Deen Maidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Deen Maidin
Kelahiran
Shamsuddin bin Maidin

1965 (umur 58–59)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996—kini
Terkenal keranaDetektif Lingam dalam Gerak Khas
PasanganHaslina Laili
Anak-anak3

Shamsuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Deen Maidin ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Detektif Lingam dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2, di mana beliau juga merupakan salah seorang daripada tujuh pelakon asal drama itu sejak diperkenalkan pada 1999.[1][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Deen Maidin dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya berasal dari Kerala, India. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ulu Kelang.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Deen Maidin berkahwin dengan Haslina Laili dan dikurniakan tiga anak–Umar Farouq, Umeir Fazeel dan Umairah Fairuz. Beliau dan isteri turut dikurniakan seorang cucu, Luthfia Nur Medina. Deen juga ialah pemilik gerai makan Dapur Gerak Khas (dinamakan sempena drama lakonannya) yang mula beroperasi di Medan Selera Taman Kosas, Ampang, Selangor pada 19 September 2020.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 Maria Mariana Penjahat 1 Filem pertama
1997 Gemilang Kaki Penjudi II
1998 Maria Mariana II Mat Motor
1999 Bara Maniam
Entrapment Pengawal Keselamatan Filem pertama Hollywood sebagai pelakon tambahan
2001 Gerak Khas The Movie Detektif Lingam
2002 Gerak Khas The Movie II
2005 Gangster Mapley Loco
GK3 The Movie Detektif Lingam
2013 KL Gangster 2 Ketua Gangster 2
2019 Banglasia Bapa Laboni
Tiada Tajuk Pak Mat Besi
2022 Hantu Kuat Ketawa Mangsa Scammer Penampilan khas
Abang Long Fadil 3
2023 Budak Flat Ketua Kumar

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Antara Maruah dan Pengorbanan TV1
1998–1999 Roda-Roda Kuala Lumpur
1999–2011, 2014–2021 Gerak Khas S.M. Detektif Lingam TV1, TV2, TV3
2013 Metro Skuad (Musim 2) Tango TV2 Episod: "Jejak Di Beijing"
Muthu Episod: "Kes Cina Buta"
2022 Kudeta Tuan Zaki Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Rock Sangkut Pak Mat Besi Astro Prima
2021 Pelangi Petang TV2
2022 Appa Appa TV Okey

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saya dibayangi watak Detektif Lingam' - Deen Maidin". Cari Internet. 4 Jun 2013. Dicapai pada 19 Oktober 2013.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (2 Julai 2019). "Deen Maidin teringin berlakon dengan pengarah lain". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2019.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (1 September 2005). "Deen Maidin - Bukan pegawai polis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2005. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (27 Oktober 2020). "Deen Maidin serius berniaga". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]