HMS Gleaner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS gleaner

HMS Gleaner (J 83) adalah sebuah kapal penyapu periuk api yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja British. Kapal ini memakai nombor pennant J 83. HMS Gleaner adalah dari kelas kapal “Halycon” yang sepatutnya menjadi kapal survey mula dibina pada 17 Jun, 1936 oleh William Gray & Co. (Hartepool, U.K.) dan dilancarkan pada 10 Jun, 1937. kapal ini ditauliahkan pada 30 Ogos 1938.

Apabila perang meletus, HMS Gleaner diubah suai menjadi kapal penyapu periuk api di Portsmouth. Selepas diubah suai, kapal ini ditugaskan di Belfast dan menjalankan rondaan perairan antara Belfast dan Liverpool. HMS Gleaner kemudiannya ditukarkan bertugas di Clyde dan meronda perairan antara Clyde dan Loch Ewe.

Pada 12 Februari, HMS Gleaner membuat rondaan di Firth of Clyde. Pada jam 0250 pagi, kapal itu mengesan sebuah kapal selam Jerman U-33 di permukaan laut. HMS Gleaner menghampiri tetapi U-33 menyelam dan berdiam di dasar laut. HMS Gleaner melepaskan depth charge tetapi tidak ada kesan dapat dilihat. Serangan kedua dilancarkan pada jam 0353 pagi dan menyebabkan kerosakan kepada U-33. Kptlt. Hans-Wilhelm von Dresky, pegawai pemerintah U-33 memutuskan untuk menimbulkan U-33 di permukaan air pada jam 0522 pagi. HMS Gleaner menembak U-33 dan cuba merempuh kapal selam tersebut. Nak kapal U-33 terjun meninggalkan kapal selam tersebut. U-33 tenggelam sementara 25 orang anak kapalnya masih terperangkap di dalamnya. Hanya 17 orang terselamat.

Pada 12 Ogos 1940, HMS Gleaner ditugaskan sebagai pengiring konvoi OA-198 di barat Scotland. Pada jam 1420 petang sebuah kapal terbang melaporkan menyerang dan menenggelamkan sebuah kapal selam tetapi HMS Gleaner tidak menjumpai kapal selam tersebut (rekod selepas perang mengesahkan kapal selam itu hanya rosak dan tidak tenggelam).

Selepas itu, HMS Gleaner menyertai konvoi OA-204, terdiri dari 21 buah kapal dalam 6 barisan. HMS Gleaner dibantu oleh corvette HMS Clematis. Konvoi ini diserang pada 29 Ogos 1940 oleh U-100 menyebabkan beberapa buah kapal terkena tembakan torpedo, termasuk kapal Komodor yang memerintah konvoi tersebut. Tanpa Komodor, keadaan menjadi kucar kacir dan beberapa buah kapal lain diserang.

Dalam bulan Februari 1942, HMS Gleaner dimasukkan ke limbungan kapal untuk diubah suai menjadi kapal pemusnah periuk api laut dalam (fleet minesweeper) khususnya untuk operasi di kawasan Laut Artic. Selesai sahaja pengubahsuaian, HMS Gleaner ditugaskan ke Flotilla Pertama Penyapu Periuk Api (1MSF) dan membuat rondaan antara Scapa Flow dan Iceland dan Scapa Flow dan Kola Inlet.

Dalam tahun 1943, HMS Gleaner ditugaskan mengiringi konvoi. HMS Gleaner mengiringi konvoi JW55B yang hendak diserang oleh kapal Scharnhorst dalam bulan Disember 1943, dalam operasi yang akhirnya membawa kepada Pertempuran North Cape.

Dalam bulan Jun 1944, HMS Gleaner mengalami kerosakan apabila terkena letupan periuk api berhampiran Cap d'Antifer ketika melakukan operasi susulan selepas D-Day. Enjin HMS Gleaner rosak dan kapal itu ditunda ke Britain untuk pemulihan. Selepas pembaikan, HMS Gleaner meronda kawasan di luar Margate. Dalam bulan Mac 1945, HMS Gleaner berlanggar dengan sebuah bot juru pandu pelabuhan dan mengalami kerosakan besar.

HMS Gleaner dilucut tauliah pada 2 Sep, 1946 dan diletakkan dalam pasukan simpanan. Pada 12 Mei 1950, kapal ini dipindahkan kepada syarikat British Iron and Steel Corporation untuk dipecahkan menjadi besi sekerap.