Perang Khaibar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Khaibar
Sebahagian daripada Kempen Nabi Muhammad (SAW)
Maklumat am
Tarikh 629 M
Lokasi Khaibar 25°41′55″U 39°17′33″T / 25.69861°U 39.2925°T / 25.69861; 39.2925Koordinat: 25°41′55″U 39°17′33″T / 25.69861°U 39.2925°T / 25.69861; 39.2925
Hasil Kemenangan Muslim
Pihak yang berperang
Tentera Muslim Yahudi oasis Khaibar
Komander dan pemimpin
Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Ali bin Abi Talib al-Harith ibn Abu Zainab[1] Marhab Bin Abu Zainab[1]
Kekuatan
1,600 Khaybar 10,000[2]

Bani Ghatafan 4,000[2]

Kerugian dan kehilangan
Kurang 20 korban[3]
50 cedera
93 korban
sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Perang Khaibar berlaku dalam tahun 629 M antara Nabi Muhammad (SAW) dan pengikut baginda menentang penduduk Yahudi di oasis Khaibar yang terletak 93 batu (150 km) dari Madinah di Hijaz, Mengikut sumber-sumber Muslim, orang-orang Islam menyerang Yahudi yang berlindung di dalam kubu mereka.[4]

Sejarawan dan Orientalis berbangsa Scotland, W Montgomery Watt berpendapat bahawa Bani Nadhir, satu puak Yahudi yang menghasut orang Arab agar menentang Nabi Muhammad dan masyarakat Islam di Madinah, tinggal di Khaibar. LC Vaglieri, seorang Orientalis Itali, mendakwa bahawa serangan itu didorong oleh keinginan orang Islam untuk mengharumkan nama mereka serta mendapat jarah yang mungkin boleh digunakan bagi kempen-kemprn pada masa masa depan, mahupun beliau bersetuju dengan pendapat Watt tentang Bani Nadhir.[5][6]

Yahudi Khaibar menyerah kalah tetapi dibenarkan kekal menduduki Khaibar dengan syarat mereka menyerahkan setengah daripada hasil mereka kepada orang Islam. Orang Yahudi kekal tinggal di oasis itu buat beberapa tahun sehinggalah pada akhirnya mereka diusir oleh Khalifah Umar Farouk. Ufti yang dikenakan terhadap penduduk Khaibar menjadi contoh pembayaran jizyah oleh kaum dhimmi yang terkandung dalam hukum Syariah bagi orang bukan Islam yang tinggal di jajahan Islam.[5][7][8] Sebagai balasan, orang Kafir dibenarkan mengamal agama serta megurus hal ehwal masyarakat mereka, berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa Islam daripada kekerasan luaran, dan dikecualikan daripada perkhidmatan tentera serta tidak dikenakan zakat, yang diwajibkan ke atas orang Islam.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Khaibar pada abad Ketujuh[sunting | sunting sumber]

Dalam abad ketujuh Masihi, Khaibar dihuni Yahudi. Penduduk Khaibar menyimpan senjata —jentera kepungan, pedang, lembing, perisai dan perlatan lain— di dalam kubu mereka. Pada masa lampau para sarjana cuba menberi penjelasan tentang perlengkapan perang ini dengan menyarankan ia digunakan bagi menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga-keluarga Yahudi dalam masyarakat Khaibar. Vaglieri mencadangkan bahawa lebih logik jika dianggap bahawa persenjataan itu disimpan bagi penjualan pada masa mendatang. Seiring dengan itu orang Yahudi menyimpan 20 bandela kain dan 500 jubah serta barangan mewah lain untuk dijual.[5]

Oasis dibahagikan kepada tiga kawasan: al-Natat, al-Shikk, dan al-Katiba, berkemungkinan besar disebabkan pembahagian alami seperti kawasan gurun, aliran lava dan kawasan paya. Pada setiap satu kawasan ini terdapat beberapa kubu yang mengandungi rumaha kediaman, tempat menyimpan barang dan kandang kuda. Setiap kubu pula didiami sebuah keluarga dan dikelilingi tanah pertanian dan ladang tamar. Bagi memperkukuhkan pertahanan, kubu-kubu tersebut dibina di tanah tinggi atau batu basalt.[5]

