Hikayat Tiga Kerajaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi buku

Hikayat Tiga Kerajaan (Cina Tradisional: 三國演義, Cina Ringkas: 三国演义, pinyin: sānguó yǎnyì) yang ditulis oleh Luó Guànzhōng pada abad ke-14 ialah sebuah novel sejarah Cina berdasarkan peristiwa-peristiwa antara zaman huru-hara yang berhampiran dengan keakhiran Dinasti Han sehingga keakhiran zaman Tiga Kerajaan (220280). Buku ini telah disanjung sebagai salah satu daripada Empat Novel Klasik Yang Teragung  dalam kesusasteraan Cina.


Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Cerita-cerita dari zaman Tiga Kerajaan telah wujud sebagai tradisi lisan sebelum sebarang susunan tertulis. Dalam cerita-cerita yang popular ini, watak-wataknya biasa diberikan ciri-ciri mitos yang dibesar-besarkan dan seringnya merupakan dewa atau makhluk ghaib dengan kuasa-kuasa ajaib. Dengan tumpuannya kepada sejarah Cina Han, cerita-cerita itu bertambah popular semasa pemerintahan Dinasti Yuan oleh maharaja-maharaja Mongol yang asing. Semasa Dinasti Ming yang menyusuli dinasti tersebut, minat terhadap drama dan novel menyebabkan perkembangan dan penceritaan semula cerita-cerita ini dengan lebih lanjut.

Percubaan terawal untuk menggabungkan cerita-cerita ini menjadi sebuah karya tertulis ialah Sān Guó Zhì Píng Huà (三國誌評話), secara harfiah diterjemahkan sebagai "Cerita Sanguozhi", yang diterbitkan antara tahun 1321 dan tahun 1323. Versi ini menggabungkan tema-tema kuasa ajaib, mitos, dan kesusilaan untuk menarik minat kelas petani, dengan unsur-unsur penjelmaan semula dan karma dijalin ke dalam versi cerita ini.

Hikayat Tiga Kerajaan sebagaimana yang diketahui pada hari ini dikatakan ditulis oleh Luó Guànzhōng antara tahun 1330 dan 1400 (akhir zaman Yuán sehingga awal Ming). Novel ini sebahagiannya ditulis dalam teks mudah dan sebahagiannya dalam teks klasik Cina, dan dianggap sebagai teks piawai selama 300 tahun. Luó mempergunakan rekod-rekod sejarah yang sedia ada, termasuk Babad Tiga Kerajaan yang disusun oleh Chén Shòu dan yang merangkumi peristiwa-peristiwa daripada Pemberontakan Serban Kuning pada tahun 184 sehingga penyatuan ketiga-tiga kerajaan di bawah Dinasti Jìn pada tahun 280. Dengan pengetahuan sejarah ini, beliau menggabungkannya dengan bakat penceritaan untuk mencipta tokoh-tokoh yang berwarna-warni. Pada mulanya, novel ini diterbitkan dalam 24 jilid. Semasa pemerintahan Dinasti Qing oleh Maharaja Kangxi, Mao Zonggang (毛宗岗) mengedit sebahagian besar teksnya dan menyesuaikan novel ini untuk dijadikan 120 buah bab. Pada hari ini, versi Mao ialah versi yang paling biasa ditemukan.

Hikayat Tiga Kerajaan  membayangkan nilai-nilai Konfusianisme yang amat popular pada masa buku ini ditulis. Menurut piawai kemoralan Konfusianisme, kesetiaan kepada keluarga, kawan, dan orang atasan merupakan salah satu daripada banyak ukuran yang boleh dipergunakan untuk membezakan antara orang baik dengan orang jahat. Dalam novel ini, watak-watak yang tidak setia kepada Dinasti Han yang sedang jatuh digambarkan sebagai orang jahat; sebaliknya, ideologi aliran utama yang moden di China Komunis mentafsirkan pemberontakan-pemberontakan itu sebagai hakikat orang ramai yang terlalu menderita yang cuba menggulingkan Dinasti.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Haruslah difahami bahawa salah satu daripada pencapaian terbesar Hikayat Tiga Kerajaan ialah kerumitannya yang keterlaluan terhadap cerita-cerita serta watak-wataknya. Novel ini mengandungi bahawa "cerita pendek" yang pada dirinya boleh dikembangkan menjadi novel-novel yang panjang, umpamanya Pertempuran Cenuram Merah serta perlakuan Guān Yǔ oleh Huá Tuó. Oleh itu, yang berikut hanya bertindak sebagai suatu ringkasan peringkat tinggi kepada seluruh cerita:

Tiga Wira daripada Tiga Kerajaan, lukisan sutera oleh Sekkan Sakurai (1715-1790). Lukisan ini biasa digantung di pejabat-pejabat para peniaga untuk menunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai seperti antara ketiga-tiga saudara darah itu.

