Ichitaro (pemproses perkataan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ichitaro
Fail:Ichitaro 2006 screenshot.jpg
PembangunJustSystems
Keluaran stabil
Ichitaro 2019 (29.0) / 8 February 2019
Sistem pengendalianMicrosoft Windows
Jenispemproses perkataan
Lesenhak milik
Tapak webwww.ichitaro.com

Ichitaro (Jepun: 一太郎, Hepburn: ichitarō) adalah sebuah perisian pemproses perkataan Jepun yang dibangunkan oleh syarikat JustSystems, sebuah syarikat pembangun perisian Jepun. Ichitaro merupakan pemegang pasaran perisian pemprosesan perkataan yang kedua terbesar di Jepun selain perisian Microsoft Word. Ianya merupakan salah satu produk utama untuk syarikat Justsystems. Nama untuk jenis fail khusus untuk perisian ini adalah ".JTD". Aplikasi ATOK (sebuah sistem yang memberi padanan huruf Kanji berdasarkan input fonetik) dan IME (sebuah sistem yang membolehkan huruf hiragana dan katakan boleh ditulis melalui input fonetik) juga dibangunkan oleh JustSystems dan disertakan sekali dengan perisian Ichitaro.


Semasa era teknologi DOS, Ichitaro mempunyai bahagian pasaran yang besar bersama-sama pesaing lain. Walau bagaimanapun, apabila syarikat Windows menjadi perisian yang dominan dalam industri komputer, sebahagian besar pasaran pemprosesan perkataan telah diambil alih oleh perisian Microsoft Word . [1]

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Nama " Taro (Jepun: 太郎) " diberikan oleh Kazunori Ukigawa (Jepun: 浮川 和宣) , salah seorang pengasas syarikat JustSystems. Semasa dia bekerja sambilan sebagai tutor, salah satu nama pelajarnya ialah Taro. Taro telah meninggal dunia kerana sakit ketika Kazunori bekerja di syarikat itu. Nama Taro juga merupakan nama yang biasa di Jepun dan selalu digunakan untuk nama anak lelaki sulung. [2] Walaubagaimanapun, Sanyo Electric sudah mempunyai hak tanda dagangan bagi nama itu, [3] maka JustSystems hanya menambah perkataan " Ichi (Jepun: ) " di bahagian awal nama kerana mereka berharap perisian itu akan menjadi perisian yang terbaik. [4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Syarikat JustSystems diasaskan pada Julai tahun 1979 oleh Hatsuko (Jepun: 初子) dan Kazunori Ukigawa, dan telah diperbadankan pada Jun tahun 1981. Kazunori pernah bekerja di sebuah anak syarikat Toshiba, dan dia berminat dalam pengkomputeran bahasa Jepun. Toshiba pernah mengeluarkan JW-10 [ja] (sebuah model komputer) pada Februari tahun 1979 sekali dengan pemproses perkataan pertama untuk bahasa Jepun. Walaubagaimanapun, penjualan perisian tersebut lebih kurang daripada penjualan komputer mereka. Dia mengasaskan syarikat itu pada mulanya sebagai syarikat pengedar komputer, dan mereka mula menjual perisian bahasa Jepun. Selepas keluaran model PC-8801, mereka membangunkan perisian invois untuknya, yang mencetak anggaran dan invois di dalam bahasa Jepun. Mereka mempamerkan perisian mereka di sebuah pameran perdagangan, dan menerima respons yang positif. [2]

Semasa mereka menghubungi ASCII Microsoft tentang bayaran lesen penggunaan pengkompil BASIC dalam perisian pengurusan ladang mereka, ASCII baru sahaja mengetahui mengenai JustSystem dan produk perisian Jepun mereka. ASCII kemudian meminta JustSystems untuk membangunkan perisian pemproses perkataan Jepun untuk model komputer PC-100 mereka. Ia dikeluarkan sebagai perisian JS-WORD pada tahun 1983. Perkembangan perisian ini diikuti JS-WORD 2.0 yang dialihkan untuk model PC-9801 . Kedua-duanya diterbitkan oleh ASCII di bawah nama syarikat mereka. JS-WORD menampilkan sokongan tetikus dan antara muka (interface) berasaskan ikon grafik, akan tetapi fungsi ini menghasilkan prestasi perisian yang lemah. [5] jX-WORD untuk IBM JX telah dikeluarkan dan pada tahun 1985, jX-WORD Taro telah dikeluarkan untuk PC-9801. jX-WORD Taro berharga 58,000 yen, yang merupakan harga pertengahan antara perisian pemproses perkataan Jepun, dan terjual sebanyak 9,700 salinan. [2] [6]

