Perang Autas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pertempuran Autas adalah pertempuran antara angkatan Muslim dan suku-suku penyembah berhala Hawazin di Semenanjung Arab pada tahun 630 di Autas atau Awtas, sebuah lembah yang terletak di pergunungan sebelah timur laut Tha'if, Arab Saudi.Pertempuran terjadi setelah kekalahan tentera musyrikin di Hunain yang diketuai oleh Malik bin 'Auf An-Nasri. Pasukannya berpecah melarikan diri sebahagiannya ke Taif, sebahagiannya ke Autas dan sebahagiannya ada ke Nakhlah.Rasulullah saw telah mengerakan pasukan yang diketuai oleh Abu Amir Al-Asy'ari ra bagi memburu saki-baki tentera musyrikin yang melarikan diri dan bertahan di Autas.[1] Pertempuran ini terjadi setelah Perang Hunain, dan sebelum Pengepungan Ta'if. Pasukan Muslim berjaya mengalahkan musuhnya setelah melalui pertempuran yang sengit.[1] Baki bala tentera pasukan yang dikalahkan telah melarikan diri ke kawasan berbukit di sekitarnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]