Pemberontakan Serban Kuning[sunting | sunting sumber]

Cerita ini dilatar pada tempoh kemerosotan Dinasti Han ketika maharaja-maharaja Han yang terakhir terlalu percaya kepada sida-sida mereka dan memulaukan pegawai-pegawai yang berupaya. Kerajaan yang menjadi terlalu korup dan tidak cekap akhirnya mengakibatkan kemerosotan ekonomi dan keselamatan negara yang serius. Semasa pemerintahan Maharaja Ling, maharaja praakhir Han, Pemberontakan Serban Kuning tercetus di bawah pimpinan Zhang Jiao yang mengamalkan ilmu sihir Taoisme yang dikatakan mempunyai kuasa keabadian. Zhang berpura-pura menjadi seorang doktor pengembara untuk merawat orang-orang sakit semasa menghasut orang ramai supaya memberontak terhadap dinasti Han. Pada masa huru-hara itu, banyak daripada watak-watak utama diperkenalkan, umpamanya Liu Bei, Guan Yu, Zhang Fei, dan Cao Cao.

Pemberontakan Serban Kuning dipatahkan dengan pantas dengan usaha-usaha sama berbagai-bagai orang bangsawan dan hulubalang di bawah pimpinan He Jin, saudara ipar Maharaja Ling serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Kerajaan Pusat. Bagaimanapun, He Jin kemudian ditipu masuk ke istana dan dibunuh oleh sida-sida di bawah pimpinan Zhang Rang. Para hulubalang dan orang bangsawan yang lain berasa amat marah terhadap perkara itu dan mengetuai angkatan-angkatan tentera mereka masuk ke dalam istana untuk membunuh semua sida-sida, termasuk juga lelaki yang tidak berjanggut yang salah dianggap sebagai sida-sida dan dibunuh. Pembunuhan beramai-ramai itu menyebabkan Maharaja Saho dan Putera Chenliu (kemudian Maharaja Xian) melarikan diri kerana berasa takut.

Pemerintahan Dong Zhuo yang zalim[sunting | sunting sumber]

Para hulubalang dan orang bangsawan menurunkan angkatan tentera mereka untuk mencari-cari maharaja dan putera yang hilang. Kedua-dua mereka dijumpa dan diselamatkan oleh Dong Zhuo, hulubalang dari Liang Barat. Dong Zhuo terus merebut peluang ini untuk merampas kuasa dan menguasai maharaja serta istana empayar pada keseluruhannya atas nama memperlindungi maharaja. Dong kemudian menggulingkan Maharaja Shao dan menggantikannya dengan Putera Chenliu yang kemudiannya dikenali sebagai Maharaja Xian. Di bawah pemerintahan Don Zhuo yang zalim, orang ramai dan pegawai-pegawai kerajaan amat menderita. Terdapat percubaan-percubaan untuk membunuhnya oleh Wu Fu dan Cao Cao, akan tetapi kedua-dua percubaan tidak berjaya.

Cao Cao dapat melarikan diri dan menghantar sebuah edik empayar yang palsu kepada berbagai-bagai hulubalang dna orang bangsawan untuk "menitahkan" mereka supaya bersatu dan menggulingkan Dong Zhuo. Di bawah pimpinan Yuan Shao, 18 orang bangsawan dan hulubalang memulakan sebuah kempen terhadap Dong Zhuo dan menyingkirkannya dari ibu kota Luoyang ke Chang’an. Dong Zhuo kemudian dibunuh oleh anak angkatnya, Lu Bu, yang dikenali sebagai hulubalang yang teragung pada masanya, akibat suata pertikaian terhadap Diao Chan, seorang wanita jelita yang didambakan oleh kedua-dua mereka. Rancangan yang jahat itu diatur oleh Wang Yun. Kedua-dua Wang dan Lu Bu kemudian dialu-alukannya sebagai pahlawan-pahlawan yang menyelamatkan negara daripada kezaliman Dong Zhuo.