Penguasaan dalam pasaran PC Jepun[sunting | sunting sumber]

Ichitaro Ver.3 untuk PC-98

Pada tahun yang sama, perisian Ichitaro telah dipasarkan sebagai pengganti kepada siri perisian jX-WORD. Cakera sistem Ichitaro mengandungi ATOK 4 dan versi masa jalan (runtime) MS-DOS 2.11. Hal ini membenarkan pengguna menggunakan aplikasi MS-DOS lain dengan sokongan bahasa Jepun. [6] Pesaing terbesar untuk pasaran ini ialah perisian Matsu (Jepun: ) yang dikeluarkan pada tahun 1983 oleh Kanri Kougaku Kenkyujo (Jepun: 管理工学研究所) . Matsu mempunyai prestasi kelajuan yang lebih laju daripada Ichitaro sebab perisian tersebut ditulis dalam bahasa himpunan dan dijalankan secara asli pada PC-9801. Akan tetapi kaedah input Jepun untuk perisian Matsu tidak boleh digunakan untuk aplikasi lain. Manakala Ichitaro mempunyai banyak pilihan tetapan taip daripada Matsu. Matsu juga beharga lebih mahal iaitu berharga pada 128,000 yen sebelum Ichitaro dipasarkan. [7]

Versi pertama Ichitaro telah terjual sebanyak 29,000 salinan. Ichitaro Ver.2 telah terjual sebanyak 80,000 salinan. Ichitaro Ver.3 ialah versi pertama yang dialihkan untuk platform DOS Jepun yang lain. Ia telah terjual lebih daripada 300,000 salinan sehingga tahun 1991. Jumlah jualan Ichitaro mencecah satu juta pada November tahun 1991. [6] Bertentangan dengan pasaran komputer peribadi Jepun yang berkembang menjadi pemula, Matsu berorientasikan untuk pengguna kuasa (power user), jadi Ichitaro menjadi pemegang pasaran yang pertama untuk perisian ini pada era tersebut. [7]

Ichitaro Ver.4 telah dikeluarkan pada April tahun 1989. Ia mempunyai persekitaran operasi proprietari yang dipanggil Just Window (Jepun: ジャストウィンドウ) , seperti Lotus Symphony . Tiga lagi versi kecil untuk Ichitaro Ver 4 dikeluarkan selepas itu kerana perisian tersebut mempunyai pelbagai masalah pepijat. Versi yang stabil ialah versi 4.3 yang dikeluarkan pada Disember tahun 1989. [2] [8] ATOK versi 7 telah digabungkan dengan Ichitaro versi 4, dan boleh didapati sebagai produk kendiri pada tahun 1992. [9]

Ketibaan Microsoft Word[sunting | sunting sumber]

Microsoft mengeluarkan perisian Microsoft Word versi Jepun pertama untuk Windows pada tahun 1991. Empat tahun kemudian Ichitaro versi 5 dikeluarkan untuk platform DOS Jepun pada April tahun 1993. Pada bulan berikutnya, Microsoft mengeluarkan Windows 3.1 Jepun dan Microsoft Office versi Jepun pertama, hal ini termasuk perisian Word 5.0 dan perisian Excel 4.0 di dalam bahasa Jepun. [10] Perisian ini terjual sebanyak 200,000 salinan sebulan pada akhir tahun 1994. [11] Manakala JustSystems hampir tidak sempat menyelesaikan penyesuaian perisian Ichitaro untuk komputer Windows pada Disember tahun 1993, [12] tetapi Microsoft telah berjaya mengambil alih pasaran yang dikuasai oleh Ichitaro dan Lotus 1-2-3 .