Bani Nadhir[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Bani Nadhir

Selepas diusir dari Madinah pada tahun 625 M, Bani Nadhir berpindah ke dan menduduki Khaibar. Pada tahun 627, ketua Nadhir, Huyaiy ibn Akhtab bersama-sama anaknya menyertai Quraisy Makkah dalam pengepungan Madinah.[9] Tambahan pula Nadhir mengupah suku kaum Arab agar memerangi orang Islam. Bani Nadhir menambah 2,000 orang tentera dan 300 tentera berkuda daripada Bani Ghatafan kepada pasukan Gabungan yang mengepung Madinah, dengan menyogok mereka dengan separuh daripada hasil tanaman mereka.[10][11] dan dengan cara yang sama juga berjaya memujuk Bani Asad menyertai perang terhadap orang Islam Madinah.[12] Mereka cuba mendapatkan Bani Sulaim bagi menyerang Muslim akan tetapi suku itu hanya dapat memberi 700 orang tentera, kerana ada di kalangan orang besar Salaim yang menyenangi Islam; Bani Amir enggan menyertai ekspedisi terhadap Madinah kerana perjanjian mereka dengan Nabi Muhammad.[13] Apabila pertempuran bermula (Perang Ahzab), Huyaiy ibn Akhtab memujuk Bani Quraizah melanggar perjanjian dengan Nabi Muhammad dan memerangi orang Islam dari dalam kawasan Madinah.[14] Selepas kekalahan pihak Gabungan dalam pertempuran Ahzab serta penyerahan kalah Bani Quraizah, Huyaiy (yang pada masa itu berada di dalam kubu Quraizah) dihukum bunh bersama-sama orang lelaki Quraizah. Selepas kematian Huyaiy, Abu al-Rafi ibn Abi al-Huqaiq menjadi ketua Nadhir di Khaibar. Tidak lama kemudian Al-Huqaiq mengumpulkan orangnya bagi menentang Nabi Muhammad.[15][16] Al-Huqaiq dibunuh orang Islam selepas niatnya diketahui.[17]

Al-Huqaiq diganti oleh Usair ibn Zarim. Satu sumber[18] menyatakan bahawa Usair juga berjumpa Ghatafan dan timbul khabar angin mengatakan bahawa Usair berniat menyerang 'ibu negeri [Nabi] Muhammad'.

Nabi Muhammad menghantar Abdullah bin Rawaha beserta beberapa orang Sahabat termasuk Abdullah bin Unais, sekutu Bani Salima, satu kaum yang bermusuhan dengan Yahudi. Apabila kumpulan ini berjumpa Unais, mereka melayannya secara baik dan menjemputnya melawat Madinah. Mereka terus melayannya sehinggalah beliau bersetuju pergi ke Madinah dengan iringan beberapa orang Yahudi. Abdullah bin Unays memberi tunggangannya kepada Unais sehinggalah mereka sampai di al-Qarqara, lebih kurang 6 batu (9.7 km) dari Khaibar. Usair menukar fikiran dan enggan meneruskan perjalanan. Abdullah dapat meneka niatnya semasa Usair menghunus pedang, justeru Abdullah menyerbu Usair. Kesemua Sahabat menyerbu orang Yahudi dan membunuh kesemua 30 orang Yahudi kecuali seorang yang berjaya melarikan diri.[19] Abdullah bin Unays ialah Sahabat yang menawarkan diri bagi membunuh Sallam ibn Abu al-Huqaiq dari Bani Nadhir, yang berjaya beliau bunuh dalam misi malam terdahulu.

Ramai pengkaji sejarah menganggap daya helah dan kelakuan Yahudi yang gemar berkomplot sebagai penyebab pertempuran di Khaibar. Watt berpendapat daya helah serta penggunaan harta mereka bagi menghasut suku-suku di Arabia supaya menentang Nabi Muhammad memberi pihak Islam tiada pilihan melainkan menyerang Nadhir.[20] Vaglieri bersetuju dengan menyatakan bahawa salah satu sebab serangan terhadap Khaibar ialah penglibatan dan peranan Nadhir dalam Perang Ahzab.[5] Shibli Numani juga melihat kepada tindak-tanduk Nadhir semasa Perang Ahzab, terutamanya tindakan ketua Nadhir, Huyaiy ibn Akhtab, yang pergi ke Bani Quraizah semasa pertempuran berlangsung bagi mendapatkan kerjasama mereka menentang Nabi Muhammad.[15]

Perjanjian Hudaibiyah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Perjanjian Hudaibiyah

Pada tahun 628 M, orang Islam membuat perjanjian dengan pihak Quraisy semasa musim Haji.[21] Mahupun terdapat beberapa rungutan di kalangan pengikut Nabi Muhammad, perjanjian ini menamatkan peperangan antara Muslim dan musyrik Makkah. Namun, syarat-syarat Hudaibiyah dilihat oleh orang Islam biasa sebagai berat sebelah dan ini menjejaskan semangat mereka.[22]

