Hanizam Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanizam Harun
Dato' Orang Kaya Mempasir Setiawan
Penghulu Luak Gunung Pasir
Tempoh25 Jun 2011 - kini
Kerjan26 Februari 2012 - 2 Julai 2013
Didahului olehHarun Bidin
Keputeraan (1963-08-30) 30 Ogos 1963 (umur 60)
Kluang, Johor, Tanah Melayu
KerabatTanah Datar
AyahandaHarun Maarof (dari suku Seri Lemak Minangkabau)
BondaMahya Peral (dari suku Tanah Datar)
AgamaIslam

Dato' Hanizam bin Harun ialah seorang pembesar tempatan di Negeri Sembilan, Malaysia[1]. Beliau ialah Penghulu Luak Gunung Pasir yang dilantik sejak 2011[2]. Luak Gunung Pasir ialah sebahagian daripada Luak Tanah Mengandung yang bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hanizam dilahirkan pada 30 Ogos 1963 di Kluang, Johor. Beliau ialah anak keempat daripada sembilan beradik. Ayahnya, Harun Maarof datang dari suku Seri Lemak Minangkabau manakala ibunya, Mahya Peral dari suku Tanah Datar.[2]

Hanizam mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Gunung Pasir dan Sekolah Menengah Tunku Besar Burhanuddin di Seri Menanti dan Sekolah Menengah Za'ba, Kuala Pilah. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam perakaunan.[2]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (D.S.T.M.) - Dato' (2023)[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yahya, Amran (2019-04-16). "Sajian kepala kambing". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.
  2. ^ a b c "Pelantikan Penghulu Luak Gunung Pasir disempurnakan". Dicapai pada 2023-09-27.
  3. ^ TARMIZI, ZAKKINA WATI AHMAD (2023-01-13). "540 terima darjah kebesaran, bintang, pingat hari keputeraan Tuanku Muhriz". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-27.