Pertempuran antara hulubalang dan orang bangsawan[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun sementara itu, para hulubalang dan orang bangsawan sedang mengalami pertikaian dalaman sendiri. Sun Jian, hulubalang dari Changsha, terjumpa Mohor Jed Empayar di dasar sebuah perigi di Luoyang. Tanpa sebuah kerajaan pusat yang kuat, para hulubalang dan orang bangsawan kembali ke wilayah masing-masing dan berlawan antara satu sama lain untuk lebih banyak tanah dan kuasa. Di kawasan utara, Yuan Shao dan Gongsun Zan berperang, dan di kawasan selatan, Sun Jian dan Liu Biao juga berperang. Banyak pemimpin yang berbakat seperti Cao Cao dan Liu Bei yang secara rasmi tidak mempunyai gelaran atau angkatan tentera, mula membina angkatan tentera masing-masing dengan merekrut orang-orang yang berbakat serta mengatur angkatan-angkatan tentera.

Cao Cao menyelamatkan Maharaja Xian daripada cengkaman Li Jue dan Guo Si, bekas orang-orang bawahan Dong Zhuo, dan mengasaskan sebuah ibu kota yang baru di Xuchang. Cao Cao menjadi lebih kuat kerana si maharaja kini dibawah kuasanya dan oleh itu, dapat menguasai hulubalang-hulubalang serta orang-orang bangsawan yang lain di atas nama maharaja. Cao Cao menewakan musuh-musuhnya seperti Yuan Shu, Lu Bu, serta Zhang Xiu, dan kemudian menyediakan diri untuk merebut kuasa dengan Yuan Shao. Pertempuran Guandu yang termasyhur antara Cao Cao dan Yuan Shao tercetus dengan kejayaan Cao Cao yang bilangan angkatan tenteranya kurang daripada bilangan angkatan tentera Yuan Shao sebanyak 10:1. Cao Cao mengejar suku Yuan yang ditewaskan dan akhirnya menyatukan kawasan China utara yang kemudian menjadi asas unutk pengasasan Kerajaan Wei.

Sun Ce membina sebuah empayar di Jiangdong[sunting | sunting sumber]

Pada masa yang sama, Sun Jian dibunuh dalam pertempuran terhadap angkatan tentera Liu Biao. Anak sulungnya, Sun Ce, mendagangkan Mohor Jed Empayar yang dijumpai oleh bapanya dengan Yuan Shu dari Huainan untuk askar-askar. Sun Ce, kini dengan sebuah angkatan tentera dan sepasukan jeneral dan penasihat yang berbakat dan berupaya, memulakan penaklukan terhadap Jiangdong. Selepas kuat bekerja serta perjuangan bertahun-tahun, Sun Ce mengasaskan sebuah empayar di Jiangdong. Kawasan yang sangat luas itu di Jiangdong kemudian menjadi suatu asas yang kukuh untuk pengasasan Kerajaan Wu.

Malangnya, Sun Ce mati daripada cedera yang diakibatkan oleh sebuah percubaan pembunuhan serta pertemuannya yang menggerunkan dengan ahli sihir, Yu Ji. Sun Quan, adik lelakinya, mewarisnya dan melantik Zhou Yu, saudara darah Sun Ce, serta penasihat-penasihat lain seperti Zhang Zhao untuk membantunya mengendalikan kerajaan. Sun Quan merupakan seorang pemerintah yang berkesan dan beliau merekrut banya orang berbakat seperti Lu Su, dan membina sebuah angkatan tentera yang kuat yang terbukti berguna untuk mempertahankan Jiangdong daripada serangan-serangan selatan yang kemudian oleh Cao Cao.

Cita-cita Liu Bei yang tidak tercapai[sunting | sunting sumber]

Liu Bei, bersama-sama saudara-saudara darahnya, Guan Yu dan Zhang Fei telah bersumpah akan taat setia kepada Dinasti Han dan berikrar bahawa mereka akan membuat seberapa yang boleh untuk berkhidmat kepada maharaja dan orang ramai. Bagaimanapun, matlamat-matlamat dan cita-cita mereka tidak tercapai sehingga bahagian akhir novel ini. Walaupun Liu Bei berjaya mematahkan Pemberontakan Serban Kuning, usaha-usahanya tidak diberikan penghargaan dan beliau hanya dijadikan seorang majistret untuk sebuah kaunti yang kecil. Liu Bei kemudian menyertai Gongsun Zan dan menyertai dalam peperangan terhadap Dong Zhuo. Pada suatu kali, Cao Cao menyerang Xuzhou untuk membalas dendam terhadap Tao Qian, gabenor Xuzhou, kerana membenarkan orang bawahannya untuk membunuh bapa Cao Cao. Liu Bei mengetuai angkatan tenteranya dari Pingyuan untuk membantu Tao Qian, dan Tao Qian memberikan jawatannya sebagai gabenor Xuzhou kepada Liu Bei pada saat-saat menghadapi kematiannya. Ketika itu, Lu Bu sedang berperang dengan Cao Cao kerana ingin sekali menguasai China selepas beliau membunuh Dong Zhuo. Lu Bu ditewaskan oleh Cao Cao dan kemudian meminta perlindungan daripada Liu Bei. Lu Bu kemudian menebus jasa baik Liu Bei dengan kejahatan dan merampas Xuzhou. Liu Bei terpaksa bekerjasama dengan Cao Cao dan mereka menewaskan Lu Bu. Lu Bu dihukum mati dan Liu Bei diiktirafkan oleh Maharaja Xian sebagai Bapa Saudara Maharaja.

