Iran Air Penerbangan 655

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Iran Air Penerbangan 655 (IR 655) merupakan sebuah penerbangan berjadual oleh Iran Air dari Tehran menuju Dubai, via Bandar Abbas. Pesawat tersebut ditembak jatuh di Teluk parsi oleh peluru berpandu Amerika Syarikat yang ditembakkan oleh kapal peneroka USS Vincennes. Kapal perang AS tersebut salah mengenal pesawat tersebut sebagai pesawat tempur F-14 Tomcat Iran (F-14 Tomcat hanya dioperasikan 2 negara, iaitu AS dan Iran). Insiden ini hingga hari ini terus menjadi masalah bagi hubungan Iran dan Amerika Syarikat, yang sudah pasca Revolusi Islam Iran 1979. Kerajaan Iran sehingga sekarang mendakwa USS Vincennes sengaja menembak jatuh pesawat tersebut. Sementara Amerika Syarikat pasca insiden tersebut menyatakan penyesalan atas insiden tersebut, tetapi belum pernah menyatakan bertanggung jawab secara rasmi, membayar ganti rugi mahupun meminta maaf secara rasmi kepada Iran sehingga hari ini.

Iran Air Penerbangan 655
Pesawat Iran Air A300B2-200 serupa dengan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu. (berdaftar EP-IBT)
Ditembak jatuh
Tarikh3 Juli 1988
RingkasanMenembak pesawat, serangan peluru berpandu
Tapak kejadianSelat Hormuz, Teluk Parsi
Pesawat
Jenis pesawatAirbus A300B2-203
PengendaliIran Air
Kod pendaftaranEP-IBU
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad
Tehran, Iran
Perhentian terakhirLapangan Terbang Antarabangsa Bandar Abbass
Bandar Abbas, Iran
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Dubai
Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Penumpang274
Anak kapal16
Kematian290 (kesemuanya)
Terselamat0

Kemalangan tersebut menewaskan seluruh penumpang dan awaknya yang berjumlah 290 orang (termasuk 38 warga negara asing asal Emiriah Arab Bersatu, India, Pakistan, Itali, dan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia, dan juga 66 kanak-kanak) dan merupakan kemalangan terbesar dalam sejarah penerbangan dunia pada tahun 1988. Peristiwa ini juga merupakan kemalangan pesawat dengan jumlah mangsa terbesar yang melibatkan Airbus A300.

Hingga kini, Iran Air masih tetap menggunakan nombor penerbangan IR655 untuk penerbangan Tehran-Dubai sebagai peringatan terhadap penumpang yang terkorban dalam kemalangan.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]