Journey Among Warriors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Journey Among Warriors
Fail:JourneyAmongWarriors.jpg
Edisi pertama (A.S.)
Umum
PengarangÈve Curie
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenrePelaporan
Penerbitan
PenerbitDoubleday (AS)
Heinemann (UK)
Tarikh penerbitan
1943
Jenis media
Cetak (Hardcover)
Halaman501
Kronologi
'Madame Curie'

Journey Among Warriors merupakan buku pelaporan perang oleh wartawan Perancis-Amerika dan penulis Ève Curie, mula diterbitkan pada 1943, yang mana pengarang menceritakan pengalamannya sepanjang perjalanan ke Afrika, Timur Dekat, Kesatuan Soviet, China, Burma dan India, di mana beliau mula mengembara dari November 1941 sehingga April 1942.[1]

Kisah disebalik buku[sunting | sunting sumber]

Pengarang Journey Among Warriors, pemain piano, wartawan dan penulis Perancis Ève Curie (anak perempuan kepada Marie dan Pierre Curie), terbang ke United Kingdom setelah penyerahan Perancis pada Jun 1940, dimana beliau menyertai Perancis Bebas dan Jeneral Charles de Gaulle. Beliau menentang Nazisme terutama sebagai wartawan, menerbitkan artikel dan memberi syarahan. Beliau menghabiskan tahun-tahun peperangan kebanyakannya di Britain dan Amerika Syarikat, menulis artikel untuk New York Herald Tribune.

Pada November 1941, majikannya – Herald Tribune Syndicate dari Bandar Raya New City dan Allied Newspapers Limited dari London – memutuskan untuk menghantar Ève Curie sebagai wartawan ke negara-negara di mana peperangan telah pun dilancarkan. Ève merancang untuk mengunjungi Afrika, Timur Dekat, Kesatuan Soviet, China dan kembali menerusi Singapura, Lautan Pasific dan San Francisco ke Pantai Timur Amerika Syarikat.

Namun, serangan Pearl Harbor oleh Jepun pada 7 Disember 1941 telah menyebabkan beliau mengubah rancangan. Setelah Ève Curie tiba di China, beliau tidak dapat meneruskan perjalanan ke Singapura, yang telah ditawan oleh Jepun, maka beliau berpatah, juga melalui Asia dan Afrika, ke A.S.Beliau telah menulis laporan dari perjalanan beliau kepada akhbar-akhbar yang melantik beliau, dan dari laporan tersebut, buku Journey Among Warriors telah diterbitkan pada 1943.

Penerimaan Journey Among Warriors[sunting | sunting sumber]

Journey Among Warriors, diterbitkan pada 1943 (peperangan masih berlaku), telah menerima sambutan yang menggalakan oleh orang ramai dan pengkritik, walaupun ia dikritik kerana terlalu tebal (buku ini mempunyai lebih dari 500 mukasurat). Pada 1944, Journey Among Warriors telah dicalonkan untuk Anugerah Pulitzer bagi Wartawan, namun dimenangi oleh Ernest Taylor Pyle, yang juga merupakan wartawan perang. [2] Selepas perang, buku tersebut tidak dikeluarkan semula.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Curie, Ève (1943). Journey Among Warriors (ed. 1). Garden City, New York: Doubleday, Doran and Co., Inc. Dicapai pada 21 August 2016 – melalui Internet Archive.
  2. ^ "Ève Curie's biography". Dicapai pada March 13, 2010.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Curie, Ève (1943). Journey Among Warriors. Doubleday, Doran and Co., Inc.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Review of Journey Among Warriors by Edward C. Carter (1943), published in Pacific Affairs, University of British Columbia". 16: 371–372. JSTOR 2751541. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • "Review of Journey Among Warriors by Michael Karpovich (1943), published in Russian Review". 3: 104–106. JSTOR 125237. Cite journal requires |journal= (bantuan)