Jéssica Pauletto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jéssica Pauletto
Kelahiran
Jéssica Pauletto

(1990-04-19) 19 April 1990 (umur 33)[1]
Brazil, Rio Grande do Sul, Bento Gonçalves
Warganegara Brazil
PekerjaanPeragawan
Tahun aktif2005-sekarang
Majikan
Kampung asalBento Gonçalves (Brazil)

Jéssica Pauletto (dilahirkam pada 19 April 1990) dan seorang Peragawan berasal daripada Brazil. Ketinggian beliau ialah 178 cm[1].

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jéssica Pauletto dilahirkan di bandar "Bento Gonçalves", didalam wilayah Rio Grande do Sul, 125 km daripada Porto Alegre[1]. Keluarganya berasal daripada daerah Veneto, iaitu di Itali.

Seperti model-model lain daripada Rio Grande do Sul termasuk Alessandra Ambrósio, Gisele Bündchen dan Caroline Trentini, Jéssica Pauletto memulakan karier peragawan dari sekolah model Dilson Stein. Jéssica memasuki Agency Marilyn[2] di São Paulo pada hujung tahun 2004 dan dalam masa setahun beliau sudah menjadi peragawan yang laris. Pada Januari 2005 beliau mengambil bahagian dalam "São Paulo Fashion Week" (SPFW)[3], dan beliau mengambil bahagian di edisi pertama pertandingan "Dream Tim"[4] dan beliau telah di lantik sebagai "muka baru" ("new face"). Semasa SPFW beliau telah memperagakan untuk 29 pereka fesyen yang berlainan. Semasa musim dingin 2005 Jéssica mengambil bahagian dalam "Rio Fashion Week", dan menjadi "peragawan terbaik" ("best model"). Selepas itu beliau ke New York dan menetap disana.

Pada 2006 beliau ke Jepun untuk beberapa bulan, dan bekerja dengan L'Oréal Jepuna, Elle, Elle Girl, dan untuk katalog Jepun gedung serbaneka Isetan (Jepun: 伊勢丹 ). Pada tahun 2006, majalah Folha mencaratkan Jéssica Pauletto sebagai Peragawan ke-25 paling terkenal di Brazil.[5]

Jéssica telah muncul dalam editorial magazine, termasuk[1]:

  • Vogue (Brazil) (dua kali)
  • Vogue Teen
  • Elle (Argentina)
  • Elle Girl
  • Glamour (Itali)
  • Marie Claire (dua kali)
  • Simples Magazine
  • SPFW Review

Beliau telah menjadi model utama dalam banyak iklan pereka fesyen brazil, termasuk[1]:

Beliau telah menjadi model bagi katalog pereka fesyen brazil Maria Bonita[11], dan beliau telah menjadi model foto bagi juru foto Brazil berikut[1]:

  • Jacques Dequeker
  • Miro
  • André Schiliró
  • Marcelo Nunes
  • Cristiano Pio de Almeida

Pada 2007 Jéssica mengambil cuti selama satu tahun kerana masalah kesihatan. Tetapi beliau muncul semula lebih cantik pada 2008 "SPFW dingin" (Winter SPFW) dimana beliau memperagakan untuk satu dozen syarikat fesyen, termasuk Iodice, Triton, Giselle Nasser dan Amapô. Kemudian beliau ke Jepun sekali lagi. Pada tahun 2010, dia bekerja dengan ANC Agency di Hamburg, Jerman.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Profile of Jéssica Pauletto (Portugis)". FolhaOnline. 18.7.2006. Dicapai pada 3.2.2011. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  2. ^ Marilyn Agency telah tukar nama dan sekarang di kenali Way Agency.
  3. ^ SPFW di adakan dua kali setiap tahun pada Januari/Februari dan Jun/Julai. Ia di anggap satu acara fesyen yang amat besar dan penting di Amerika Latin. Laman web SPWF Diarkibkan 2016-10-16 di Wayback Machine (Portugis).
  4. ^ Dream Tim adalah satu pertandingan modeling yang di taja oleh syarikat telefon celular TIM dan dianjurkan oleh SPFW.
  5. ^ "Folha Online publica perfis das 25 tops mais famosas do Brasil (Portugis)". FolhaOnline. 6.7.2006. Dicapai pada 3.2.2011. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ Laman Arezzo (Portugis).
  7. ^ Laman Triton (Portugis).
  8. ^ Laman Vide Bula Diarkibkan 2018-09-04 di Wayback Machine (Portugis).
  9. ^ Laman Lucy in the Sky Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine (Portugis).
  10. ^ Laman Saad Diarkibkan 2018-03-14 di Wayback Machine (Portugis).
  11. ^ Laman Maria Bonita (Portugis).