Zaman prasejarah
Zaman Prasejarah dunia di bahagikan kepada empat zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Tempoh masa tersebut bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat.
Zaman prasejarah di malaysia terbahagi kepada tiga iaitu:
- Zaman Paleolitik
- Zaman Neolitik
- Zaman Logam
Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Penemuan peralatan kebudayaan Hoabinh yang sebelum ini disangka peralatan Zaman Mesolitik, sebenarnya wujud sejak zaman paleolitik akhir hasil penemuan arkeologi di Bukit Jawa, Lenggong, Perak.[perlu rujukan]
Zaman paleolitik[sunting]
| Adalah disarankan bahawa rencana atau bahagian ini digabungkan dengan Zaman Prasejarah di Malaysia. (bincangkan) |
Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:
- hidup berpindah-randah,
- biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan sekitar tasik.
Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang berikut:
- memburu binatang liar
- memungut hasil hutan
- peralatan batu berupa batu serpihan
Ciri-ciri kepercayaan:
- mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat a9juwa dan roh)orang mati
- mengamalkan upacara perkuburan
Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:
- Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
- Gua Niah di Sarawak
- Tingkayu di Sabah
Pada tahun 1990, manusia perak iaitu rangka manuasia zaman paleolitik telah ditemui di Perak.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |