Jolo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jolo
Nama asli: Sulu
Ph locator sulu jolo island.png
Map of Sulu showing the location of Jolo
Geografi
Lokasi Asia Tenggara
Kepulauan Kepulauan Sulu
Pulau utama Basilan, Jolo, Mapun, Cagayan, Tawi-Tawi
Luas 869 km²
Negara
Filipina
Municipalities Indanan, Sulu, Jolo, Kalingalan Caluang, Luuk, Maimbung, Old Panamao, Panglima Estino, Parang, Patikul, Talipao
Bandar raya terbesar Jolo (pop. 87,998)
Demografi
Jumlah penduduk 447,700 (as of 2000)
Kepadatan 515.6 /km2 (1,335 /batu persegi)
Kelompok etnik Banguingui, Bajau, Suluk/Tausug
Lihat pendokumenan templat ini.

Jolo (Sebut 'holo') merupakan sebuah tempat di Kepulauan Sulu yang berada di Laut Sulu yang terkenal dengan sejarah Kesultanan Sulu di selatan Filipina. Jolo merupakan kubu terkuat kumpulan pemisah Moro. Mereka mahukan kerajaan yang bebas merdeka dari pengaruh Filipina di utara.

Di sinilah umat Islam Moro mengangkat senjata menentang kekejaman dan kezaliman pemerintah. Kehidupan mereka terabai dan penuh penderitaan dan kemiskinan.

Kerajaan Filipina menghebohkan kumpulan Abu Sayyaf yang melakukan pembunuhan dan penculikan, termasuk di Malaysia. Lantaran itu pertempuran demi pertempuran tercetus di sana. Filipina dan Amerika Syarikat sedia memanipulasi situasi ini untuk memburuk-burukkan Islam.

Moro[sunting | sunting sumber]

Moro pada istilah adalah masyarakat Islam di Selatan Filipina, pada bahasa ialah Moro membawa maksud masyarakat Islam di Selatan Filipina yang menentang penjajahan bermula dari wilayah utara (Luzon), Mindanao hingga ke kepulauan Sulu di Selatan. Perkataan "moro" berasal dari perkataan "Moors" gelaran kepada masyarakat Morroco (Maghribi) oleh penjajah Eropah kerana keberanian mereka menentang penjajah. Bila Spanyol memasuki Filipina untuk menjajah mereka mendapati masyarakatnya juga berani menentang mereka malah agamanya juga sama seperti orang-orang Morroco itu maka gelaran "Moro" juga telah diberikan pada masyarakat Islam Filipina.

BangsaMoro[sunting | sunting sumber]

Istilah "Bangsamoro" membawa maksud pelbagai suku kaum atau etnik yang beragama Islam yang menentang penjajah di selatan Filipina iaitu di antaranya Suluk atau Tausug, Badjau, Samal (Pala'o), Iyakan, Maguindanao, Maranao, Irranun, Kagayan, Kalibugan. Linguafranca bangsamoro ialah Bahasa Sug atau Bahasa Suluk yang penuturnya bermula dari Selatan Mindanao hingga ke Borneo Utara (Sabah).

Bangsa Sug/Suluk & Bahasa Sug/Suluk[sunting | sunting sumber]

Bahasa Sug atau Bahasa Suluk pada awalnya ditutur oleh masyarakat Tagimaha dari pulau besar Mindanao yang kemudian berhijrah ke Kepulauan Sulu. Kemudian masyarakat ini digelar 'Tau Sug' (Orang Menongkah Arus) setelah seluruh kepulauan Sulu berjaya didominasi oleh mereka. Tausug juga boleh di tafsirkan 'Tau Maisug' (Orang Berani) kerana keberanian mereka berperang, ini terbukti dengan berabad lamanya mereka tidak pernah ditakhluki oleh penjajah hingga ke hari ini (kecuali beberapa perjanjian yang menipu mereka atas nama "membangunkan" Sulu 1879). Masyarakat Melayu Brunie menggelar Orang Sug sebagai orang Suluk. Kemungkinan juga perkataan Suluk adalah penggabungan dua perkataan 'Sulu' dan 'Sug' menjadi 'Suluk' oleh orang melayu brunei, kerana lidah melayu sukar menyebut perkataan 'Sug' melainkan menyebutnya 'Suk'. Kemungkinan juga perkataan 'Suluk' diambil dari istilah Tasawwuf para ahli Tariqat, kerana masyarakat Suluk di kepulauan Sulu sangat fanatik pengamalan Islamnya ketika dulu yang tentu telah ditiupkan semangatnya oleh para Habaib/Syaraif yang datang berda'wah ke sana. Buktinya pengasas kesultanan Sulu adalah Ulama' berdarah Syed (ahlulbait).

