BBC World Service

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BBC Radio World Service
Logo BBC World Services
Jenis Jaringan radio
Negara Bendera United Kingdom United Kingdom
Ketersediaan Antarabangsa
Pemilik BBC
Tarikh pelancaran 19 Disember 1932
Laman web
www.bbcworldservice.com

BBC World Service merupakan perkhidmatan penyiaran radio dari BBC untuk tatapan pendengar antarabangsa. BBC World Service tersedia dalam 33 bahasa termasuk bahasa Inggeris. BBC World Service yang berbahasa Inggeris bersiaran selama 24 jam sehari sama dengan versi dalam 33 bahasa-bahasa lain.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Selain bahasa Inggeris, BBC World Service bersiaran dalam bahasa-bahasa berikut

Khidmat bahasa Jerman dihentikan pada Mac 1999 setelah 60 tahun bersiaran, setelah didapati bahawa majoriti pendengar di Jerman mendengar versi bahasa Inggeris. Siaran dalam bahasa-bahasa Belanda, Finland, Perancis untuk Eropah, Ibrani, Itali, Jepun dan Melayu turut diberhentikan atas sebab-sebab seumpamanya.

Pada 25 Oktober 2005, diumumkan bahawa khidmat radio berbahasa Bulgaria, Croatia, Czech, Greek, Hungary, Kazakh, Poland,[1] Slovak, Slovenia dan Thai diberhentikan pada Mac 2006 untuk membiayai pelancaran saluran TV berbahasa Arab dan Parsi pada tahun 2007. Siaran bahasa Romania tamat pada 1 Ogos 2008.

Pada Januari 2011, BBC World Service mengumumkan penutupan lima perkhidmatan bahasa, iaitu Albania, Macedonia, Portugis untuk Africa, Serbia, dan Inggeris untuk Karibia. Kerajaan British mengumumkan bahawa ketiga-tiga negara Balkan menerima sumber maklumat antarabangsa yang kaya, maka adalah tidak perlu untuk meneruskan penyiaran dalam bahasa-bahasa setempat. Ini merupakan sebahagian langkah memberhentikan 650 kakitangan (lebih 25% tenaga kerjanya) kerana berdepan dengan potongan bajet 16% hingga tahun 2014 selaras dengan langkah kerajaan mengkaji semula perbelanjaannya secara menyeluruh.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BBC East Europe voices silenced BBC News Online: 21 Disember 2005
  2. BBC World Service to 'cut up to 650 jobs' http://www.guardian.co.uk/media/2011/jan/25/bbc-world-service-jobs

Pautan luar[sunting | sunting sumber]