Liu Bei kemudian berkomplot dengan beberapa pegawai untuk membunuh Cao Cao kerana Cao Cao memiliki terlalu banyak kuasa dan bertujuan merampas takhta. Bagaimanapun, Liu Bei tidak berjaya membunuh Cao Cao kerana komplotnya terdedah. Beliau menawan Xuzhou tetapi menghilangkannya kepada Cao Cao apabila Cao Cao mengetuai angkatan tenteranya untuk menaklukkan Xuzhou. Liu Bei menawan Runan dengan bantuan beberapa bekas pemberontak Serban Kuning, tetapi sekali lagi ditewasan oleh Cao Cao dalam pertempuran. Liu Bei tidak mempunyai pilihan lain selain daripada berpindah ke Jingzhou untuk meminta perlindungan Liu Biao. Liu Biao memperlakukan Liu Bei dengan rasa hormat dan menugasinya untuk memerintah kaunti Xinye. Di Xinye, Liu Bei sendiri merekrut Zhuge Liang yang berbakat dan beransur-ansur membina angkatan tenteranya.

Pertempuran Cenuram Merah[sunting | sunting sumber]

Cao Cao yang mengisytiharkan diri sebagai Perdana Menteri, mengetuai askar-askarnya untuk menyerang kawasan China selatan selepas menyatukan kawasan utara. Di Xinye, beliau dua kali ditewaskan oleh angkatan tentera Liu Bei tetapi Liu Bei menghilangkan Xinye dan terpaksa berpindah ke Jingzhou. Malangnya, Liu Biao telah mangkat ketika itu dan meninggalkan Jingzhou berpecah belah antara Liu Qi and Liu Cong, putera-puteranya. Liu Bei mengetuai orang-orang awam Xinye ke Xiangyang yang diperintah oleh Liu Cong tetapi tidak dibenarkan masuk. Liu Cong kemudian menyerah kepada Cao Cao, dan Liu Bei terpaksa berpindah ke Jiangxia yang diperintah oleh Liu Qi. Dalam perjalanan mereka, Liu Bei dan orang-orang awam dikejar oleh askar-askar Cao Cao, dengan banyak orang awam dibunuh. Liu Bei dan orang-orangnya dapat tiba di Jiangxia dan di sana, beliau mengasaskan sebuah memantapkan kedudukannya terhadap serangan Cao Cao.

Untuk menentang serangan Cao Cao, Liu Bei menghantar Zhuge Liang untuk memujuk Sun Quan di Jiangdong untuk membentuk sebuah perikatan. Zhuge Liang berjaya dalam usaha ini dan tinggal di Jiangdong sebagai seorang penasihat sementara. Sun Quan melantik Zhou Yu untuk mengetuai angkatan tenteranya di Jiangdong (Wu Timur) untuk mempertahankan kawasan itu daripada serangan Cao Cao. Zhou Yu berasa bahawa Zhuge Liang akan menjadi satu ancaman kepada Wu Timur pada masa hadapan dan beberapa kali mencuba membunuhnya, tetapi gagal. Akhirnya, beliau tidak ada pilihan lain kecuali bekerjasama dengan Zhuge Liang buat sementara kerana angkatan tentera Cao Cao telah sampai ke sempadannya. Cao Cao ditewaskan dalam Pertempuran Cenuram Merah oleh tentera campuran Liu Bei dan Sun Quan, dan terpaksa melarikan diri balik ke Jingzhou.

Tapak Cenuram Merah yang tradisional.