Bahasa Sug/Suluk yang asalnya dari masyarakat Tagimaha akhirnya bercampur baur dengan bahasa masyarakat lain di sekitar Alam Nusantara di samping bahasa Arab. Ramai yang terkeliru dengan menyamakan bahasa Tagalog juga adalah bahasa Suluk, walhal bahasa Suluk lebih banyak mengandungi bahasa melayu dan punya intonasi dan gaya bahasa yang agak kasar. Contoh:-

  Melayu                  Sug/Suluk
  
  Kampung                 Kampung
  Ayam                    Manuk
  Angin                   Hangin
  Pelanduk                Pilanduk
  Tanduk                  Tanduk
  Makan                   Kumaun
  Pedang                  Puddang
  Keris                   Kalis
  Betis                   Bitis
  Peha                    Paha (Baca Pa'a)
  Baju                    Badjuh (Baca Badju')
  Tombak/Bujak            Budjak
  Sayur                   Sayul
  Kuda                    Kurah (Baca Kura')
  Mata                    Mata
  Hidung                  Ilung
  Dibunuh                 Biunuh (Baca Biunu')

Nombor: Esa(1), Dua(2), Tu(3), Upat(4), Lima(5), Unum(6), Pitu(7), Walu(8), Siam(9), Hangpuh(10), Hangpuh tag Esa (11), Hangpuh tag Dua(12).......

Pertempuran di Jolo[sunting | sunting sumber]

Jolo menjadi medan pertempuran antara penyokong bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dengan polis dan tentera Filipina. Pangkalan tentera di Jolo telah diserang oleh penyokong MNLF dan 35 telah terkorban pada 30 Mac 2002.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo menyifatkan pertempuran itu angkara pengacau.

Punca kekacauan[sunting | sunting sumber]

Kekacauan meletus di wilayah Jolo setelah Nur Misuari dibawa ke Manila , Filipina setelah lebih sebulan berada dalam tahanan Malaysia. Filipina menuduh Malaysia berkomplot dengan pengganas Filipina. Sedangkan kerajaan Malaysia harus berhati-hati dengan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Segerombolan pengikut setia Misuari menyerang hendap unit renjer tentera di sebuah pasar rakyat di Jolo kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua tentera di Wilayah Selatan, Leftenan Jeneral Roy Cimatu mendakwa tentera terpaksa mempertahankan diri.

Pertempuran di Indanan[sunting | sunting sumber]

Pertempuran di Indanan, Mindanao, selatan Filipina mencederakan empat anggota tentera. Ketua operasi tentera Jolo, Kolonel Dominador Makalintal.

Penyokong Nur Misuari telah menangkap dua tentera marin yang mengintip dalam perhimpunan Pro-Misuari di Jolo. Lantaran itu pertempuran tercetus.9 anggota marin, 2 anggota polis, seorang anggota tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam kejadian itu. 17 penyokong Misuari maut.

Kereta kebal dan kenderaan berperisai meronda ibu pejabat briged tentera. Komander tentera tempatan, Leftenan Abdurasad Sirajan tidak menahan mana-mana pemberontak bagi mengelak pertempuran yang lebih serius.

Ketua Superintendan Polis Mindanao , Cresencio Maralit mengarahkan semua unit polis diarah berpindah ke ibupejabat di Cotabato.

Penglibatan tentera Amerika[sunting | sunting sumber]

Dua buah helikopter Chinook Amerika Syarikat tiba di Kem Arturo Enrile, selatan Filipina pada 1 April 2002 bagi membawa pasukan pertama tentera komando Amerika Syarikat ke Pulau Basilan.

160 anggota komando adalah antara 660 tentera Amerika Syarikat yang menyertai Operasi Balikatan iaitu kerjasama tentera Filipina dan Amerika Syarikat.

Tujuan operasi selama 6 bulan itu ialah membanteras Kumpulan Abu Sayyaf . Sebelum itu tentera Amerika menyertai kursus bagi memahami tradisi, dan adat resam penduduk tempatan.Tentera didedahkan tentang keperitan hidup masyarakat Islam di wilayah Mindanao yang mendorong mereka memberontak.

Presiden George W. Bush mahu tentera Amerika turun ke padang memerangi puak pemisah di Filipina. Tetapi tawaran itu ditolak Presiden Gloria Macapagal Arroyo kerana menyedari sensitiviti nasionalis dan kumpulan haluan kiri