Get a Guitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Get a Guitar
Album single oleh
Dilancarkan pada4 September 2023 (2023-09-04)
TempatKorea Selatan
Genre
Panjang5:38
BahasaKorea
Syarikat
PengedarKakao Entertainment dan RCA Records Edit the value on Wikidata
Ulasan profesional
Single daripada Get a Guitar
  1. "Memories"
    Dikeluarkan: 21 Ogos 2023
  2. "Get a Guitar"
    Dikeluarkan: 4 September 2023
Video muzik
"Memories" di YouTube
"Get a Guitar" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Get a Guitar (makna harfiah: "Dapatkan Gitar") ialah album single pertama dan album penampilan sulung bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, Riize. Album single ini dilancarkan pada 4 September 2023 oleh syarikat SM Entertainment melalui Kakao Entertainment. Terdiri daripada dua buat runut iaitu "Memories" (Kenangan) dan lagu utama dengan nama yang sama, kedua-dua runut tersebut dilancarkan masing-masing pada 21 Ogos 2023 dan 4 September 2023.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Syarikat SM Entertainment (SME) mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kumpulan muzik lelaki yang baharu, tujuh tahun selepas penubuhan NCT.[5] Pada 1 Ogos, SME mendedahkan nama kumpulan baharu itu ialah "Riize" yang terdiri tujuh orang anggota iaitu Shotaro dan Sungchan daripada kumpulan NCT, Eunseok dan Seunghan daripada pasukan SM Rookies serta tiga orang lagi iaitu Wonbin, Sohee, dan Chanyoung.[6][7]

Pada 7 Ogos, SME mengumumkan bahawa Riize akan membuat penampilan sulung dengan album single Get a Guitar yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada 4 September 2023. Album single tersebut mengandungi dua buah lagu dengan "Memories" dilancarkan sebagai single prapelancaran pada 21 Ogos manakala runut utama pula dilancarkan pada tarikh yang sama dengan hari pelancaran album.[8][9][10]

Versi bahasa Inggeris bagi lagu "Get a Guitar" dilancarkan pada 9 September 2023, bersama-sama dengan video seni kata lagunya.[11]

Penggubahan[sunting | sunting sumber]

Single prapelancaran "Memories" merupakan sebuah lagu dengan bunyi pensintesis dan gitar, di mana seni kata lagunya tentang menghargai kenangan bersama semasa membuat persediaan dan berlatih sambil mengimpikan impian yang sama.[12]

"Get a Guitar", lagu utama album dan single penampilan sulung rasmi kumpulan merupakan lagu dengan pensintesis retro dan irama gitar funki yang mempunyai lirik yang memaparkan proses memahami dan menyelami antara satu sama lain dan menjadi satu pasukan melalui muzik dan pada masa yang sama, anggota berkumpul di satu tempat mengikut bunyi gitar sambil menyampaikan mesej bahawa mereka akan merealisasikan impian mereka yang bersinar.[13]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Get a Guitar[a]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Get a Guitar" ("Dapatkan Gitar")
  • Shin Na-ri (ARTiffect)
  • Bang Hyehyeon (Jam Factory)
  • Daniel Davidsen
  • Peter Wallevik
  • Ben Samama
  • David Arkwright
PhD2:40
2."Memories" ("Kenangan") KENZIE
  • KENZIE
  • Ronny Svendsen
  • Adrian Thesen
  • Anne Judith Stokke Wik
  • Bobii Lewis
  • Kyle Wong
  • KENZIE
  • Ronny Svendsen
  • Pizzapunk
2:58
Jumlah masa: 5:38

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta mingguan[sunting | sunting sumber]

Prestasi carta mingguan untuk Get a Guitar
Carta (2023) Ked.
puncak
Ruj.
Korea Selatan Album Korea Selatan (Circle) 1 [15]
Korea Selatan Album Runcit Korea Selatan (Circle) 3 [16]
Jepun Album Jepun (Oricon) 2 [17]
Jepun Album Gabungan Jepun (Oricon) 2 [18]
Jepun Album Hangat Jepun (Billboard Japan) 2 [19]

Carta bulanan[sunting | sunting sumber]

Prestasi carta bulanan untuk Get a Guitar
Carta (2023) Ked.
puncak
Ruj.
Korea Selatan Album Korea Selatan (Circle) 2 [20]
Korea Selatan Album Runcit Korea Selatan (Circle) 4 [21]
Jepun Album Jepun (Oricon) 7 [22]

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Sejarah pelancaran untuk Get a Guitar
Kawasan Tarikh Format Syarikat
 Korea Selatan 4 September 2023 CD
Seluruh dunia Pelbagai
 Amerika Syarikat 8 September 2023 CD