Ketegangan antara Liu Bei dan Sun Quan[sunting | sunting sumber]

Selepas pertempuran yang agung di Cenuram Merah, Wu Timur dan Liu Bei bertempur untuk merebut kawasan Jingzhou. Zhou Yu mengetuai askar-askarnya ke Wu Timur untuk menyerang Jingzhou dan mencapai suatu kejayaan, tetapi akhirnya Jingzhou jatuh ke dalam tangan Liu Bei apabila Zhuge Liang menasihati Liu Bei untuk merampas Jingzhou semasa angkatan-angkatan tentera Zhou Yu dan Cao Cao berperang. Zhou Yu amat tidak gembira dan melaporkan perkara itu kepada Sun Quan. Sun Quan menghantar Lu Su ke Jingzhou untuk berunding dengan Liu Bei tentang Jingzhou. Again and again, Liu Bei enggan mengembalikan Jingzhou kepada Wu Timur.

Sun Quan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakan strategi-strategi yang baru yang dicadangkan oleh Zhou Yu untuk mengembalikan Jingzhou. Salah satunya ialah Rancangan Jahat Wanita Jelita yang cuba menipu Liu Bei untuk datang ke Jiangdong supaya dapat dijadikan sebagai orang tebusan sebagai pertukaran untuk Jingzhou. Mengikut rancangan ini, Zhou Yu akan berpura-pura betroth adik perempuannya kepada Liu Bei. Liu Bei ke Jiangdong dan selepas closely mematuhi arahan Zhuge Liang, berkahwin dengan adik perempuan Sun Quan tanpa sebarang bahaya, walaupun perkara itu sepatutnya merupakan sebuah ruse. Beliau kembali dengan selamat ke Jingzhou dengan isteri barunya itu. Zhou Yu amat marah dan cuba memikirkan rancangan-rancangan yang lain untuk mengembalikan Jingzhou tetapi time and time tidak berjaya. Selepas tiga kali dibuat sangat marah oleh Zhuge Liang, Zhou Yu akhirnya muntah darah dan mangkat.

Ma Chao[sunting | sunting sumber]

Di barat laut, Ma Chao memulakan sebuah kempen terhadap Cao Cao untuk membela kematian bapanya. Angkatan tentera Ma Chao agak menggerunkan kerana beliau mendapat bantuan Han Sui serta askar-askar daripada kelompok minoriti Qiang. Walaupun demikian, Cao Cao berupaya menewaskan angkatan tentera Ma Chao melalui strategi-strategi yang licik yang mengakibatkan Ma Chao dan Han Sui berlawan antara satu sama lain. Han Sui kemudian membelot untuk menyebelahi Cao Cao dan Ma Chao terdampar. Ma kemudian meminta perlindungan daripada Zhang Lu di Hanzhong, dan akhirnya menyertai Liu Bei.

Penguasaan Xichuan dan Jingzhou oleh Liu Bei[sunting | sunting sumber]

Selepas kematian Zhou Yu, hubungan antara Liu Bei dan Sun Quan menjadi tegang tetapi kedua-dua mereka tidak memulakan perang. Zhuge Liang menasihati Liu Bei supaya menyerang Xichuan yang diperintah oleh Liu Zhang, orang bangsawan yang tidak berupaya. Liu Bei bertolak dengan askar-askarnya dan menaklukkan Xichuan serta juga Hanzhong yang dikuasai oleh Cao Cao. Liu Bei mengisytiharkan diri sebagai Putera Hanzhong, manakala Cao Cao menaikkan pangkat diri dari pangkat Perdana Menteri menjadi Putera Wei. Sun Quan pula dikenali sebagai Duke Wu. Menjelang masa itu, Liu Bei telah memerintah sebahagian kawasan yang besar dari Jingzhou ke Sichuan di barat. Ini kemudian bertindak sebagai sebuah asas yang kuat untuk pengasasan Kerajaan Shu-Han. Sementara itu, Sun Quan dan Cao Cao juga berlawan antara satu sama lain yang memberikan kemenangan dan kekalahan kepada kedua-dua pihak dalam pertempuran-pertempuran Ruxu dan Hefei.

Keadaan antara ketiga-tiga kuasa utama hampir berakhir dengan kebuntuan sehingga Cao Cao meninggal dunia, akibat tumor otak. Pada tahun berikut, Cao Pi, anak lelaki Cao Cao, memaksa Maharaja Xian untuk turun takhta dan dengan itu mengakhiri Dinasti Han yang berlangsung selama berabad-abad. Cao Pi mengisytiharkan diri sebagai maharaja dan menamai dinastinya sebagai Cao Wei. Sebagai gerak balas terhadap peristiwa ini, Liu Bei mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Shu-Han untuk menandakan bahawa beliau masih merupakan salah seorang ahli daripada kerabat diraja Han yang berpusat di Shu).

