Huyayy ibn Akhtab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Huyayy bin Akhtab juga dieja Huyay bin Akhtab (Arab: حيي بن أخطب; Ibrani: חי בן אחיטוב) ialah ketua Bani Nadhir, sebuah suku kaum Yahudi yang tinggal di Madinah dari semenjak kedatangan islam di Semenanjung Arab.


Selepas Hijrah – 622 M[sunting | sunting sumber]

Mengikut anak perempuannya, Huyayy menentang Nabi Muhammad SAW bermula dari hari pertama baginda sampai di Madinah lagi.

Mula-mula tentangan Huyayy berbentuk perdebatan awam. Pada satu ketika, beliau berbincang dengan Nabi Muhammad tentang beberapa huruf mistik yang terdapat pada pemulaan beberapa Surah al-Quran.[1] Apabila seorang rabai terkenal, Abdullah bin Salam, memeluk Islam, Huyayy berkata kepadanya, "Tidak ada nabi dalam kalangan orang Arab, dan tuan anda hanya seorang raja manusia".[2] Apabila Abu Sufyan, ketua Quraisy dan musuh Nabi Muhammad datang untuk berjumpa beliau, Huayayy, enggan mennemui Abu Sufyan kerana bimbang akan menjejaskan kedudukannya.[1]

Akan tetapi akhirnya Huyayy menjadi musuh ketat Nabi Muhammad, sampai ibn Hisham, penulis Sirah Nabi Muhammad, memanggilnya musuh Allah.[1] Dalam musim panas 625 M, Nabi Muhammad pergi ke daerah Nadhir untuk meminta pembayaran wang tebus darah ekoran pembunuhan dua orang ahli Bani Kilab oleh Umayya. Huyayy bersetuju untuk membayar wang tersebut, akan tetapi rancangan mereka untuk membunuh baginda terbongkar dan Nabi beserta Sahabat RA yang mengiringi baginda bergegas pulang ke Madinah. Apabila ditanya mengapa baginda pulang tergesa-gesa, baginda menjawab bahawa Malaikat Jibril Alaihi Salam telah memberi amaran bahawa Huyayy bin Akhtab sedang memujuk orang Yahudi untuk membunuh baginda dan bahawa Amr bin Jahsh telah menawarkan diri untuk membaling batu ke atas kepala baginda.

Oleh sebab tindakan ini, baginda Nabi Muhammad menamatkan perjanjian dengan bani Nadhir dan tindakan khianat Nadhir itu bermaksud orang Islam berperang dengan mereka. Baginda kemudian menghantar seorang Sahabat, Muhammad bin Muslimah RA untuk memberi kata dua kepada Nadhir: mereka harus meninggalkan Madinah dalam jangka masa tertentu. Apabila Nadhir enggan berbuat demikian ekoran desakan para Munafik, Nabi Muhammad membuat keputusan untuk mengepung kubu mereka. Selepas enam malam, orang Yahudi Nadhir bersetuju meletakkan senjata dan mereka diberi laluan selamat keluar dari Madinah bersama-sama harta mereka, kurang alat persenjataan. Dari kubu mereka, Yahudi Nadhir berpindah ke Khaibar dan beberapa orang berpindah ke Syria.[3]

Penyingkiran Bani Nadhir dan Khaibar – 625 M[sunting | sunting sumber]


Huyayy dan keluarganya bermastautin di Khaibar, di mana masyarakat tani Yahudi bukan sahaja mengalu-alukan kedatangan mereka, malah menganggap mereka sebagai ketua. Huyayy menghasut orang Khaibar, bersama-sama suku Arab daripada Bani Quraisy dan Ghatafan, untuk memberontak menentang Nabi Muhammad secara aktif,[1] berkesudahan dengan Perang Ahzab dalam tahun 627 M.

Perang Ahzab – 627 M[sunting | sunting sumber]

Huyayy datang bertemu Ka'b ibn As'ad, ketua Bani Quraizah di Madinah, akan tetapi gagal untuk memujuk mereka gara berperang dengan Nabi Muhammad.[1] Sehari selepas tentera Gabungan mengakhiri kepungan mereka terhadap Madinah, Nabi Muhammad turun dan mengepung kubu Quraizah; Yahudi menyerah diri dalam bulan Mei 627 M. Mengikut Ibn Ishaq:

Kemudian Rasulullah SAW pergi ke pekan Madinah dan menggali parit. Kemudian baginda memanggil mereka dan mereka dibawa menghadap baginda secara berkumpulan. Dalam kalangan mereka adalah musuh Allah Huyayy ibn Akhtab dan Kaab ibn Asad ketua mereka. Terdapat 600 atau 700 kesemuanya, walaupun ada yang meletakkan jumlah setinggi 800 atau 900. ... Huyayy dibawa keluar memakai jubah bercorak bunga yang telah beliau tebuk lubang sebesar hujung jari agar jubah tidak diambil sebagai hasil, dengan kedua belah tangannya diikat pada tengkuk dengan seutas tali. Apabila beliau melihat Rasulullah, beliau berkata, 'Demi Tuhan, aku tidak menyesal menentang engkau, akan tetapi siapa yang lupakan Tuhan akan dilupakan.' Kemudian beliau pergi berjumpa orang lelaki dan berkata, 'Betullah perintah Tuhan. Sebuah kitab dan perintah, dan peneyembilahan telah tertulis terhadap Anak-anak Israel.' Kemudian beliau duduk dan kepalanya dipenggal.[2]

Huyayy mempunyai seorang anak perempuan, Safiyah binti Huyayy. Safiyah menjadi balu selepas Perang Khaibar dan memilih untuk menjadi isteri Rasulullah SAW.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Gottheil, Richard and M. Seligsohn. "Huyayy ibn Akhtab." Jewish Encyclopedia. Funk and Wagnalls, 1901-1906; which cites the following bibliography:
  2. ^ a b Guillaume, A. The Life of Muhammad: Translation of Ibn Ishaq's Sirat Rasul Allah.
  3. ^ When The Moon Split / A Biography of the Prophet Muhhammad (PUBH)