Bank RHB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
RHB Bank Berhad
RHB நிதியகம் (Tamil)
Jenis Awam
Industri PerBankan dan kewangan
Ditubuhkan 1997, berikutan percantuman DCB Bank dan Kwong Yik Bank.
Pengasas Tan Sri Rashid Hussain
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Produk Perkhidmatan perbankan dan kewangan
Pekerja 11,135
Laman web www.rhb.com.my

RHB Bank Berhad (dikenali juga sebagai Rashid Hussein Bank) adalah sebuah bank yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mengkhusus di dalam perbankan perdagangan, korporat, perbankan pelaburan dan perkhidmatan perbankan antarabangsa. Bank ini dibentuk setelah suatu percantuman di antara Kwong Yik Bank dan DCB Bank (Development and Commercial Bank, dikenali juga sebagai D&C Bank), pada Julai 1, 1997, dan kemudiannya Sime Bank dan Bank Utama. Pada Mac 9, 2007, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendapat kawalan terhadap bank tersebut, setalah memenangi satu bidaan terhadap EON Capital dan satu konsortium yang dipimpin oleh Kuwait Finance House.[1] RHB Bank adalah merupakan sebahagian daripada sebuah konglomerat kewangan, RHB Capital Berhad.

RHB Bank merupakan bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan 200 pejabat di Malaysia dan seluruh wilayah itu (sehingga 2002). Bank ini juga dinamakan sebagai "Bank Domestik Terbaik/Best Domestic Bank" oleh kedua-dua Finance Asia dan Euromoney pada tahun 1997.

Asalnya, RHB Bank (Swift Code:RHBBMYKLXXX) juga biasa dikenali sebagai Sime Darby Bank dan sebelulm itu adalah United Malayan Banking Corporation, sebuah bank yang dikaitkan dengan UMNO. RHB Bank mengkhusu di dalam perbankan pelanggan dengan entiti-entiti lain seperti RHB Islamic Bank,Delta Finance kepada namanya. RHB Bank bank perdagangan yang bertumpu kepada pinjaman industri dan kommersial di Singapura, di sebalik ia selayaknya menjadi bank penuh.

Produk-produk lain termasuklah debit mastercard i-Cash dan i-Connect bersama-sama dengan elektronik debit mastercard SenQ.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]