Garam (kimia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garam biru kuprum(II) sulfat dalam bentuk mineral kalkantait.

Dalam kimia, garam adalah sebatian ion yang terbentuk hasil daripada proses peneutralan satu asid dan bes. Ia terdiri daripada kation (ion bercas positif) dan anion (ion bercas negatif) yang sama banyaknya dan ini menyebabkan sebatian ini bercas neutral. Bahagian-bahagian ion ini boleh jadi tidak organik seperti klorida (Cl-) atau organik seperti asetat (C2H3O2-), dan ion monoatom seperti florida (F-) dan ion poliatom seperti sulfat (SO42-).

Ada beberapa jenis garam. Garam yang menghidrolis untuk membentuk ion hidroksida apabila dilarutkan dalam air dikenali sebagai garam bes dan garam yang menghidrolis untuk membentuk ion hidronium di dalam air adalah garam asid. Garam neutral adalah garam yang bukan garam asid dan bukan juga garam bes. Zwitterion mengandungi pusat anion dan kation di dalam molekul yang sama tetapi tidak dianggap sebagai garam. Contohnya, asid amino, pelbagai jenis metabolit, peptida dan protin.

Garam lebur dan larutan yang mengandungi garam terlarut (misalnya, sodium klorida dalam air) dipanggil elektrolit kerana ia boleh mengalirkan elektrik. Seperti yang diperhatikan di dalam sitoplasma sel, di dalam darah, urin, sap tumbuhan dan air mineral, gabungan pelbagai jenis ion di dalam satu larutan biasanya tidak membentuk satu jenis garam tertentu selepas penyejatan air. Oleh itu, kandungan garamnya dinyatakan mengikut ion.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.