusia. Ini menyebabkan perang besar-besaran iaitu Perang Dunia Pertama.

Franz Joseph telah mangkat pada 21 November 1916 selepas memerintah Austria selama hampir 68 tahun. Beliau telah digantikan oleh cucu lelaki beliau, Charles I.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Francis Joseph, in Encyclopædia Britannica. Retrieved 19 April 2009
  2. "Gale Encyclopedia of Biography: ''Francis Joseph''". Answers.com. http://www.answers.com/topic/franz-joseph-of-austria. Capaian 2013-12-02. 
Franz Joseph I dari Austria
Tarikh lahir: 18 Ogos 1830 Tarikh kemangkatan: 21 November 1916
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Ferdinand I & V
Maharaja Austria
Raja Hungary

1848–1916
Diikuti oleh:
Charles I & IV
Jawatan politik
Didahului oleh
Ferdinand I dari Austria
Presiden
Gabungan Jerman

1849–1866
Diikuti oleh:
William I dari Prussia
(Presiden Gabungan Jerman Utara)