Yang mana satu anda gunakan: Microsoft atau Ichitaro? (1997)
Microsoft Word
  
64%
Ichitaro
  
35%
Keputusan kaji selidik, Impress PC Watch[13]

Sehingga tahun 1997, laman web media Jepun melaporkan bahawa 64 % pembaca menggunakan perisian Microsoft Word, dan antara sebab utamanya ialah mereka menggunakannya di pejabat dan sekolah. Manakala 35 % yang selebihnya menggunakan perisian Ichitaro, dan sebab utama ialah kerana terdapat aplikasi IME dan ATOK untuk penulisan dalam bahasa Jepun. [13]

Pada tahun 1998, Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun memaklumkan kepada syarikat Microsoft tentang strategi perniagaan mereka yang tidak adil kerana mereka memaksa pengeluar komputer peribadi untuk mempakejkan sekali dengan perisian Excel dan perisian Word, sekaligus menghalang permintaan mempakejkan perisian Excel dan Ichitaro. [14]

Ichitaro Ver.5 telah dialihkan ke komputer Macintosh dan ke OS/2 . Pada Mei tahun 2003, Ichitaro untuk versi Linux telah diumumkan. Versi padat, "Ichitaro dash" dan "Ichitaro lite" dihasilkan untuk PC komputer riba . Ichitaro untuk kegunaan pejabat juga tersedia dan dinamakan "Just home". Syarikat JustSystems juga mengeluarkan pelbagai versi Ichitaro untuk pelajar; "Ichitaro smile" disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan "Ichitaro jump" kepada pelajar sekolah menengah dan menengah.

Pada 1 Februari tahun 2005, jualan dan pengeluaran perisian Ichitaro telah dibekukan sementara menunggu keputusan rayuan oleh syarikat JustSystems terhadap keputusan Mahkamah Daerah Tokyo. Mahkamah tersebut mendakwa JustSystems telah membuat pelanggaran paten yang dimiliki oleh syarikat Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. [15] Walaubagaimanapun, pada 30 September tahun 2005, Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun, yang baru ditubuhkan pada April tahun yang sama, telah meluluskan rayuan JustSystems. Oleh kerana penghakiman ini menjadi keputusan muktamad pada Oktober tahun 2005, keputusan asal mengenai pelanggaran paten yang dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah Tokyo telah dibatalkan. [16]

Pada tahun 2009, JustSystems menjadi anak syarikat Keyence . Pada 2010-an, mereka memberi tumpuan kepada perisian pendidikan, perisian surat-menyurat dan perisian berkaitan perusahaan. Pada masa yang sama perisian Ichitaro dan ATOK versi baharu terus dibangunkan. [17]

Versi[sunting | sunting sumber]

Versi Tarikh Tayangan Nota
JS-WORD Oktober 1983 Untuk PC-100, diterbitkan oleh ASCII di bawah nama mereka
JS-WORD 2.0 Mei 1984 Untuk siri PC-9800, diterbitkan oleh ASCII
jX-WORD Disember 1984 Untuk siri IBM JX
jX-WORD Taro Februari 1985 Untuk siri PC-9800
1 28 Ogos 1985 Benarkan penggunaan ATOK daripada aplikasi lain
2 Mei 1986
3 Jun 1987 Tiada perlindungan salinan cakera daripada versi ini [6]
4 April 1989 Tiga versi kecil wujud, 4.1, 4.2, dan 4.3 [8]
5 April 1993 Versi Mac dikeluarkan pada Julai 1995
6 Januari 1995 Versi 6.3 (Ogos 1995) termasuk sambungan internet
7 September 1996 Windows 95 . Menggugurkan sokongan untuk Windows 3.1
8 Februari 1997
9 September 1998 Semua versi dari sini menggunakan sambungan .jtd
10 September 1999
11 Februari 2001
12 Februari 2002 Menggugurkan sokongan untuk Windows 95
13 Februari 2003
14 Februari 2004 Ichitaro 2004
15 Februari 2005 Ichitaro 2005
16 Februari 2006 Ichitaro 2006
17 9 Februari 2007 Ichitaro 2007. Menggugurkan sokongan untuk Windows 98 dan Me
18 8 Februari 2008 Ichitaro 2008
19 6 Februari 2009 Ichitaro 2009. Windows 7
20 5 Februari 2010 Ichitaro 2010. Menggugurkan sokongan untuk Windows 2000
21 10 Februari 2011 Ichitaro 2011 (Jepun: )
22 10 Februari 2012 Ichitaro 2012 Shō (Jepun: )
23 8 Februari 2013 Ichitaro 2013 Gen (Jepun: ) . [18] Pengaktifan DRM dilaksanakan [19]
24 7 Februari 2014 Ichitaro 2014 Tetsu (Jepun: )
25 6 Februari 2015 Ichitaro 2015. Menggugurkan sokongan untuk Windows XP
26 5 Februari 2016 Ichitaro 2016
27 3 Februari 2017 Ichitaro 2017. Menggugurkan sokongan untuk Windows Vista
28 9 Februari 2018 Ichitaro 2018
29 8 Februari 2019 Ichitaro 2019

