Google Earth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Google Earth
Pembangun Google
Sistem pengendalian Windows 2000, XP & Vista, Mac OS X, Linux
Terdapat dalam Berbilang bahasa[1]
Jenis Glob maya
Lesen Hak milik
Tapak web Google Earth
Imej Lembah Kelang melalui Google Earth dengan jaringan jalan raya dan lebuh raya serta kod laluan.

Google Earth merupakan program yang memperbolehkan pengguna mengimbas pemandangan dunia (gambar sebenar tapi bukan masa-sebenar) dari atas langit secara maya. Pada asalnya Google Earth yang dicipta oleh Keyhole Inc dipanggil Earth Viewer, namanya ditukar setelah program tersebut dimiliki oleh Google. Imej pemandangan dari atas yang diperolehi dari perimejan satelit dan fotografi udara telah dicantumkan untuk menghasilkan peta bumi yang lengkap (piksel rendah bagi kawasan hutan).

Program ini boleh diperolehi di bawah tiga jenis lesen perisiaan yang berbeza:

  • Google Earth versi percuma dengan fungsi yang terhad.
  • Google Earth Plus ($20) dengan lebih banyak fungsi.
  • Google Earth Pro ($400 setahun) untuk kegunaan komersil.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota Kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Pilihan bahasa Inggeris, Swahili, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali dan Jepun