Kematian Guan Yu[sunting | sunting sumber]

Pada masa itu, Sun Quan bosan dengan keenggannya berulang kali untuk mengembalikan Jingzhou kepadanya dan merancang untuk menawan kota itu. Beliau berdamai dengan Cao Pi dan dianugerahi dengan gelaran Putera Wu. Liu Bei meninggalkan Guan Yu, saudara darahnya, untuk memerintah Jingzhou, dan Guan Yu mengetuai askar-askar Jingzhou untuk menyerang Cao Pi. Sun Quan mengambil peluang yang diwujudkan oleh keadaan ini dan menghantar Lu Meng untuk menawan Jingzhou. Lu Meng menyamarkan askar-askarnya sebagai orang biasa dan menyelinap masuk ke Jingzhou dan menaklukkannya dengan mudah sahaja. Guan Yu terperanjat dengan kehilangan Jingzhou yang tiba-tiba terpaksa berundur ke Maicheng, semasa meminta tentera tambahan daripada Liu Bei untuk menawan semula Jingzhou. Lu Meng mengepung Guan Yu di Maicheng dan menangkapnya dalam sebuah serang hendap ketika Guan Yu cuba menempuh pengepungan. Ketika dibawa menghadapi Sun Quan, Guan Yu enggan menyerah dan Sun Quan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Kehilangan Jingzhou dan kematian Guan Yu menjejaskan Liu Bei dan Liu berasa sangat sedih. Beliau sedang merancang untuk membela kematian Guan Yu ketiak beliau mendapat berita bahawa Zhang Fei, saudara darahnya yang lain, telah dibunuh semasa bertidur oleh orang-orang bawahannya yang kemudian melarikan diri ke Wu Timur. Liu Bei pengsan apabila mendengar berita itu dan kemudian, bersumpah akan membela kematian-kematian mereka. Zhuge Liang cuba menasihati Liu Bei supaya jangan menyerang Sun Quan dahulu kerana masa belum matang, tetapi Liu Bei enggan mendengar dan mengetuai sebuah angkatan tentera yang menggerunkan untuk menyerang Wu Timur.

Pertempuran Yiling[sunting | sunting sumber]

Suatu rentetan kesilapan strategi yang disebabkan oleh kegopohan Liu Bei mengakibatkan kekalahan askar-askar Shu yang dahsyat dalam Pertempuran Yi Ling selepas kemenangan-kemenangan awal terhadap Wu. Bagaimanapun, Lu Xun, komander tentera Wu, yang menjadi penggempur dalam perang terhadap Shu menahan diri daripada mengejar askar-askar Liu Bei yang ditewaskan. Sikap berwaspada Lu Xun kemudian diwajarkan ketika Cao Pi melancarkan sebuah serangan terhadap Wu kerana beranggapan bahawa angkatan tentera Wu masih di luar negeri. Serangan itu dihancurkan oleh tentangan Wu yang kuat, bersama-sama dengan meletusnya wabak.

Tanggapan pelukis tentang Zhūgě Liàng yang memegang kipas bulu yang merupakan ciri utamanya.

Sementara itu di Baidicheng, Liu Bei meninggal dunia, akibat penyakit, dan meninggalkan Liu Shan, anak lelakinya yang lemah semangatnya di bawah jagaan Zhuge Liang. Dalam sebuah perbualan terakhir yang mengharukan antara Liu Bei dengan Zhuge Liang, Liu Bei meminta Zhuge Liang untuk naik takhta sebagai ganti untuk Liu Shan, jika Liu Shan terbukti tidak berupaya. Bagaimanapun, Zhuge Liang enggan menerima cadangan itu, dan bersumpah bahawa beliau akan taat setia kepada kepercayaan yang diberikannya oleh Liu Bei. Janji itu kemudian menjadi raison d'être (prinsip kehidupan) bagi Zhuge Liang pada seumur hidupnya.

