Johann Karl Rodbertus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Karl Johann Rodbertus (12 Ogos 18056 Disember 1875), juga dikenali sebagai Karl Rodbertus-Jagetzow, ialah ahli ekonomi dan sosialis Jerman yang mempertahankan teori nilai buruh (LTV) [1] dan, sebagai kesimpulan daripada teori itu, pandangan bahawa faedah dan untung ialah kecurian.

Dilahirkan di Greifswald kepada seorang profesor undang-undang, Rodbertus juga dikenali sebagai "Rodbertus-Jagetzow" sempena nama ladang Jagetzow di Pomerania yang dibelinya pada 1835. Mengikut jejak bapanya, beliau belajar undang-undang di Göttingen dan Berlin, lalu ke Heidelberg untuk belajar falsafah. Rodbertus kemudian berjalan ke seluruh Belanda, Perancis, dan Switzerland sebelum kembali untuk menetap di ladang (Jagetzow) yang baru dibelinya.[2]

Rodbertus menyatakan teori nilai buruh (LTV) sebagai tiga kenyataan yang berkait:

  1. Pertamanya, hanya barang-barang yang dihasilkan oleh kerja boleh dianggap sebagai barang ekonomi – barang-barang yang lain seperti cahaya matahari yang tidak dihasilkan oleh kerja merupakan barang semula jadi and justera, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan bidang ekonomi.
  2. Barang ekonomi adalah satu-satunya hasil kerja. Mana-mana pandangan yang lain harus diserahkan kepada ahli fizik. Tiada sebahagian nilai bijian pun, misalnya, yang patut dianggap sebagai hasil cahaya mata hari atau tanah semata-mata.
  3. Barang ekonomi ialah hasil kerja yang terangkum dalam kandungannya serta juga hasi kerja yang mencipta alat-alat demi membolehkan pengeluaran barang ekonomi tersebut. Nilai bijian, misalnya, bukan sahaja berasal daripada kerja petani tetapi juga daripada kerja mereka yang mengeluarkan bajak.

Eugen von Böhm-Bawerk menganggap bahawa keterangan teori eksploitasi oleh Rodbertus mengatasi keterangan Karl Marx daripada segi dalamnya dan kepaduan. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa teori Rodbertus berdasarkan taakulan yang salah dan menyoal adakah seketul emas yang terbenam dalam meteorit dianggap sebagai terangkum dalam bidang sains ekonomi jika ia jatuh ke bumi. Akan seseorang yang menemui emas itu dengan mudah sekali tanpa bekerja akan "melindunginya daripada ketamakan orang lain, menjualnya dalam pasaran dengan hati-hati, iaitu mengolahnya dengan cara yang sama dengan keadaan yang dia memperoleh emas atau perak itu menerusi kerja dengan tangan sendiri?"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. G.D.H. Cole menjelaskan bahawa Rodbertus mempertahankan teori ini, "bukan dalam bentuk Marxisme, tetapi dalam bentuk yang telah dikemukakan oleh penulis-penulis yang awal seperti William Thompson serta John Francis Bray, dan dibeo oleh Proudhon." See G.D.H. Cole's History of Socialist Thought: Volume II Part II. London: Macmillan, 1960. p.21
  2. ibid, p.20