Hubungan Amerika Syarikat–Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Amerika Syarikat – Pakistan
Peta menunjukkan lokasi Pakistan dengan United States

Pakistan

Amerika Syarikat

Hubungan Amerika Syarikat – Pakistan terbentuk semenjak Pakistan terpisah dari India pada 1947. Selaku kuasa besar, Amerika Syarikat berperanan melindungi negara Pakistan yang baru merdeka. Hubungan kedua-dua negara amat intim kerana Amerika Syarikat membekalkan pelbagai senjata terasuk teknologi membina loji nuklear bagi mempertahankan diri dari musuh tradisi India. Pakistan merupakan sekutu bukan NATO utama A.S.

Memburu pejuang jihad Taliban[sunting | sunting sumber]

Kerajaan tentera Pakistan di bawah pimpinan Presiden Pakistan Pervez Musharraf membenarkan tentera Amerika Syarikat bekerjasama dengan pejuang Mujahidin berjuang menentang kemaraan tentera Kesatuan Soviet Rusia di Asia Selatan khususnya di Afghanistan.

Apabila Taliban menang dan membentuk kerajaan di Afghanistan, Amerika menghantar tentera ke sana melalui Pakistan, Kyrgyzstan , Uzbekistan dan lain-lain. Selepas peristiwa 9/11 2001, tentera Amerika Syarikat lebih agresif memburu Osama bin Laden di gua-gua Afghanistan.

Bantuan 2007 dibazirkan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Disember 2007, akhbar New York Times (NYT) melaporkan, bantuan Amerika berjumlah AS$5 bilion (RM17 bilion) telah disalurkan untuk membiayai kos sistem senjata yang disasarkan terhadap India. Sepatutnya ia digunakan untuk 100,000 tentera yang memerangi militan Al-Qaeda dan Taliban di barat laut Pakmistan . Presiden Pervez Musharraf juga menggunakan wang bantuan AS untuk menguatkan kerajaannya. Diplomat mendapati tentera Pakistan hanya memakai topi besi zaman Perang Dunia Pertama dan menggalas raifal Kalashnikov usang yang mengandungi 10 butir peluru. Pada waktu salji, tenteranya hanya memakai capal. Osama bin Laden juga gagal ditangkap.[1]

Pada 26 April 2009, Kementerian Dalam Negeri Pakistan mendedahkan terdapat 300 pengebom bunuh diri sedang merancang serangan ke atas bandar dan rakyat Pakistan.[2]

Era Barack Obama[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2010, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton menyatakan bantuan AS$500 juta (RM1.65 bilion) kepada Pakistan agar perang Afghanistan menentang al-Qaeda dan Taliban dimenangi. Presiden AS , Barack Obama menangguhkan janjinya keluar dari bumi Afghanistan. Akibatnya semakin banyak serangan berani mati berlaku di Pakistan dan pejuang Taliban bersembunyi dan membiak di Pakistan. Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi mengalu-alukan bantuan berbentuk pembinaan empangan, penjanaan tenaga, pembangunan pertanian dan pembinaan hospital itu.

[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]