Genting Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Genting Berhad
Jenis Awam
Industri Pelancongan
Ditubuhkan Diasaskan 1965, diperbadankan 1968
Ibu pejabat Ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Tan Sri Lim Kok Thay (pengerusi & CEO), Tun Mohammed Hanif Omar (timbalan pengerusi)
Produk Resort, kasino
Hasil RM 56.9 bilion (Mei 2009)
Pekerja 36,000
Induk Kien Huat Realty Sdn Bhd
Laman web www.genting.com

Kumpulan Genting (Genting Group) (MYX: 3182) ialah sebuah perbadanan multinasional yang terkenal di Malaysia. Ia terdiri daripada Genting Berhad dan syarikat subsidiarinya. Kumpulan ini merupakan syarikat utama yang bertanggungjawab membangunkan Genting Highlands.

Kumpulan Genting diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong apabila beliau membina Genting Highlands Resort pada tahun 1965. Terletak 2000 m di atas paras laut. Genting Highlands Resort kini merupakan antara resort hiburan bersepadu termuka di dunia. Kumpulan Genting kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Kini, anak Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]