Gantang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Gantangbrunei.jpg
Gantang Brunei di Muzium Kesenian Islam Malaysia (Islamic Arts Museum Malaysia)

Gantang adalah merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman kerajaan lama (sebelum wujudnya sukatan metrik piawai), gantang dijadikan alat penyukat rasmi. Ukuran ini sering digunakan di desa, terutama untuk penduduk yang menanam padi atau gandum.

Gantang adalah satu ukuran untuk isi padu (volume measure atau capacity) bersamaan dengan 1 gelen imperial, hampir sama dengan 4.56 liter sukatan metrik ataupun 1.2 gelen U.S. [1]. Khazanah Malaysia mentakrifkan 1 gantang sebagai 4.546 09 liter dan 1 liter bersamaan dengan 0.219969 gantang rujuk SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977, Khazanah Malaysia

Penggunaan Di Nusantara[sunting | sunting sumber]

Di Sabah dan Sarawak, gantang digunakan juga sebagai unit berat, bersamaan 5 1/3 paun Imperial (kira-kira 2.419 kg) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1966). Di Brunei, gantang digunakan dengan sukatan berat untuk beras, bersamaan 8 paun avoirdupois, iaitu kira-kira 3.63 kg. Tetapi apabila digunakan untuk mengukur padi, gantang bersama dengan 5 1/3 paun sahaja, bersamaan 2.419 kg.

Gantang di Indonesia adalah unit sukatan untuk beras, dan adalah bersamaan dengan 8.5766 liter. Semasa penjajahan Belanda, gantang dikira untuk ukuran isi padu sebagai 1/14 pikul (kira-kira 8.38048 liter) tetapi apabila digunakan dengan ukuran berat adalah dikira sebagai sukatan bersamaan 6.15 kg.

Peribahasa[sunting | sunting sumber]

Gantang mendapat tempat dalam peribahasa Melayu. Antara peribahasa yang melibatkan gantang adalah

Bil. Peribahasa Maksud
1 . Daripada segenggam jadi segantang. Bernasib baik.
2 . Duduk dengan cupak dan gantang. Ketua yang adil.
3 . Melukut di tepi gantang. Sesuatu/sesorang yang tidak dihargakan sangat.
4 . Menggantang anak ayam. Melakukan pekerjaan yang sia-sia.
(Peribahasa lain yang sama makna:
a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima,
b. Bagai menyukat belut hidup).
5 . Menggantang asap, mengukir langit. Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.
6 . Mengisi gantang pesuk. Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.
7 . Penuh sudah bagai menggantang. Penuh benar-benar.
8 . Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.
melukut = lemukut.
Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya.
9 . Tiada terbawa sekam segantang. Sangat lemah; tidak berdaya.
10 . Yang secupak (= sesukat) takkan jadi segantang. Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]