Ibrahim al Qosi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ibrahim Ahmed Mahmoud al Qosi
Born: 03 Julai 1960 (54 tahun)
Khartoum, Sudan
Detained at: Guantanamo
ID number: 54
Conviction(s): One of the ten captives to originally face charges before a military commission.

Ibrahim Ahmed Mahmoud al Qosi (lahir 3 Julai 1960 di Khartoum , Sudan.) adalah rakyat Sudan dituduh membantu pertubuhan pengganas al-Qaeda Dia ditangkap pada Disember 2001 di Afghanistan semasa Amerika Syarikat menyerang Afghanistan bagi memburu Osama Bin Laden . Sejak itu ditahan tanpa sebarang perbicaraan di mahkamah di Teluk Guantanamo , Cuba.No tahanannya ialah 54.

Sehingga 10, 2009, Ibrahim Ahmed Mahmoud al Qosi telah ditahan di Teluk Guantanamo selama tujuh tahun , 11 bulan. Pentagon menuduhnya mengaku memberikan sokongan logistik kepada al-Qaeda, walaupun tahu kumpulan itu terlibat dengan keganasan. Mejar Tanya Bradsher menyatakan al Qosi mengaku bersalah dalam perjanjian rayuan, namun mungkin dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Pendakwa raya dan peguam bela tidak mendedahkan butiran perjanjian itu termasuk had hukuman penjara.

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2010, selepas merengkok 7 tahun , akhirnya beliau terpaksa / dipaksa mengaku bersalah di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo kerana menyokong keganasan dan konspirasi. Peranannya hanyalah bekas tukang masak Osama bin Laden satu kesalahan jenayah besar bagi Amerika Syarikat. Al Qosi mengaku menyokong al-Qaeda sejak 1996 dan mengikuti Osama ke Afghanistan. Dia bekerja sebagai tukang masak di satu kawasan di Jalalabad dan dilantik menjadi ketua penyimpan kira-kira dan logistik.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pernah berjanji menutup penjara Teluk Guantanamo tetapi Kongres tidak setuju tahanan dipindahkan ke Amerika Syarikat . Kongres bimbang AS pula menjadi sasaran serangan berani mati sebagaimana nasib 9/11.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]