Kampung Tandop Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tandop Baharu
Kampong Tandop Baharu
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°14′50″N 100°42′41″E / 6.24712°N 100.71132°E / 6.24712; 100.71132Koordinat: 6°14′50″N 100°42′41″E / 6.24712°N 100.71132°E / 6.24712; 100.71132
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
66 m (217 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Tandop Baharu (Jawi: كامڤوڠ تندوڤ بهارو; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Tandop Baharu) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][2] Poskod bagi Kampung Tandop Baharu ialah 06300 Kuala Nerang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Tandop Baharu telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Tandop Baharu telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Tandop Baharu turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 44 dan garisan timuran 72 (rujukan grid RG4472, dengan paparan nama sebagai "Kg. Tandop Baharu").[2] Toponim kampung ini iaitu Kampung Tandop Baharu telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 8 April 2023. Pengenal pasti Kampung Tanfop Baharu dalam GeoNames ialah 12522660.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Tandop Baharu secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2] Kampung Tandop Baharu diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 66 meter (216.5 ka).[1] Kawasan perkampungan ini juga terletak di lembah Sungai Kesai. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian utara dan timur laut Kampung Tandop Baharu. Bukit Ular Selatan yang mempunyai kemuncak tertinggi iaitu 104 meter (341.2 ka) di atas permukaan laut merupakan bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 2.57 kilometer (1.6 bt) ke arah barat laut dari Kampung Tandop Baharu.[1] Sungai Kesai yang berkuala di Sungai Pedu di Kampung Pajak Emah turut menelusuri Kampung Tandop Baharu.[2][3]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Dalam peta Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang 24 buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Tandop Baharu ialah petempatan berselerak dan petempatan berjajar (atau petempatan linear). Terdapat beberapa rumah penduduk dibina di tebing Sungai Kesai dan ada juga rumah penduduk yang dibina di kaki-kaki bukit. Hampir guna tanah di Kampung Tandop Baharu digunakan untuk pertanian kerana kedudukan kampung ini yang strategik iaitu di lembah Sungai Kesai. Di kawasan lembah sungai ini, penduduk setempat telah menjadikan kawasan itu sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka. Terdapat juga sebahagian kawasan belukar di Kampung Tandop Baharu yang tertumpu di bahagian barat, selatan dan timur kampung ini. Kawasan perladagan untuk aktiviti pertanian tertumpu di bahagian selatan, terutama di lembah Sungai Kesai.[2][3]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Tandop Baharu, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[4] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes versi kedua pada tahun 2000, tanah di kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu dilitupi dikategori sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[4][5]

Kejiranan serantau[sunting | sunting sumber]

Kampung Tandop Baharu merupakan sebuah petempatan di luar bandar. Kampung Tandop Baharu dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah dan sungai. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Tandop Baharu adalah seperti berikut.[1][2]

Meteorologi kawasan[sunting | sunting sumber]

Iklim di kawasan perkampungan Kampung Tandop Baharu ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di Kampung Tandop Baharu untuk tahun 1995 yang direkodkan ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan April merekodkan bulan yang paling panas dalam tahun 1995 di Kampung Tandop Baharu dengan dengan suhu mencecah 28.4 °C (83.1 °F). Manakala, bulan yang paling sejuk atau kurang panas terjadi di Kampung Tandop Baharu ialah pada bulan Novemver, dengan suhu mencecah 26.5 °C (79.7 °F).[7][8] Seterusnya, purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,219.8 milimeter (87.4 in). Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan yang paling tinggi iaitu, sebanyak 367.1 milimeter (14.5 in). Manakala, bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari iaitu sebanyak 47.5 milimeter (1.9 in) sahaja.[7][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Tandop Baharu, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e f Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2E/15 (2 ed.). Kedah, Malaysia.. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  3. ^ a b Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] dan Survey of India (November 1928) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Syit 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia.. Dicapai pada 29 Oktober 2023 melalui Trove.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  5. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Peel, M. C.; Finlayson, B. L.; McMahon, T. A. (2007). "Updated world map of the Köppen−Geiger climate classification". Hydrol. Earth Syst. Sci. 11: 1633–1644. ISSN 1027-5606.
  7. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  8. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.