Ada sarjana Barat berpendapat bahawa oleh sebab kewibawaan Nabi Muhammad tejejas oleh perdamaian Hudaibiyah, maka perlu satu tindakan yang dapat memulihkan keadaan. Justeru Perjanjian Hudaibiyah menjadi satu sebab mengapa Khaibar diserang – yakni serangan terhadap Yahudi dapat meningkat semangat orang Islam.[5][23][24][25]

Beberapa pengkaji beragama Islam pula berpendapat, sama dengan pendapat Watt, bahawa sifat angkuh Yahudi yang sentiasa mahu memerangi Nabi Muhammad menjadi penyebab Khaibar diserang. Orang Islam mencari persahbatan dan perdamaian dengan Yahudi yang mereka anggap sebagai 'Ahli Kitab'. Orang Islam mengharapkan penganut agama yang menolak penyembahan berhala akan membantu Islam memerangi Quraisy musyrik. Namun, usaha ini tidak berhasil dan sebaliknya Yahudi mengkhianati perjanjian yang mereka meterai dengan orang Islam. Menyedari kelakuan Yahudi yang gemar bermusuh, Nabi Muhammad beberapa kali menghantar perutusan yang memberi amaran kepada Yahudi agar menghentikan tindakan mereka.[26][27]

Keadaan politik[sunting | sunting sumber]

Apabila melihat bahawa peperangan dengan Nabi Muhammad sudah tidak dapat dielakkan, Yahudi Khaibar membuat perjanjian dengan Yahudi oasis Fadak. Mereka juga memujuk suku Bani Ghatafan menyertai mereka menetang orang Islam dengan menawarkan Ghatafan separuh daripada hasil tanaman mereka. Berbanding dengan kekuatan angkatan di utara mereka, tentera Nabi Muhammad tidak besar dan tidak kelihatan berdaya menyerang Khaibar dengan jaya. Justeru Yahudi Khaibar tidak melengkapkan diri mereka sepenuhnya untuk berperang. Seiring dengan pengetahuan bahawa tentera Nabi Muhammad kecil bilangannya serta memiliki kelengkapan perang yang mencukupi, ketiadaan ketua di kalangan Khaibar juga menyebabkan persiapan pertahanan diri sambil lewa yang dibuat Yahudi Khaibar. Mereka tiada pertahahan bersatu dan pertelingkahan yang belum berkesudahan antara beberapa keluarga di kalangan mereka juga menyumbang kepada kelemahan pertahanan Khaibar.[5] Bani Fazara, yang mempunyai pertalian saudara dengan Bani Ghatafan, juga menawarkan pertolongan selepas kegagalan rundingan mereka dengan pihak Muslim.[28]

Kegagalan Bani Ghatafan[sunting | sunting sumber]

Semasa pertempuran, pihak Muslim berjaya menghalang sekutu Khaibar, Bani Ghatafan (lebih kurang 4,000 orang) dari memperkuatkan angkatan Ghatafan. Watt, berpendapat bahawa khabar angin yang tentera Islam akan menyerang penempatan Ghatafan memainkan peranan dalam hal ini.[23][29] Mengikut sejarawan Islam, Imam al-Tabari, perhentian pertama Nabi Muhammad ialah di lembah al-Raji, yang terletak di antara Ghatafan dan Khaibar. Apabila mendengar berita tentang kedudukan orang Islam, pihak Ghatafan berkumpul dan berkelana bagi menunaikan janji mereka dengan Khaibar. Selepas sehari perjalanan, Ghatafan berfikiran yang mereka terdengar tentera Islam di belakang mereka dan berpusing balik demi mempertahankan keluarga dan harta mereka. Ini membuka jalan kepada tentera Nabi Muhammad.[30] Satu cerita lain pula mengisahkan bahawa suara misteri memberi amaran bahaya kepada mereka dan meyakinkan mereka agar pulang.[31]

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Orang Muslim bergerak menuju Khaibar pada bulan Mei 628 bersamaan Muharram 7 H[32]. Mengikut beberapa sumber, tentera Islam terdiri daripada 1,400 ke 1,800 orang dan antara 100 dan 200 ekor kuda. Beberapa wanita Muslim (termasuk Ummu Salamah) juga menyertai angkatan Islam dengan niat untuk merawat mereka yang tercedera.[33] Berbanding dengan angkata Khaibar yang mempunyai kekuatan seramai 10,000 orang tentera, kontinjen Muslim kecil; namun ini membawa beberapa kelebihan kepada pihak Muslim.

