Hassan Sani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hassan Sani
Maklumat peribadi
Nama penuh Hassan Bin Sani
Tarikh lahir 12 Mac 1958 (56 tahun)
Tempat lahir Labuan, Malaysia
Tinggi 5 Kaki 6 Inci
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1974-1976 Sabah
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1977-1984
1985-1987
1992
Sabah
Kuala Lumpur
Sabah
Pasukan kebangsaan
1978-1986
1996-1999
Malaysia Malaysia
Malaysia Malaysia
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Hassan "Lipas Kudung" Sani (lahir pada 12 Mac 1958) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama Sabah FA dan Kuala Lumpur FA dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun 1970-an sehinggalah penhujung 1980-an. Dia merupakan bekas penyerang kebangsaan Malaysia yang digelar sebagai lipas kudung oleh peminat kerana merupakan pemain yang sangat pantas didalam skuad Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hassan memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1974 bersama Sabah FA. Dia merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dilahirkan pasukan negeri dibawah bayu itu selain James Wong. Kelincahannya beraksi dalam kancah Liga Malaysia mendatangkan gerun kepada pasukan lawan. Tambahan pula keserasiannya bersama James Wong yang juga penyerang kebangsaan menghasilkan banyak kejayaan hinggakan gandingan Hassan-James dikenal sebagai penyerang kembar selepas era Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.

Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.[1]

Hassan mewakili Malaysia buat pertama kali ketika kejohanan Piala Presiden di Seoul, Korea Selatan. Ketika itu, dia masih menjadi pemain simpanan dan idolanya allahyarham Mokhtar Dahari bergandingan bersama Isa Bakar.

Kemuncak karier Hassan bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran Khalid Ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelar lipas kudung membuat larian pantas dan terus membuat hantaran kepada James Wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Gol itu menjadi gol terbaik Malaysia[2] sehingga kini dan menjadi ikon iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia.

Walaubagaimanapun Malaysia tidak beraksi pada Sukan Olimpik 1980 kerana kerajaan Malaysia berkeras untuk membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan. Hassan kemudiannya mengundurkan diri dari pentas antarabangsa pada tahun 1986.

Hassan kemudian beralih kepada bola sepak pantai pada 1996. Dia mewakili Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 1999.

Hassan kini masih bergiat aktif dalam bola sepak dan bermain dalam saingan liga di Labuan mewakili Kompleks FC. Dia kini bekerja sebagai Kelasi/Jurumudi Labuan di Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah.[3]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Berita Harian - 7 Mei 2005