Gagasan Badan Ekonomi Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau singkatannya GABEM ialah sebuah entiti yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. GABEM dilancarkan pada 6 Jun 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pengerusi pertamanya ialah Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Rahim Thamby Chik, sebagai Pengerusi GABEM dan perlantikan 24 Ahli Majlis Perundingan dan 24 Ahli Majlis Permuafakatan. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO semasa melancarkan Majlis GABEM Selangor pada 14 April 2007 mengisytiharkan GABEM sebagai "sayap ekonomi UMNO".

Tujuan penubuhan[sunting | sunting sumber]

GABEM ditubuhkan sebagai satu langkah parti pemerintah di bawah Agenda Melayu untuk mencapai hasrat Kerajaan meningkat dan menambah lebih ramai lagi bilangan usahawan Bumiputera di bawah dasar Masyarakat Pedagangan dan Perindustrian Bumiputera Generasi Baru agar kekayaan negara dapat dijana dan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum di negara ini. GABEM bekerjasama rapat dengan Kerajaan, syarikat GLC, ahli politik, pemimpin-pemimpin Badan-badan Ekonomi Melayu, dan profesional dan para akademia Melayu untuk memajukan ekonomi bangsa.

Perdana Menteri telah bersetuju supaya GABEM menumpukan kepada 5 Teras Peranan Utama berikut:

  1. Meningkatkan pemuafakatan Badan-badan Ekonomi Melayu
  2. Meningkatkan kepimpinan Badan-badan Ekonomi Melayu dari segi profesional, dinasmisme dan patriotisme
  3. Mencegah ketirisan dalam ekonomi Melayu
  4. Jihad ekonomi melalui penghijrahan minda berasaskan pembangunan modal insan
  5. Memapankan MPPB Generasi Baru melalui konsolidasi kluster ekonomi.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi
Melayu Berprestasi Tinggi Dalam Ekonomi
Misi
Memperkasa dan Memartabatkan Ekonomi Melayu Menuju Malaysia Maju 2020 Melalui Perlaksanaan 5 Teras GABEM

Konvensyen 2008[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Julai 2008, GABEM menganjurkan Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 di PWTC. Perasmian dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Turut hadir ialah pengerusi GABEM, Rahim Thamby Chik. Rahim merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tema konvensyen ialah 'Melonjakkan Ekonomi Bumiputera'. GABEM menyokong Dasar Ekonomi Baru diteruskan kerana dapat diterima semua kaum di Malaysia. GABEM mengkritik Agenda Ekonomi Malaysia yang diwar-warkan oleh penasihat PKR Anwar Ibrahim yang bersandarkan kesamarataan antara kaum ala konsep "Malaysian Malaysia".[1]

Cadangan[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

GABEM dikatakan projek kempen Tan Sri Rahim Thamby Chik yang telah menawarkan diri bagi merebut jawatan naib presiden UMNO pada Disember 2008. Pelan A dan Pelan B GABEM hanyalah platform untuk mengukuhkan presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi. GABEM sendiri menyatakan ia sayap UMNO. GABEM memperalatkan 'Melayu' untuk kepentingan 2 juta ahli UMNO, bukan 11 juta Melayu di Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]