Hussein Abu Hassan
| Hussein Abu Hassan | |
|---|---|
Hussein Abu Hassan |
|
| Lahir | Hussein Abu Hassan 5 Mei 1937 (umur 74) |
| Berkahwin dengan | Mahyon Ismail |
| Anak | Dilla Hussein Fairuz Hussein Faizal Hussein |
Hussein Abu Hassan (5 Mei 1937 - 26 November 2007) merupakan seorang pengarah filem dan pelakon lelaki di Malaysia.
Hussein dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937, sebelum ini adalah bekas anggota Polis Diraja Malaysia sebelum beliau mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam Sri Mersing pada 1961 diikuti Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung,Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi dan Loceng Maut.
Beliau juga berlakon filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), International Trades, Crazy Pikoy Goes To Malaysia (Filipina) dan Bailey Big Deal (Australia). Lakonannya dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Laksamana Pasola.
Pada 1975, beliau menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badul, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat.
Hussein pernah menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005. Jasanya di dalam bidang seni mendapat penghargaan dengan pengurniaan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1997.
Hussein meninggal dunia pada 6.30 pagi, 26 November 2007 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain. Hussein dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota Muslim di Setapak.
[sunting] Ahli keluarga
- Mahyon Ismail - isteri
- Dilla Hussein - anak
- Fairuz Hussein - anak
- Faizal Hussein - anak
- Natra Hussein - cucu
[sunting] Filem
- Filem Sri Mersing 1961
- Filem Tun Teja
- Filem Panglima Besi
- Filem Laksamana Do Re Mi
- Filem Fajar Menyingsing
- Filem Air Mata Duyung
- Filem Siti Payung
- Filem Amok Tok Nading
- Filem Laksamana Do Re Mi
- Filem Loceng Maut.
[sunting] Pautan luar
- Actor, Director Hussein Abu Hassan Dies, BERNAMA.