Gerai mamak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gerai mamak, juga dikenali sebagai "mapley", merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di Malaysia, istilah "mamak" merujuk kepada orang India beragama Islam, dan secara amnya, gerai mamak dimiliki dan dikendali oleh golongan ini. Sungguhpun lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi penubuhan seakan-akan restoran atau kafe (kedai mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirahat, kerana makanan dan minumannya berharga murah dan lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari.

Gerai mamak sudah sebati dengan budaya Malaysia kerana boleh didapati di merata tempat di negara ini, terutamanya di kawasan bandar raya. Budaya popular berlepak di gerai mamak telah ditanam dalam semua peringkat masyarakat Malaysia. Maka, gerai mamak menjadi gabungan pelbagai budaya, satu lambang keharmonian sesama kaum. Tanpa mengira kaum, agama dan umur, orang ramai sentiasa mengunjungi gerai mamak unutk bergosip atau menonton perlawanan bola sepak larut malam sambil meminum teh tarik panas. Gerai mamak merupakan tempat di mana adalah amat senang untuk mengenal pasti "pemburu kegemilangan" bola sepak (orang yang menyokong sesebuah kelab bola sepak kerana saiz, mutu dan/atau popularitinya dalam media). Tiada jenis tempat makan yang lain setanding dengan gerai mamak dari segi kepentingan budaya, kecuali kopi tiam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Mamak di Malaysia merupakan keturunan Tamil Muslim yang berwarganegara Malaysia. Berabad-abad lalu, leluhur mereka kebanyakannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara. Mereka dianggap sebagai sebahagian masyarakat India Malaysia. Orang India telahpun menetap di Malaysia seawal kurun pertama - 5 C.E. berdasarkan teknik radiokarbon, AMS dan OSL, di tapak peleburan besi (SB2A) di Lembah Bujang, Kedah, Malaysia.[1], [2]

Perkataan mamak berasal daripada istilah bahasa Tamil untuk bapa saudara sebelah ibu, atau maa-ma. Dalam konteks di Singapura dan Malaysia, kanak-kanak pelbagai kaum semuanya diajar untuk memanggil jiran dewasa, pemilik kedai dan orang yang tidak dikenali sebagai "pakcik" (uncle) atau "makcik" (auntie) untuk menunjukkan hormat dan taat kepada orang yang lebih tua. Istilah ini turut dipakai sungguhpun seseorang dewasa itu bukanlah seorang ahli keluarga, puak atau kaum kanak-kanak tersebut. Asal-usul istilah "gerai mamak" barangkali dipetik daripada amalan kanak-kanak meggelar si penjaga kedai sebagai 'uncle', atau 'mamak', dalam bahasa Tamil, sebagai tanda hormat ketika berinteraksi dengannya dan mengunjungi tempatnya.

Gerai mamak amat serupa maknanya dengan Gerai Hindu kecuali orang mamak beragama Islam dan tidak menjual daging khinzir, manakala penganut agama Hindu tidak menjual daging lembu. Terdapat juga gerai serupa yang dikendali oleh orang Melayu tempatan, dan mereka tidak wajar dikelirukan dengan bangsa mamak.

Sajian mamak[sunting | sunting sumber]

Lazimnya menu sesebuah gerai mamak mesti mengandungi teh tarik dan Milo serta beraneka pilihan roti canai. Kebanyakan gerai mamak juga menyajikan beberapa jenis masakan nasi, seperti nasi lemak dan nasi goreng, serta masakan mi seperti mi goreng. Tambahan pula, ada yang juga merangkumi sate dan makanan Barat.

Menu lazim[sunting | sunting sumber]

Rojak mamak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]