Georges Bizet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senarai opera Georges Bizet
Georges bizet.jpg

La prêtresse (1854)
Le docteur Miracle (1857)
Don Procopio(1859)
Les pêcheurs de perles, opera (1863)
Ivan IV (tidak habis)
La jolie fille de Perth (1867)
Noé (1869)
L'Arlésienne Suites (1872)
Djamileh (1872)
Carmen (1875)

Georges Bizet (Oktober 25, 1838Jun 3, 1875) ialah seorang penggubah Perancis dan juga pemain piano dari muzik era romantis. Beliau amat dikenali dengan opera terbaik gubahan beliau berjudul "Carmen".

Biografi[sunting | sunting sumber]

Bizet dilahirkan di Paris, Perancis di sebuah kawasan terletak di 28, rue de la Tour d'Auvergne. Nama beliau didaftarkan sebagai Alexandre-César-Léopold Bizet, namun hanya dibaptiskan sebagai Georges Bizet. Nama baptis beliau kekal sebagai nama yang digunakan sehingga ke akhir hayat beliau.

Bizet memulakan pengajian muzik di Paris Conservatory of Music sebelum menjelang harijadi ke-10 tahun. Simfoni gubahan beliau yang pertama bergelar Symphony in C Major, ditulis ketika berusia 17 tahun sebagai salah satu tugasan pelajar.

Opera beliau yang berjudul L'Arlésienne Suites pada asalnya dibuat sebagai muzik sampingan untuk sebuah lakonan yang diadaptasi dari penulisan novelis, Alphonse Daudet. Opera ini pertamakali dipersembahkan pada tahun 1872.

Bizet juga menggubah sebuah opera yang romantik berjudul Djamileh yang dilihat sebagai titik awal untuk Carmen pada tahun 1875. Opera Carmen menjadi hasil karya opera Bizet yang terbaik. Jalan cerita opera itu diambil dari novel hasil karya Mérimée yang ditulis pada tahun 1846. Watak Carmen dilakonkan oleh seorang penyanyi mezzo-soprano.

Pada awalnya, opera Carmen kurang diterima namun kemudiannya opera itu mendapat pujian tinggi dari penggubah-penggubah terkenal sezaman dengan beliau seperti Claude Debussy, Camille Saint-Saëns dan Pyotr Ilyich Tchaikovsky.

Pendapat dan pujian penggubah-penggubah terkenal terbukti menjadi kenyataan apabila opera Carmen menjadi salah satu kerjaseni opera terbaik dan kerap dipersembahkan sehingga ke hari ini. Namun, Bizet tidak sempat untuk menikmati kejayaan opera tersebut apabila beliau meninggal dunia pada usia 36 tahun, hanya selepas beberapa kali sahaja opera itu dipersembahkan. Beliau dikebumikan di Tanah perkuburan Père Lachaise is Paris

Opera[sunting | sunting sumber]

  • La prêtresse, operetta (1854)
  • Le docteur Miracle, opéra bouffe (1857)
  • Don Procopio, opéra bouffe (1859)
  • Les pêcheurs de perles, opera (1863)
  • Ivan IV, opera agung (tidak habis)
  • La jolie fille de Perth, opera (1867)
  • Noé, opera oleh Fromental Halévy dihabiskan oleh Bizet (1869)
  • L'Arlésienne Suites, 'musique de scène' (1872)
  • Djamileh, opera 1 babak (1872)
  • Carmen, opera (1875)

Media[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Toreador
    Dari Carmen
    Entr'acte
    Entr'acte untuk babak III dari Carmen
    Entr'acte
    Entr'acte untuk babak IV dari Carmen
  • Masalah memainkan fail ini? Sila rujuk bantuan media.

Nota muzik[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: