Skuadron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Skuadron (Squadron) boleh merujuk kepada satu unit kecil dalam Angkatan Tentera melibatkan;

Kegunaan Dalam Tentera Darat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Satu kumpulan mengandungi 120 hingga 180 orang tentera infantri di dalam Tentera Darat di panggil sebagai Kompeni. Untuk pasukan yang sama besarnya di dalam pasukan Kor Armor DiRaja, Rejimen Askar Jurutera DiRaja, Rejimen Semboyan DiRaja dan Rejimen Gerak Khas tidak dipanggil Kompeni tetapi dipanggil Skuadron. Ini kerana kumpulan penaung Skuadron digelarkan sebagai Rejimen dan bukannya batalion.

Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan Rejimen Semboyan DiRaja pula berfungsi sebagai Skuadron di peringkat Briged di bawah naungan Rejimen masing-masing. Skuadron dalam Kor Armor DiRaja dan Rejimen Gerak Khas dipecahkan menjadi 4 Terup.

Tentera Darat British[sunting | sunting sumber]

Skuadron Kavalri (berkuda ataupun armor) biasanya mempunyai 3 hingga 5 Terup. Di dalam Tentera Darat British dan kebanyakan negara Komanwel, Skuadron adalah formasi kecil yang sama besarnya dengan kompeni infantri. Istilah skuadron digunakan untuk pasukan-pasukan Special Air Service, Royal Engineers, Royal Corps of Signals, Royal Army Medical Corps dan Royal Logistic Corps.

Skuadron biasanya dipanggil mengikut nombor atau abjad, seperti No. 1 Skuadron, ataupun “A” Skuadron. Tentera Darat British mempunyai tradisi di mana skuadron boleh diberikan nama pertempuran yang penting dalam sejarah di mana Rejimen tersebut terlibat.

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, satu Skuadron Kavalri sama besarnya dengan satu batalion. Panggilan Skuadron ini digunakan untuk pasukan armor dan kavalri sahaja, bagi pasukan-pasukan yang dahulunya berasal daripada rejimen kavalri berkuda seperti 7th Cavalry. Bagi pasukan armor yang lain, istilah batalion dan kompeni digunakan.

Unit-unit Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Skaudron di dalam Tentera Udara ataupun unit-unit penerbangan Tentera Darat dan Tentera Laut mempunyai ataupun 4 Flight dengan 12 hingga 24 buah pesawat.

Pasukan darat dalam Tentera Udara juga dikumpulkan dalam skuadron. Di dalam tentera Udara DiRaja British, skuadron boleh diberikan nama khas umpamanya, The Queen's Colour Squadron (Skuadron Penyimpan Panji-Panji DiRaja).

Tentera Laut[sunting | sunting sumber]

Satu Skuadron Tentera Laut boleh melibatkan beberapa buah kapal khususnya kapal-kapal besar. Tentera Laut DiRaja Malaysia mengumpulan satu kumpulan kapal jenis yang sama di dalam skuadron, seperti 22 Skuadron Korvet. Skaudron boleh membawa maksud kumpulan bagi maksud pentadbiran ataupun bagi maksud kumpulan tempur.

Tentera Laut Amerika Syarikat mengumpulkan kapal-kapal jenis yang sama di dalam skuadron untuk maksud pentadbiran.