Zhuge Liang mempertahankan diri daripada lima buah serangan[sunting | sunting sumber]

Terus merebut peluang yang diwujudkan oleh kemangkatan Liu Bei, Cao Pi atas nasihat Sima Yi cuba menyuap banyak angkatan tentera, termasuk Sun Quan, Meng Da, jeneral pembelot Shu, Raja Meng Huo daripada puak gasar Nanman, serta juga kelompok etnik Qiang supaya menyerang Shu Han bersama-sama angkatan tentera utamanya. Zhuge Liang berjaya mengatur kedudukan askar-askar Shu dan menyebabkan gabungan angkatan tentera tersebut berundur tanpa menumpahkan setitik darah. Seorang perutusan Shu-Han yang bernama Deng Zhi akhirnya berjaya memujuk Sun Quan supaya menegaskan semula perikatannya dengan Shu Han.

Dalam salah satu daripada langkah-langkah cemerlangnya yang terakhir, Zhuge Liang sendiri mengetuai askar-askar Shu untuk menaklukkan Raja Meng Huo di selatan. Askar-askar Meng Huo tidak setanding dengan askar-askar Shu, dan Zhuge Liang menangkap Meng Huo tujuh kali melalui strategi-strategi yang licik. Untuk enam kali pertama, Meng Huo tidak gembira dan merungut bahawa beliau ditangkap melalui muslihat serta kelicikan, dan tidak berpeluang untuk benar-benar melawan pertempuran dengan askar-askar Shu. Zhuge Liang bersetuju untuk melepaskannya supaya melawan sekali lagi dalam pertempuran. Pada kali ketujuh, Zhuge Liang hendak membebaskan Meng Huo sekali lagi tetapi pada kali ini, Meng Huo menolak kerana beliau berasa malu akan pemberontakannya terhadap Shu-Han. Kebaikan Zhuge Liang juga benar-benar mengharukannya sehingga beliau bersumpah akan taat setia kepada Shu-Han buat selama-lamanya.

Pertarungan kepintaran antara Zhuge Liang dan Sima Yi[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, Cao Pi mangkat akibat penyakit dan diwarisi oleh Cao Rui. Di Jiangdong, Sun Quan mengisytiharkan diri sebagai maharaja Wu Timur. Zhuge Liang kemudian mengalihkan perhatiannya ke arah utara dan merancang untuk menyerang Wei agar memulihkan Dinasti Han, sebagaimana yang dijanjinya pada saat-saat Liu Bei menghadapi kematian. Bagaimanapun, beliau hanya menunggu masa saja kerana Shu adalah terlalu lemah untuk mengatasi keunggulan kebendaan Wei. Kemenangan utama Zhuge Liang yang terakhir terhadap Wei mungkin merupakan pembelokan Jiang Wei, seorang jeneral muda yang kepintarannya setanding dengannya.

Zhuge Liang telah lama menghidapi penyakit kronik yang diterukkan lagi semasa beliau enggan berehat walaupun pada awal pagi kerana hendak menyiapkan analisis medan perang atau merumuskan rancangan yang berikut. Akibat penyakit ini, beliau akhirnya meninggal dunia dalam Pertempuran Dataran Wuzhang semasa melawan sebuah pertempuran yang buntu terhadap Sima Yi, komander Wei, yang angkatan tenteranya adalah jauh lebih unggul. Sebagai helahnya terakhir, beliau membina sebuah arca berbentuk sendiri untuk menakutkan Sima Yi supaya dapat memperoleh lebih banyak masa untuk mengundurkan angkatan tenteranya.

Keluarga Sima menguasai Wei[sunting | sunting sumber]

Pertempuran-pertempuran yang berpanjangan antara Wei dan Shu memperlihatkan banyak perubahan dalam keluarga pemerintah Cao yang beransur-ansur menjadi lemah di Wei selepas kemangkatan Cao Rui. Sima Yi dengan sabarnya berkomplot untuk merampas takhta dan menggulingkan Cao Shuang, seorang bangsawan yang berkuasa, melalui sebuah strategi yang licik. Sejak dari masa itu, kuasa Wei jatuh ke dalam tangan Sima Yi. Selepas kematian Sima Yi, anak-anaknya Sima Shi dan Sima Zhao terus memegang kuasa di Wei. Sima Zhao menggulingkan Cao Fang daripada takhta dan menggantikannya dengan Cao Mao. Cao Mao kemudian cuba membunuh Sima Zhao yang berniat untuk merampas takhta, tetapi dibunuh oleh seorang bawahan Sima Zhao. Walaupun orang bawahan tersebut telah diarahkan oleh Sima Zhao supaya berbuat demikian, Sima Zhao berpura-pura bersedih atas kematian Cao Mao dan menghukum mati orang bawahan tersebut kerana melakukan pembunuhan raja.