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Tajuk asal, kredit penghasilan lagu dan tempoh masa lagu diperoleh daripada laman muzik Genie.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoon, Soyeon (4 September 2023). "Riize, SM Entertainment's newest act, debuts with 'Get A Guitar'" [Riize, kumpulan terbaharu SM Entertainment debut dengan 'Get A Guitar']. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
  2. ^ Chin, Carmen (6 September 2023). "RIIZE carve out a refreshing, distinct sound for themselves on 'Get A Guitar'" [RIIZE mengukir bunyi yang menyegarkan, berbeza untuk mereka sendiri dengan 'Get A Guitar']. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2023. Dicapai pada 8 September 2023.
  3. ^ "[Review] Get A Guitar – RIIZE" [[Ulasan] Get A Guitar – RIIZE]. KpopReviewed (dalam bahasa Inggeris). 5 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
  4. ^ ARPYDARPY (5 September 2023). "Song Review: RIIZE – Get a Guitar" [Ulasan Lagu: RIIZE – Get a Guitar]. KBopped (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
  5. ^ Cheon, Yoon-hye (31 Julai 2023). "NCT 이후 7년 만…에스엠 보이그룹 '라이즈', 9월 전격 데뷔" [7 tahun sejak NCT… kumpulan lelaki SM 'RIIZE' akan membuat debut mengejut pada September]. MTN News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2023. Dicapai pada 24 September 2023.
  6. ^ Kim, Soo-jung (1 Ogos 2023). "윤상 아들 데뷔 맞았다…SM 신인 라이즈 7인 전원 공개" [Anak Yoon Sang akan membuat debutnya…7 anggota pendatang baharu SM RIIZE didedahkan]. Nocut News (dalam bahasa Korea). CBS M&C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2023. Dicapai pada 24 September 2023.
  7. ^ Floralyn, Teodoro (31 Julai 2023). "RIIZE Members Revealed: Here's SM's New K-Pop Boy Group In 7 Years" [Anggota RIIZE Didedahkan: Inilah Kumpulan Lelaki K-Pop Baharu SM Dalam 7 Tahun]. International Business Times (dalam bahasa Inggeris). IBT Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2023. Dicapai pada 8 Ogos 2023.
  8. ^ Cho, Yong-jun (7 Ogos 2023). "New boy band Riize to debut in September" [Kumpulan lelaku baharu Riize akan debit pada September]. Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2023. Dicapai pada 7 Ogos 2023.
  9. ^ Kim, Min-ji (7 Ogos 2023). "'SM 신인' 라이즈, 9월4일 첫 싱글 '겟 어 기타' 발매" ['Pendatang baharu SM' RIIZE melancarkan single pertama 'Get A Guitar' pada 4 September]. News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2023. Dicapai pada 8 Ogos 2023 – melalui Naver.
  10. ^ Kim, Se-ah (7 Ogos 2023). "[공식] '어나더급' SM 신인 라이즈, 9월 4일 데뷔한다" [[Rasmi] Pendatang baharu SM RIIZE 'di tahap lain', debut pada 4 September]. Ten Asia (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2023. Dicapai pada 7 Ogos 2023 – melalui Naver.
  11. ^ Park, Jae-hwan (9 November 2023). "라이즈 'Get A Guitar' 영어 버전, 오늘 공개" (dalam bahasa Korea). KBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2023. Dicapai pada 9 November 2023.
  12. ^ Ahn, Tae-hyun (14 Ogos 2023). "라이즈, 21일 프롤로그 싱글 '메모리즈' 선공개 확정" [RIIZE mengesahkan prapelancaran single prakata 'Memories' pada 21hb]. News 1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2023. Dicapai pada 14 Ogos 2023 – melalui Naver.
  13. ^ Lee, Seul (28 Ogos 2023). "라이즈 '겟 어 기타', 펑키 그루브 폭발…SM 신인 데뷔 D-7정" ['Get a Guitar' oleh RIIZE meletup dengan alur funki…debut pendatang baharu SM dalam D-7]. Xport News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2023. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  14. ^ Kredit dan tempoh masa lagu:
    • "Get A Guitar" [Dapatkan Gitar]. genie (dalam bahasa Korea). 4 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
    • "Memories" [Kenangan]. genie (dalam bahasa Korea). 4 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
    • "Get A Guitar (English Ver.)" [Dapatkan Gitar (Versi bahasa Inggeris)]. genie (dalam bahasa Korea). 9 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2023. Dicapai pada 9 November 2023.
  15. ^ "Album Chart – 2023 Weeks 39". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2023. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  16. ^ "Retail Album Chart – 2023 Weeks 37". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2023. Dicapai pada 6 Oktober 2023.
  17. ^ "週間 アルバムランキング 2023年10月02日付" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 6 Oktober 2023.
  18. ^ "週間 合算アルバムランキング 2023年10月02日付" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2023. Dicapai pada 29 September 2023.
  19. ^ "Billboard Japan Hot Albums – 2023/09/27 公開". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  20. ^ "Album Chart – 2023.09 Month". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2023. Dicapai pada 9 November 2023.
  21. ^ "Retail Album Chart – 2023.09 Month". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2023. Dicapai pada 8 Oktober 2023.
  22. ^ "月間 アルバムランキング 2023年09月度" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2023. Dicapai pada 11 Oktober 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]