Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||
| Gelaran | Harimau Malaya (ﺣﺎرﻳﻣﺎو ﻣﺎﻟﺎﻳﺎ) | ||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pertubuhan | Persatuan Bola Sepak Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||
| Konfederasi | AFC (Asia) | ||||||||||||||||||||||||||
| Jurulatih | |||||||||||||||||||||||||||
| Kapten | Shukor Adan (2007-sekarang) |
||||||||||||||||||||||||||
| Penampilan terbanyak | Soh Chin Aun (252) | ||||||||||||||||||||||||||
| Penjaring terbanyak | Mokhtar Dahari (125) | ||||||||||||||||||||||||||
| Stadium | Stadium Nasional, Bukit Jalil | ||||||||||||||||||||||||||
| Kod FIFA | MAS | ||||||||||||||||||||||||||
| Ranking FIFA | 159 | ||||||||||||||||||||||||||
| Ranking tertinggi FIFA | 75 (Ogos 1993) | ||||||||||||||||||||||||||
| Ranking terendah FIFA | 170 (April 2008) | ||||||||||||||||||||||||||
| Ranking Elo | 164 | ||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||
| Antarabangsa pertama | |||||||||||||||||||||||||||
(Singapura; April 13, 1953) (Kuala Lumpur, Malaysia; 1964) |
|||||||||||||||||||||||||||
| Kemenangan terbesar | |||||||||||||||||||||||||||
(Jakarta, Indonesia; Ogos 27, 1962) (Tehran, Iran; September 7, 1974) |
|||||||||||||||||||||||||||
| Kekalahan terbesar | |||||||||||||||||||||||||||
(Tokyo, Jepun; Mei 25, 1958) (Kuala Lumpur, Malaysia; November 16, 1967) (Bangkok, Thailand; Disember 20, 1978) |
|||||||||||||||||||||||||||
| AFC Piala Asia | |||||||||||||||||||||||||||
| Penampilan | 3 (Pertama dalam 1976) | ||||||||||||||||||||||||||
| Keputusan terbaik | Pusingan pertama, 1976, 1980 dan 2007 | ||||||||||||||||||||||||||
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah merupakan pasukan bola sepak yang dikawal sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya oleh peminat tempatan. Musuh tradisi pasukan Malaysia ialah Singapura dan Indonesia.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
[sunting] Pasukan Kebangsaan
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat seperti Matlan Marjan yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Kebanyakan peminat mengatakan rasuah yang melanda bola sepak Malaysia merupakan salah satu sebab mengapa Malaysia gagal kembali ke era kegemilangannya pada 1970-an sehinggalah penghujung 1980-an.
[sunting] Era Allan Harris
Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara.
Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.
[sunting] Era Bertalan Bicskei
Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004.
Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.
Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei, telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.[1]
[sunting] Era Norizan Bakar
Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.
[sunting] Era B. Sathianathan
Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.
Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.
Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.[2]
[sunting] Era K. Rajagopal
Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.[3]
[sunting] Rekod Kejohanan
[sunting] Rekod Piala Dunia
[sunting] Rekod Sukan Olimpik
[sunting] Rekod Piala Asia
[sunting] Rekod Sukan Asia
[sunting] Rekod Piala Tiger/Piala AFF/AFF Piala Suzuki
[sunting] Jadual dan Keputusan Perlawanan
[sunting] Skuad SemasaSenarai pemain untuk Kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu. Pemain yang digugurkan untuk Kelayakan Piala Asia menentang Emiriah Arab Bersatu.
[sunting] Bekas Pemain
[sunting] Jurulatih Pasukan Malaysia
* Hanya melibatkan perlawanan bertaraf FIFA 'A'. [sunting] Rujukan
[sunting] Pautan Luar
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