Bilangan relatif kecil ini membolehkan tentera Muslim bergerak dengan pantas dan senyap menghala ke Khaibar (mengambil masa hanya tiga hari)[34]), sekali gus mengejutkan kota itu. Ia juga membuat pasukan pertahanan Khaibar terlalu yakin.[35] Hasilnya, orang Yahudi gagal membuat pertahanan yang teratur dan setiap keluarga terpaksa mempertahankan kubu masing-masing tanpa mendapat bantuan daripada pihak kawan.[5][23] Perasaan terlalu yakin terhadap kebolehan tentera Muslim ini membenarkan Nabi Muhammad SAW menakluk dengan mudah setiap kubu satu persatu, dan dengan itu merampas makanan, persenjataan dan tanah semasa mara.[36] Seorang Muslim melaporkan: "Kami bertemu pekerja-pekerja Khaibar yang keluar pada waktu pagi bersama-sama penyodok dan bakul mereka. Apabila mereka ternampak Nabi dan tentera Islam, mereka berteriak, 'Muhammad dan tenteranya,' lalu terus pusing dan lari. Nabi berkata, 'Allah Akbar! Khaibar sudah musnah. Bila kita sampai di medan para penduduk nanti, ia akan menjadi pagi yang buruk bagi mereka yang telah diberi peringatan.'" [37]

Selepas satu pertempuran yang agak ganas di hadapan satu daripada kubu, pihak Yahudi mula mengelak daripada bertempur di tanah lapang. Sebahagian besar pertempuran terdiri daripada peraduan memanah dari jarak jauh. Pihak Muslim dapat merempuh kubu-kubu Yahudi sekurang-kurangnya sekali. Yahudi yang terkepung berjaya memindahkan orang dan harta mereka dari satu kubu ke kubu yang lain demi memperkukuhkan kedudukan mereka dengan bantuan kegelapan hari.[5]

Kedua-dua pihak, Muslim dan Yahudi, tidak bersedia untuk pengepungan yang berpanjangan, dan kedua-dua pihak kekurangan bekalan. Pihak Yahudi, yang pada awalnya amat yakin akan kekuatan mereka, gagal menyediakan bekalan, mahupun bekalan air yang dapat menampung pengepungan pendek.[38]

Serbuan terhadap al-Qamus[sunting | sunting sumber]

Selepas kubu-kubu di al-Natat dan al-Shiqq ditawan, hanya tinggal kubu terakhir dan yang paling kuat dipertahan yang digelar al-Qamus. Kepungan terhadap kubu ini dilaksanakan selama antara 13 dan 19 hari.[36]

Beberapa cubaan oleh orang Islam untuk menawan kubu kuat ini melalui pertempuran satu lawan satu gagal.[39] Cubaan pertama dibuat oleh Abu Bakar. Beliau mengambil panji-panji Nabi Muhammad akan tetapi gagal menewaskan musuh. Saidina Umar, yang beriya-iya untuk menunjukkan kegagahannya, mengambil panji-panji Nabi Muhammad dan bertempur dengan lebih bertenaga daripada Saidina Abu Bakar tetapi juga gagal. Pada malam hari, Nabi Muhammad berkata, "Dengan nama Allah, esok akan ku berikannya (panji) kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasulnya, yang dikasihi Allah dan Rasulnya dan yang akan mengambilnya dengan penuh ketaatan." Pada keesokan hari, kaum Quraisy bertelagah sesama sendiri tentang siapa yang akan membawa panji-panji, akan tetapi Nabi Muhammad memanggil Saidina Ali bin Abi Talib.[40] Sepanjang pertempuran, Saidina Ali, menantu dan sepupu Nabi Muhammad, tidak sihat dan tidak mengambil bahagian dalam percubaan-percubaan terdahulu. Saidina Ali datang kepada Nabi Muhammad, mengubati penyakit bengkak mata yang dialami Saidina Ali dengan menyapu air liur baginda pada mata Saidina Ali. Dengan tenaga baharu, Saidina Ali keluar bertemu musuh sambil membawa panji-panji Nabi. Apabila sampai di Kubu Qamus, beliau ditemui di get oleh Marhab, seorang pembesar Yahudi yang berpengalaman dalam peperangangan. Marhab berkata,

Khaibar amat mengenali Marhab

senjatanya tajam, pendekar teruji.

