Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera MNLF

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) ialah sebuah pertubuhan politik di Filipina yang tujuannya mendirikan daulah Islamiyah di Sulu, Mindanao dan Palawan. Ia diakui oleh Pertubuhan Persidangan Islam, yang membenarkannya untuk mewakili orang Moro dengan suatu kedudukan pemerhati. Kini, kumpulan ini adalah parti pemerintah Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Mindanao menjadi tanah untuk permulaan baru apabila bidang-bidang luas tanah diberikan oleh kerajaan Filipina pada zaman 1950-an kepada para petani miskin dan pendatang lain dari bahagian lain negara itu. Mindanao melihat dirinya sebagai rumah angkat penduduk peneroka Kristian yang giat berkembang yang dengan pantas mencerobohi kawasan kehidupan penduduk Muslim dan suku asli, yang kini mula merasakan mereka kehilangan tanah dan peluang ekonomi yang ada dengannya. Penduduk asal ini, terutamanya bahagian Muslim asal, membentuk rasa kecurigaan mendalam terhadap para pegawai Republik, sebuah republik di mana mereka merasakan diperlakukan sebagai warganegara kelas kedua.

Disebabkan ini, Mindanao menjadi medan pertempuran. Apabila kira-kira 200 pelatih tentera Muslim Filipino dibunuh kerajaan Filipina di bawah Ferdinand Marcos pada 18 Mac 1968 di Corregidor, sekumpulan Muslim yang marah membuat keputusan satu-satunya pilihan untuk Muslim atau warisnya berkuasa ialah dengan mewujudkan kembali Kesultanan Sulu (termasuk Sabah), tanpa mengira betapa ganas atau berpanjangannya usaha ini. Nur Misuari, seorang profesor Universiti Filipina, menjadi ketua kumpulan ini dengan gelaran pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada awal 1970-an. MNLF mewarwarkan dirinya sebagai gerakan pembebasan Muslim Filipino dan memulakan pemberontakan di Filipina, dengan harapan mendapat kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya autonomi kawasan untuk Filipina Selatan. Perjuangan ini akan memakan korban di antara 80,000 hingga 200,000 nyawa; di puncak kekuatannya, MNLF dapat mengira 30,000 anggota bersenjata dalam barisannya.

Bagi mengurangkan pertikaian, Kerajaan Filipina bercadang mengadakan perbincangan secara aman pada tahun 1976. Dalam tahun yang sama, Perjanjian Tripoli telah dirundingkan oleh Ferdinand Marcos, ahli politik Libya, Moammar Gadhafi sebagai pihak tengah dan disokong oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Perjanjian itu menyatakan supaya diadakan gencatan senjata dan meletakkan wilayah autonomi tersebut secara kasarnya adalah sebahagian daripada Republik Filipina. Tiga belas daerah dalam wilayah autonomi tersebut (lapan daripadanya diduduki majoriti Kristian) diisytiharkan dibawah peruntukan perjanjian, yang membenarkan masyarakat Muslim mendirikan “mahkamah, sekolah dan sistem pentadbiran” sendiri (berdasarkan penulis Lela Noble). Tambahan, wilayah yang diduduki oleh Muslim tersebut akan disediakan “sebuah perhimpunan perundangan, majlis eksekutif, angkatan keselamatan wilayah, sistem kewangan dan ekonomi” tersendiri.[1]

Bagaimanapun, selepas mengikat perjanjian awal tersebut, Marcos mengadakan sebuah referendum, yang menunjukkan penentangan terhadap penyertaan daerah-daerah tertentu, penentangan terhadap daerah yang dianggap dimahukan oleh MNLF dan menyokong pelan Marcos agar dua daerah diletakkan di bawah kerajaan pusat. Gencatan senjata terawal memberikan peluang kepada Misuari dan tenteranya masa untuk berehat (peluang yang diterima secara adil oleh tentera Filipina), yang akhirnya memberi tekanan terhadap kepentingan MNLF. Kumpulan tersebut mengalami masalah dalaman dan berpecah kepada tiga kumpulan utama. ketidaksepakatan antara golongan sederhana dan konservatif tercetus selepas keengganan MNLF mengadakan pemberontakan. Berikutan hal ini, pada tahun 1981, golongan yang lebih konservatif membentuk Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Pada tahun 1996, kata sepakat akhirnya dicapai oleh MNLF dan kerajaan. Wilayah autonomi itu diberikan kepada majoriti Muslim di kawasan tersebut. Kawasan itu kini dikenali sebagai Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Templat:Philippine political parties