Sime Darby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sime Darby Berhad
Jenis awam
Industri Perladangan, Automotif, Industri, Harta tanah, Tenaga & Utiliti
Ditubuhkan 1910
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Tun Musa bin Hitam (Pengerusi)
Dato' Mohd Bakke Saleh (Presiden & CEO Kumpulan)
Dato' Abdul Wahab Maskan (COO Kumpulan)
Hasil MYR 34.05 bilion (2008)
Pendapatan bersih MYR3.73 bilion (2008)
Jumlah aset MYR 35.972 bilion (2008)
Jumlah ekuiti MYR 22.205 bilion (2008)
Pekerja Lebih 104,000
Laman web www.simedarby.com

Sime Darby (MYX: 4197) adalah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti. Sime Darby tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini beralih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.

William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.

Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.

Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).

Malaysianisasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat British yang menguasai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas 1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby. Pada 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Pada 1981, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad merestui tindakan PNB untuk membeli / mengambilalih syarikat Guthrie dari Bursa Saham London dalam apa yang dipanggil sebagai 'serangan waktu subuh'.

Penggabungan[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrie Berhad, Golden Hope dan Sime Darby digabung menjadi Synergy Drive . Pada 27 November 2007 ia ditukar nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]