Negeri-Negeri Selat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri-negeri Selat
The Straits Settlements
نݢري٢ سلت
1826–1946
Bendera Negeri-Negeri Selat
Jata Negeri-Negeri Selat
Bendera Jata
Lagu kebangsaanGod Save the Queen
StatusTanah Jajahan United Kingdom
Ibu negaraSingapura
Bahasa yang umum digunakan
Kerajaan
Beraja 
• 1820–30
George IV
• 1936–52
George VI
Governor 
• 1826–30 (pertama)
Robert Fullerton
• 1934–46 (terakhir)
Shenton Thomas
Era SejarahEmpayar British
17 Mac 1824
• Diwujudkan dibawah pemerintahan
    East India Co.
1826
• Converted to
    Crown colony

1 April 1867
• Labuan incorporated
1 Januari 1907

15 Februari 1942
• Pengunduran rasmi
    oleh Jepun kepada British
    Military Administration


12 September 1945
• Bersekutu kepada
    Persekutuan Tanah Melayu dan
    Crown colony
    of Singapore



1 April 1946
• Labuan kepada British
    North Borneo

15 Julai 1946
Mata wang
Didahului oleh
Diganti oleh
Sejarah Penang#Early days
Melaka Belanda
Jajahan Dindings
Early history of Singapore
Dindings
Malayan Union
Singapura post-war
Australia
Sekarang sebahagian dari Malaysia
 Singapura
 Australia
 United Kingdom

Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura. Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British.

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Pemindahan pentadbiran ke London kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat, desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India, cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan, kemasukan pendatang China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India. Pada 30 Oktober 1906, Labuan menyertai Negeri-negeri Selat.

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales), Singapura, Kepulauan dan Jajahan Dindings (Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung dan menjadi sebahagian Negeri Perak), Seberang Perai (juga dikenali sebagai Province Wellesley), Melaka, Labuan (menjadi sebahagian negeri Sabah pada tahun 1963 dan kemudiannya menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984) dan Pulau Krismas serta Kepulauan Cocos (Keeling) (kini ditadbir oleh Australia).

Sejarah dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824 diantara British dan Belanda, yang menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bengkulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.

Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April. Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen.

Jajahan Dindings dan Seberang Perai[sunting | sunting sumber]

Jajahan Dindings yang merangkumi beberapa pulau berhampiran dengan muara Sungai Perak dan sebahagian kawasan yang bersambungan dengan tanah besar Perak telah diserahkan kepada British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Walau bagaimanapun, Jajahan Dindings telah dikembalikan oleh British kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1937 kerana sukar untuk ditadbir secara langsung dari Pulau Pinang selain kelemahan dari segi politik dan kewangan.

Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah diserahkan kepada United Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu Sultan Muhammad Jiwa selepas kekalahan Angkatan Perang Kedah di dalam peperangan untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh British pada tahun 1798 dan bersempadanan dengan Utara dan Barat Perak. Sempadan dengan Kedah telah dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam. Kawasan ini ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang berhubung dengan Penasihat British di Pulau Pinang.

Pada masa kini, sempadan bagi negeri - negeri Pulau Pinang dan Kedah adalah tertakluk kepada Akta Kedah dan Pulau Pinang 1984.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Straits Settlements Blue Book, rpo (Singapore, 1907)
  • Straits Directory, 1908 (Singapore, 1908)
  • Journal of the Straits branch of the Royal Asiatic Society (Singapore)
  • Sir Frederick Weld and Sir William Maxwell, severally, on the Straits Settlements in the Journal of the Royal Colonial Institute (London, 1884 and 1892)
  • Henry Norman, The Far East (London, 1894)
  • Alleyne Ireland, The Far Eastern Tropics (London, 1904); Sir Frank Swettenhnrn, British Malaya (London, 1906)
  • The Life of Sir Stamford Raffles (London, 1856, 1898). (H. Cl,.)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]