Keakhiran Tiga Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Jiang Wei yang mewarisi kebijaksanaan Zhuge Liang itu meneruskan perjuangan Zhuge Liang menentang negara Wei habis-habisan selama tiga puluh tahun. Bagaimanapun, Liu Shan, anak lelaki Liu Bei yang tidak berkemampuan, mengingkari pesanan Jiang Wei, sebaliknya menurut sida-sida Huang Hao yang durjana. Angkatan tentera Jiang Wei dipisahkan darinya lalu dihantar ke Jiange. Jeneral Negara Wei, Deng Ai, yang berperang menentang Jiang Wei, mengambil kesempatan untuk menyerang Shu-Han. Deng Ai dan askarnya tiba di hadapan Chengdu, ibu kota Shu-Han, dengan mengambil jalan pintas. Liu Shan menyerah kalah tanpa bertempur lalu menamatkan riwayat Kerajaan Shu-Han. Jiang Wei merancang untuk membina semula Shu-Han dengan menyatukan kuasa dengan seorang jeneral Wei, Zhong Hui, yang berselisih dengan Deng Ai. Bagaimanapun, dia tidak sempat melihat hajatnya tercapai apabila sakit jantungnya makin parah di tengah pertempuran terakhirnya. Akhirnya dia membunuh dirinya dengan menusuk pedang, menandakan kedudukan terakhir Shu.

Di negara Wu Timur, tercetusnya konflik dalaman di kalangan bangsawan semenjak perginya Sun Quan. Zhuge Ke cuba merampas takhta negara Wu Timur tetapi berjaya dibunuh oleh Sun Chen. Kemudian, Sun Chen sendiri juga ketagih kuasa lalu menggulingkan Maharaja Wu Timur, Sun Liang lalu menggantikannya dengan Sun Xiu. Sun Xiu mendapat pertolongan dari jeneral tua Ding Feng lalu memastikan Sun Chen dibunuh, maka kekuasaan Wu Timur kembali di tangan Sun Xiu, itupun tidak berkekalan.

Di negara Wei, Sima Yan, anak lelaki kepada Sima Zhao, akhirnya memaksa maharaja Wei terakhir Cao Huan turun takhta seperti mana Cao Pi memaksa Maharaja Xian dari Han turun takhta. Sima Yan menubuhkan Dinasti Jin pada tahun 265 M, lalu mengisytiharkan dirinya maharaja pertama wangsa baru itu. Maka tamatlah riwayat Kerajaan Wei.

Sima Yan memimpin tentera Jin untuk menyerang Negara Wu Timur lalu berjaya menawan negeri tersebut setelah sekian lama bergelut, apabila maharaja terakhir Wu Timur, Sun Hao menyerah kalah. Maka berakhirnya zaman Tiga Kerajaan setelah hampir setengah abad mengalami perbalahan awam.

Kritikan kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Potret Pang De dalam sebabak Pertempuran Fancheng dari Hikayat Tiga Kerajaan edisi Dinasti Qing

Penceritaan semula Luo Guanzhong ini juga membuka jendela kepada hal-ehwal siasah zaman beliau. Maharaja Wanli dari Dinasti Ming menyempurnakan kenaikan taraf Guan Yu sebagai dewa, Guan Gong, untuk memupuk sifat keberanian dan kesetiaan Guan Yu yang teramat (tidak dinafikan baginda ingin memupuk sifat-sifat ini di kalangan rakyat jelata). Hasil penyelidikan terkini dikagumi oleh watak Guan Yu ini sebagai pencermin kebudayaan Cina zaman Ming, yang mana pengarangnya mematuhi rancangan dakyah kerajaan sambil mensubversikannya senyap-senyap.

Selain sumpah yang terkenal itu, banyak lagi peribahasa yang dilahirkan oleh novel ini:

"Isteri dan anak bagai pakaian, persaudaraan bagaikan tangan dan kaki." (妻子如衣服, 兄弟如手足) (rumah tangga yang retak boleh dibaiki, tetapi persahabatan yang renggang tiada gantinya)
"Sebut nama 'Cáo Cāo', datangnya Cáo Cāo." (說曹操, 曹操到) (orang yang disebut-sebut tiba-tiba muncul)
"Tiga tukang jahit busuk mampu menumpaskan Zhūgě Liàng." (三個臭皮匠, 勝過一個諸葛亮 atau 三個臭皮匠, 賽過諸葛亮) (Tiga orang tak guna boleh berganding bahu untuk mengatasi seorang yang berkuasa)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]