Hantu Kuat Ketawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hantu Kuat Ketawa
PengarahMawi
PenulisMawi
Dihasilkan oleh
  • Mawi
  • Zunaidah Idris
  • Ekin Rahmat
  • Mohd Azhar Ariffin (eksekutif)
  • Aenn Rahmat (eksekutif)
Dibintangi
Sinematografi
  • Che Mie
  • Ruddy Armizal Othman
Disunting olehAdam Ghazalli
Muzik olehDaninas Huza Daud
Syarikat
penerbitan
Mawi World Entertainment
Tarikh tayangan
27 Januari 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM500,000

Hantu Kuat Ketawa ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2022 arahan dan skrip oleh Mawi. Filem ini ditayangkan pada 27 Januari 2022 di Astro First.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai Engkau Scam amat dikehendaki oleh pihak berkuasa. Mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah hutan. Dalam tempoh persembunyian, mereka sering diganggu oleh entiti misteri dan suara ketawa yang tidak henti-henti sehinggakan mereka sendiri seakan-akan dirasuk oleh hantu ketawa. Akibatnya, mereka akan ketawa tanpa henti tanpa sebab.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hantu Kuat Ketawa diarahkan oleh Mawi dan filem kedua arahannya selepas Tiada Tajuk (2019). Untuk filem ini, Mawi berkata, beliau lebih mementingkan aspek komersial kerana sasaran penonton di Astro First amat berbeza berbanding di pawagam. Menurutnya, tajuk asal filem ini ialah The Scammer Ghost, namun ditukar kepada Hantu Kuat Ketawa kerana disifatkan "lebih mesra kanak-kanak".[2]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Hantu Kuat Ketawa dikeluarkan pada 27 Januari 2022 di Astro First tanpa ditayangkan di pawagam.[3] Filem ini berjaya menduduki carta 5 teratas Astro First.[4][5]

Namun, tidak lama selepas ia dikeluarkan, salinan filem ini telah menjadi mangsa rompakan digital.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nafsiah Jani (11 Februari 2022). "Usaha Mawi berbaloi dengan Hantu Kuat Ketawa". Bebas News. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (27 Mei 2021). "Hantu Kuat Ketawa satukan Apek, Mawi, Along". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  3. ^ Zaidi Mohamad (23 Januari 2022). "Mawi tak berani tayang filem di pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (10 Februari 2022). "Mawi terkejut 'Hantu Kuat Ketawa' tiba-tiba tak boleh dilanggan, hilang dari carta Top 5 Astro First". mStar Online. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  5. ^ Azwa Rahman (30 Januari 2022). "Terima Komen Positif, Filem Hantu Kuat Ketawa Catat Kejayaan Nombor Satu Carta Top 5 Astro First". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 Februari 2022). "Hantu Kuat Ketawa mangsa rompak digital". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]