Glikolisis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Glikolisis berlaku dalam sitosol. Semua tisu menggunakan laluan glikolisis untuk memecahkan glukosa, menjanakan tenaga dan bahan perantara untuk tindak balas biosintesis. Glikolisis ialah pusat untuk metabolisme karbohidrat.

Glikolisis dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
1- Penukaran heksosa kepada dua triosa
2- Penukaran triosa fosfat kepada piruvat

Langkah-langkah dalam laluan glikolisis:
1- Pemfosforilan glukosa kepada glukosa 6-fosfat
2- Pengisomeran glukosa 6-fosfat kepada fruktosa 6-fosfat
3- Pemfosforilan fruktosa 6-fosfat kepada fruktosa 1,6-bisfosfat
4- Pembelahan fruktosa 1,6-bisfosfat kepada dua molekul tiga-karbon
5- Pengisomeran dihidroksiaseton fosfat kepada gliseraldehid 3-fosfat
6- Pembentukan 1,3-bisfosfogliserat daripada gliseraldehid 3-fosfat
7- Penukaran 1,3-bisfosfogliserat kepada 3-fosfogliserat
8- Penukaran 3-fosfogliserat kepada 2-fosfogliserat
9- Pendehidratan 2-fosfogliserat kepada fosfoenolpiruvat
10- Pembentukan piruvat daripada fosfoenolpiruvat

Glikolisis menghasilkan empat ATP (adenosina trifosfat). Namun, 2 ATP terpaksa digunakan dalam memulakan langkah-langkah awal glikolisis. Maka, hasil bersih ATP yang dihasilkan dalam glikolisis adalah dua sahaja. Selain ATP, glikolisis juga menghasilkan dua NADH. NADH akan memasuki pemfosforilan oksidatif manakala piruvat memasuki kitar Krebs.