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, syarikat Antivirus Symantec telah mendedahkan bahawa perisian Ichitaro berpotensi untuk disasarkan oleh program kuda trojan . [20] Mereka mendakwa sekumpulan penggodam dari China dipersalahkan secara meluas atas kejadian itu. [21]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Perisian Office Open XML
  • Perisian OpenDocument

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Yomiuri Shimbun, pp.9 Tokyo morning edition, 8 April 1998.
  2. ^ a b c d "「一太郎」が知っているPC-9801シリーズの軌跡". 蘇るPC-9801伝説 永久保存版 第1弾 (dalam bahasa Jepun). ASCII. 2004. m/s. 87–92. ISBN 4-7561-4419-5.
  3. ^ 関口, 和一 (2000). ""一太郎の産声"". パソコン革命の旗手たち. Nihon Keizai Shimbun (diterbitkan 2000-03-06). m/s. 118-123. ISBN 4-532-16331-5.
  4. ^ "一太郎Web:一太郎ヒストリー 一太郎". 一太郎Web. JustSystems. 2010-09-01. Dicapai pada 2019-03-31.
  5. ^ 国友, 正彦 (1989). "最新日本語入力FP対決 ATOK 7 VS VJE-β Ver.2.1". ASCII (dalam bahasa Jepun). 13 (9): 249–256. ISSN 0386-5428.
  6. ^ a b c d "一太郎累計出荷本数". マイコン. 電波新聞社. 16 (2): 159. 1992. ISSN 0387-9593.
  7. ^ a b 片貝, 孝夫; 平川, 敬子 (1988). "日本語ワードプロセッサの歴史". パソコン驚異の10年史―その誕生から近未来まで (dalam bahasa Jepun). Kodansha. m/s. 55–85. ISBN 4-06-132721-6.
  8. ^ a b "一太郎Web:一太郎ヒストリー 一太郎Ver.4". 一太郎Web. JustSystems. 2010-09-01. Dicapai pada 2019-03-31.
  9. ^ "先進の日本語システム「ATOK」の進化". JustSystems. 1998-10-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 1999. Dicapai pada 2019-04-22.
  10. ^ "マイクロソフト、ウィンドウズ3.1対応ソフト―パッケージを投入". Nikkei Sangyo Shimbun. 1993-06-17. m/s. 6.
  11. ^ "マイクロソフト、「オフィス」「ワード」増産―倍の月20万本に。". Nikkei Sangyo Shimbun. 1994-10-18. m/s. 6.
  12. ^ "ジャストシステムが日本語Windows3.1用の一太郎を発表". ASCII. 17 (11). 1993. ISSN 0386-5428.
  13. ^ a b "プレゼント付き読者アンケート第16回「対決!?一太郎 VS Microsoft Word」集計結果発表". Impress PC Watch. 1997-03-26. Dicapai pada 2019-04-24.
  14. ^ "公正取引委員会、マイクロソフトへの勧告内容をPDFファイルで公開". Impress PC watch. 1998-11-24. Dicapai pada 2019-03-31.
  15. ^ The Yomiuri Shimbun, pp.1 Tokyo morning edition, 2 February 2005.
  16. ^ The decision of case 2005 (Ne) 10040, Intellectual Property High Court of Japan - 30 September 2005
  17. ^ 島, 大輔 (2017-03-05). "あのジャストシステムが大変貌を遂げていた―今や収益柱は「一太郎」「ATOK」ではない". Toyo Keizai. Dicapai pada 2019-03-31.
  18. ^ "ニュースリリース 2012.12.04 書き手の感性を刺激し、より深みのある表現へと導く「一太郎2013 玄」を来年2月8日(金)より発売". JustSystems. 2012-12-04. Dicapai pada 2019-03-31.
  19. ^ "ネットジャパン製品 FAQ - powered by phpMyFAQ 1.4.11". NetJapan. 2013-05-21. Dicapai pada 2019-03-31.
  20. ^ Symantec: "Yet Another Zero-Day: Japan Hit with Ichitaro Vulnerability", 14 November 2013. Accessed 3 March 2014
  21. ^ "New York Times hackers linked to Japan Ichitaro attacks", The Register, 18 November 2013. Accessed 3 March 2014

Pautan luar[sunting | sunting sumber]