Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jerman

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Jerman



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (bahasa Jerman: Grundgesetz für die Bundesrepublik Deutschland; pendek: Grundgesetz) ialah perlembagaan Republik Persekutuan Jerman yang menggariskan peraturan-peraturan dasar dari segi hak dan politik negera tersebut. Kepentingannya yang amat istimewa ialah dengan jaminan hak-hak asasi manusia yang diterap di dalamnya, hasil pengalaman buruk di bawah pemerintahan Nazi. Dokumen ini mengikat pengaruh dan kuasa negara sebagai hak yang tidak berhalangan dan sah. Dalam hal ini, Mahkamah Perlembagaan Persekutuann (bahasa Jerman: Bundesverfassungsgerichtshof) menjaga dan menjamin fungsi hak-hak asasi ini, sistem politik dan organisasi negara dan seterusnya membangunkannya.

Pada tahun 1949, perlembagaan ini mula berkuatkuasa di kawasan pentadbiran pakatan. Pada mulanya perlembagaan ini ditulis bukan sebagai sebuah perlembagaan yang tetap dengan harapan apabila berlakunya penyatuan semula negeri-negeri Jerman, sebuah perlembagaan tetap akan ditulis. Sebab itulah, dokumen ini dinamakan sebagai Grundgesetz di dalam bahasa Jerman (bahasa Melayu: Hukum asas) dan bukannya Verfassung (bahasa Melayu: Perlembagaan). Namun, pada 3 Oktober 1990, dokumen ini dipilih sebagai perlembagaan bagi seluruh rakyat Jerman yang bersatu semula selepas jatuhnya Tembok Berlin.

Status baru ini tidak dipertikai oleh mana-mana negara, hasil daripada pengesahan rakyat melalui pilihanraya memilih wakil-wakil ke Bundestag yang seterusnya telah mengundi untuk mengekalkan Hukum asas 1949 sebagai perlembagaan negara Jerman yang baru. Walaupun tidak dianggap sebagai perlembagaan tetap oleh penulis-penulisnya pada awal pembentukan dokumen ini, beberapa ciri-ciri sah sebuah perlembagaan telahpun dimiliki oleh Hukum Asas, yang menentukan bentuk entiti politik negara tersebut iaitu demokrasi, republik, negara sosial, persekutuan dan juga prinsip-prinsip asas keadilan. Selain daripada itu, hukum ini mentadbir perjalanan pertubuhan kerajaan, menjamin kebebasan individu dan membentuk sistem nilai.

Hukum Asas di dalam bentuknya sekarang merupakan satu perlembagaan yang berkekalan dan hanya boleh diganti dengan pemilihan dan pengesahan perlembagaan yang baru.




Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.