Jeff Ooi Chuan Aun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Jelutong
 Jeff Ooi Chuan Aun
Jeff Ooi Chuan Aun

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Jelutong,George Town
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
Mac 2008
Didahului oleh Lee Kah Choon
Majoriti 16,246

Kerakyatan Malaysia
Parti politik MalaysiaDAP - Pakatan Rakyat
Pekerjaan MalaysiaAhli Parlimen
Agama Buddha
Laman web Screenshots


Ooi Chuan Aun[1] (Bahasa Cina: 黄泉安; pinyin: Huáng Quán'ān) (lahir c. 1956[2]), lebih dikenali sebagai Jeff Ooi, ialah seorang perunding IT, penulis blog, jurufoto dan ahli politik Malaysia kelahiran Kedah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan Internet[sunting | sunting sumber]

Ooi menulis sebuah blog popular bertajuk "Screenshots..." sejak 2 Januari 2003. Blog tersebut meliputi isu-isu semasa berkenaan Malaysia, terutamanya politik. Adakalanya, blog tersebut juga menyentuh berita antarabangsa dan fotografi.

Blog Ooi ini digelar "Blog Paling Berpengaruh di Malaysia" oleh penerbitan berita Internet popular Malaysiakini. Antara 6 dan 10 Mac 2006, Ooi mengakui jumlah data yang dimuat turun oleh pengunjung blognya mencecah 50.58 gigabait. [3] Pada tahun 2005, Screenshots memenangi kategori Asia Freedom Blogs Awards yang dikurniakan pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan.[4]

Ooi juga mengelola sebuah forum fotografi bernama Lensa Malaysia, yang menerima 200,000 tatapan halaman sebulan. Beliau juga merupakan pengasas dan pentadbir forum komuniti USJ dan Subang Jaya, iaitu usj.com.my, serta membuka blog Lemak Lemang di laman web teknologi CNET.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, akhbar bahasa Inggeris tempatan The Star melaporkan bahawa Ooi merupakan salah seorang penulis blog tempatan yang sedang dijemput oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bertanding merebut jawatan awam. Pada masa itu, Ooi ialah seorang ahli Gerakan Rakyat Malaysia, salah sebuah parti utama dalam kerajaan gabungan Barisan Nasional, dan menyatakan bahawa "pada masa ini masih terlalu awal" untuk beliau menimbang untuk bergiat dalam politik.[5] Pada tahun 2007, The Star melaporkan bahawa beliau bakal menyertai DAP dan bertanding dalam pilihan raya umum.[6] Akhirnya beliau menyertai DAP pada 31 Julai 2007.[7] Ooi bertanding sebagai calon DAP pada pilihan raya umum tahun 2008 untuk merebut kerusi di Jelutong, Pulau Pinang.[8][9], dan beliau menang dengan majoriti 16246 undian.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kerusi parlimen Undian Majoriti Jumlah pengundi Lawan Kehadiran
2008 P50 Jelutong 30493 16246 46406 Thor Teong Gee (BN - Gerakan)
Badrul Zaman bin P.S. Md Zakariah (Bebas)
75.85%

Tuntutan mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2007, Ooi, bersama Ahirudin Attan, dikenakan tuntutan mahkamah oleh New Straits Times Press.[10] Mahkamah mengarahkan Ooi menanggalkan lebih 10 catatan dalam blognya yang didakwa NSTP sebagai mengandungi libel pada 17 Januari. Ooi dilarang menerbitkan semula catatan-catatan berkenaan dalam blognya atau mana-mana di Internet sehingga NSTP melupuskan tuntutan mahkamahnya. Tuntutan mahkamah terhadap kandungan blog ini adalah yang julung kali berlaku di Malaysia.[11] Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakan undang-undang terhadap Ooi, dengan menyatakan bahawa Internet tidak terkecuali daripada undang-undang fitnah.[12] Tuntuan mahkamah ini telah mencetuskan kempen Bloggers United yang bertujuan membela penulis blog dan kebebasan bersuara, sementara Ooi dan Ahirudin memilih untuk membela diri di mahkamah. Situasi ini melahirkan banyak liputan mengenai blog Malaysia dalam akhbar.

Saman daripada Mohd. Razali Abdullah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 2010,Mohd. Razali Abdullah , bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menfailkan saman malu RM10 juta terhadap Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan menfitnah dan berniat jahat. Peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor menfailkan writ saman tersebut melalui Tetuan V.M.Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Dikatakan , Jeff selaku Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat fitnah dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Puah, Pauline. "NST sues Jeff Ooi, Rocky for defamation", The Sun, 18 Januari 2007. 
  2. "Election strategist among new faces", The Star Online, 2008-02-12. Dicapai pada 2008-02-12. 
  3. Ooi, Jeff (2006). "Whose radar screen?". http://www.jeffooi.com/2006/03/whose_radar_screen.php. Capaian 2006-03-10. 
  4. "Blogs lauded in 'freedom awards'", BBC News, 17 Jun 2005. 
  5. Tan, Joceline. "Cyberspace talent search", The Star, 2006-11-26. 
  6. "Blogger Ooi to join DAP and contest in polls", The Star, 29 Julai 2007. 
  7. "Media statement by Jeff Ooi". DAP Malaysia. 31 Julai 2007. http://www.dapmalaysia.org/english/2007/july07/bul/bul3352.htm. 
  8. "Screenshots: Jelutong". Ooi, Jeff. 2008-02-21. http://www.jeffooi.com/2008/02/jelutong.php. Capaian 2008-02-21. 
  9. Lim, Ai Lee. "DAP rockets into Penang eyeing seven parliamentary seats", The Star, 2008-02-14. 
  10. Ooi, Jeff (18 Januari 2006). "Bloggers sued in Malaysia". Screenshots. http://www.jeffooi.com/2007/01/bloggers_sued_in_malaysia.php. 
  11. "Court gags Malaysian blogger". Dicapai pada 2007-01-19. 
  12. "Malaysian PM defends legal action against bloggers". Dicapai pada 2007-01-25. Diarkibkan drpd. yang asli di 2007-01-26. 
  13. Bekas ahli MPPP saman Jeff Ooi RM10 juta

Pautan luar[sunting | sunting sumber]