Kadang kala ku terjah dengan lembing; ada kalanya dengan pedang,

apabila singa mara dengan perasaan berang.[41]

Kedua-dua perajurit itu bertempur, dan selepas hentaman kedua, Saidina Ali merekahkan topi besi Marhab sambil membelah kepala Marhab sehingga pedangnya sampai ke gigi musuh.[42] Berikutan kemenangan ini, pertempuran pun bermula dan Saidina Ali bergerak menghampiri kubu musuh. Semasa pertempuran, Saidina Ali kehilangan perisainya. Sebagai ganti, beliau mengambil sebuah pintu dan menggunakan ia sebagai perisai. Apabila tiba masanya untuk menyerbu kubu, beliau menggunakan pintu itu sebagai jambatan untuk dugunakan oleh tenteranya bagi menyerbu masuk ke dalam kubu dan seterusnya menawan pertahanan terakhir. Dikatakan bahawa pintu itu amat berat dan memerlukan lapan orang untuk memikulnya dan memasangnya kembali pada engselnya.[31]"Rasul menghidupkan semula iman (pengikutnya) dengan teladan Ali, yang diberikannya gelaran Singa Allah."[43]


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 http://www.islamstory.com/غزوة-خيبر-1-2
  2. 2.0 2.1 Lings (1983), p. 264
  3. Lings (1983), p. 255-6
  4. "Ali". Encyclopædia Britannica Online. 
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 Veccia Vaglieri, L. "Khaybar", Encyclopaedia of Islam
  6. Stillman 19
  7. Stillman 18–19
  8. Lewis 10
  9. Stillman 14, 16-17
  10. Watt, Muhammad at Medina, p. 34-37.
  11. Nomani, Sirat al-Nabi, p. 368-370.
  12. al-Halabi, Sirat-i-Halbiyyah (Vol. II, part 12), p. 19.
  13. Lings, Muhammad: his life based on the earliest sources, p. 215-6.
  14. Peterson, Muhammad: the prophet of God, p. 127.
  15. 15.0 15.1 Nomani (1979), vol. II, pg. 156
  16. Urwa, Fath al-Bari, Vol. VII, pg. 363
  17. Stillman 17
  18. Zurqani, Ala al-Mawahib, Vol. II, p.196, Egypt
  19. Ibn Ishaq, A. Guillaume, p. 665-666
  20. Watt 189
  21. Lings (1987), p. 249
  22. Ehlert, Trude."Muhammad", Encyclopaedia of Islam
  23. 23.0 23.1 23.2 Stillman 18
  24. Watt 188–189
  25. Lewis Arabs in History 43
  26. Bashier, ms 205-206
  27. Martin Lings, Muhammad, his Life Based on Earliest Sources, Suhail Academy, Lahore 2005, ms 263 ISBN 969-519-088-X
  28. Nomani (1979), vol. II, pg. 159
  29. Watt (1956), pg. 93
  30. al-Tabari (1997). The History of al-Tabari: The Victory of Islam. Albany : State University Of New York. m/s. 116. 
  31. 31.0 31.1 P. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel, W.P. Heinrichs, Editors. "Khaybar". Encyclopaedia of Islam, Second Edition. Brill Online. http://referenceworks.brillonline.com/entries/encyclopaedia-of-islam-2/khaybar-COM_0503?s.num=0&s.q=Khaybar. Capaian April 18, 2012. 
  32. Watt 1956, pg. 341
  33. Nomani (1979), vol. II, pg. 162
  34. Haykal, Muhammad Husayn. Ch. "The Campaign of Khaybar and Missions to Kings". The Life of Muhammad. Shorouk International, 1983.
  35. Lings (1983), pg. 263
  36. 36.0 36.1 al-Tabari (1997). The History of al-Tabari: The Victory of Islam. Albany : State University Of New York. m/s. 117. 
  37. Spencer, Robert (14). "'Khaybar, Khaybar, O Jews.'". Human Events 62 (27): p12-12. http://fulla.augustana.edu:2057/ehost/detail?vid=4&hid=123&sid=ccf18ebb-ddd6-48de-b246-4bc9f98a2c7b%40sessionmgr112&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGl2ZQ%3d%3d#db=aph&AN=21975886. 
  38. Watt (1956), pg. 219
  39. Watt (1956), pg. 218
  40. al-Tabari (1997). The History of al-Tabari: The Victory of Islam. Albany : State University Of New York. m/s. 119–121. 
  41. al-Tabari (1997). The History of al-Tabari: The Victory of Islam. Albany : State University Of New York. m/s. 120. 
  42. al-Tabari (1997). The History of al-Tabari: The Victory of Islam. Albany : State University Of New York. m/s. 121. 
  43. Gibbon, D&F of Roman Empire Vol V. page 365

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Ensiklopedia


Pautan luar[sunting | sunting sumber]