Isa Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isa Bakar
Maklumat peribadi
Nama lahir Isa bin Abu Bakar
Tarikh lahir (1952-12-25)25 Disember 1952
Tempat lahir Pulau Pinang
Tarikh kematian 28 Ogos 2010(2010-08-28) (umur 57)
Tempat kematian Hospital Pulau Pinang

Isa Bakar (25 Disember 1952 – 28 Ogos 2010) ialah seorang penyerang yang dilahirkan di negeri Pulau Pinang yang kerap bergandingan bersama Mokhtar Dahari dalam pasukan kebangsaan Malaysia.[1][2] Beliau bermain untuk Pulau Pinang FA dalam pertandingan domestik Malaysia.[3]

Gambaran Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Isa pertama kali bermain untuk Pulau Pinang FA pada tahun 1970.[4] Kemudian, beliau terus bermain dalam Liga Pulau Pinang, setelah mewakili pasukan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC FC) dalam pertandingan bola sepak Piala FAM pada 1981 dan 1983.[5] Isa juga mewakili pasukan kebangsaan Malaysia apabila mereka menduduki tempat ketiga dalam Sukan Asia 1974 di Iran apabila beliau menjaringkan dua gol menentang satu-satunya Pasukan Asia yang berada di Piala Dunia FIFA 1966, Korea Utara untuk menang 2-1.[6][7] Pada tahun yang sama, beliau adalah sebahagian daripada pasukan Pulau Pinang yang memenangi Piala Malaysia.[8] Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.[9] Beliau seorang penyerang yang prolifik dan membentuk kombinasi maut dengan Mokhtar Dahari apabila kedua-duanya menjaringkan 16 gol untuk pasukan kebangsaan pada 1976.[10] Secara keseluruhan, Isa mempunyai 69 kaps penampilan dengan 45 gol antarabangsa untuk Malaysia.[11]

Pada 11 Mei 1975, Isa juga merupakan sebahagian daripada Pilihan Malaysia yang menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan yang dimana pasukannya menang 2-0 di Stadium Merdeka.[12][13] Kemudian, Beliau menjaringkan 1 gol yang berkesudahan dengan keputusan seri 1–1 menentang Arsenal dalam perlawanan kedua di laman sendiri di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.[14][15]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal 28 Ogos 2010 di Hospital Pulau Pinang sekitar 10.15am Sabtu pada usia 57 tahun.[16]

Beliau dimasukkan ke hospital selepas batuk berdarah, dan meninggalkan isteri , Mazlina Ismail, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia dikebumikan di perkuburan Jalan Perak.[16]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Isa dan abangnya Ali Bakar pernah mewakili pasukan bola sepak negara, sementara saudara mereka Omar mewakili negeri Pulau Pinang.[16]

Kepujian[sunting | sunting sumber]

Pulau Pinang

PPC

Malaysia

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Ex-State & Ex-National Footballers Association of Malaysia Honour: 2011[17]
  • IFFHS Men’s All Time Malaysia Dream Team: 2022[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Isa Bakar - National Football Teams
  2. ^ Isa Bakar – Goals in International Matches - Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. (RSSSF)
  3. ^ Loganath Velloo (22 October 2008). "Penang withdrawal unthinkable, say fans". The Star. Star Publications. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2008. Dicapai pada 28 August 2010.
  4. ^ General Information for Penang FA in 1970 - National Football Teams
  5. ^ Atsushi Fujioka; Erik Garin; Mikael Jönsson; Hans Schöggl (11 January 2018). "FA of Malaysia Cup". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 28 February 2018.
  6. ^ "Asian Games 1974"-RSSSF.
  7. ^ "Gangsa Di Sukan Asia 1974" (dalam bahasa Malay). Legasi Lagenda. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2021. Dicapai pada 17 September 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Penang was once a feared football force. New Straits Times. Archived from the original on 28 May 2012. Retrieved 27 January 2022.
  9. ^ Aga Khan Gold Cup Diarkibkan 25 Jun 2021 di Wayback Machine
  10. ^ "MEMPHIS DEPAY IN THE ALL TIME RANKING!". IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2022. Dicapai pada 10 August 2022.
  11. ^ Malaysia - Record International Players - RSSSF
  12. ^ "Retro Bola: Malaysia v Arsenal – Friendly 1975" (dalam bahasa malay). Bazookapenaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2022. Dicapai pada 4 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Arsenal FC tour of South East Asia 1975 - RSSSF
  14. ^ "Walaupun Tanpa Fabregas, Wenger Janjikan Aksi Mengujakan" (dalam bahasa malay). Mstar. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2022. Dicapai pada 4 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Masa depan bolasepak M'sia makin cerah-Hamzah, Berita Harian at National Library Singapore.
  16. ^ a b c K. Suthakar (28 August 2010). "Former footballer Isa Bakar dies". The Star. Star Publications. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2010. Dicapai pada 28 August 2010.
  17. ^ "'Super Mokh' and 'Spiderman' honoured". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2022. Dicapai pada 24 September 2011.
  18. ^ "IFFHS MEN'S ALL TIME MALAYSIA DREAM TEAM - 123". IFFHS. 17 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2022. Dicapai pada 29 May 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]